April 13, 2011

Butakah Kita

hari ni aku nak berkongsi info mengenai penyakit buta.

ramai orang buta. ada org buta warna. ada org buta huruf. ada pulak yg buta it.

itu semua takpe lagi. yg jadi masalah skarang ni ramai org jadi buta hati.
buta hati ni sejenis penyakit yg cukup merbahaya. kalau kena susah nk ubat.

punca utama buta hati adalah taksub.
taksub ni sgt merbahaya. taksub telah pecah belahkan umat islam dari dulu lagi. janganlah kita tertaksub.
al-iyadzu billah.

bila seorang manusia sudah taksub, segala hakikat yg datang padanya, dia takkan nampak. dia akan terus mempertahankan benda yg dia taksub itu. walaupun sudah silap.
hatinya jadi buta.

marilah kita celik-kan hati kita. kembali pada Allah dan Rasul.

di pihak mana pun kita, jgn sekali2 taksub kerana ianya boleh meyebabkan pemikiran seseorang tertutup , cetek , terkongkong , keras kepala dan tidak berfikiran jauh.

Kebiasaanya golongan ini tidak akan mendengar pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut memang benar.Mereka akan tetap dengan kepercayaannya walaupun apa yang dipercayainya adalah salah.

Dalam bangsa Melayu di panggil “bodoh sombong”.

ingatlah kita ni umat rasulullah yg satu. semua kita hambaNya dan hidup kita tak lama. Esok lusa dah nak balik jumpa Dia.