September 13, 2011

Petua Famili Chemerlang


nanti kalau aku dah kawin, ada anak2 insyaallah ini beberapa tips supaya keluarga aku jadi bahagia.

1.  kasih sayang

kita banyak dengar semua orang sayangkan anak. aku tak percaya. ibu bapa hanya akan sayang anak bila anaknya bagus dan comel. kalau anak perangai sial, rasa tu akan hilang malah diganti dengan perasaan benci.   kalau anak tu sakit atau mati mereka akan tersenyum dengan lega.

jarang orang yang mencurahkan kasih sayang pada anak yang rosak supaya mereka berubah. biasanya sama ada berlepas tangan atau mengubah dengan kasar sehingga mereka lari semakin jauh dari kita.

2. komunikasi

pernah jumpa budak2 yang susah nak bercakap ? kalu tanya, angguk geleng je yang pandai. kenapa jadi begitu ? sebab mereka tidak diajar untuk bercakap, untuk meluahkan perasaan. mereka hanya diajar ''kalau tersalah cakap, kamu akan diejek''. budak2 ini lebih suka memendam perasaannya sendiri. kalau budak2 macam ni berkawan dengan orang yg rosak, jangan salahkan mereka. salahkan mak bapaknya yang lebih suka berceramah tapi tidak mahu mendengar.

tidak perlu khususkan masa untuk berbual dengan ahli keluarga. bila-bila bertemu, pijak ego sebentar dan tanya soalan2 begini, ''abang apa nak buat hari ni ?" , "adik dah makan ?" "kakak nak beli barang apa-apa tak?"
apabila mereka bersuara, dengar, ingat, jawab dan tanya pendapat mereka semula. insyaallah keluarga bahagia tidak lagi mustahil.

3. gossip/umpat/kutuk belakang/mengadu domba

pernah terfikir kenapa allah taala begitu marah dengan mengupat sehingga ia dikira dosa besar dan pengharamannya disebut jelas di dalam al-quran ?

aku nampak satu je. kesan mengumpat ni begitu teruk. benda kecil jadi besar. orang tengah elok jadi bergaduh. sbnrnya, orang mulut busuk yang mulakan mengumpat tu ok lagi, yang bangangnya adalah yang percaya pada khabar umpatan tanpa selidik. kadang2 orang yang anti mengumpat ni pun banyak buat ketupat jugak. bila ditegur, mereka kata "alah, bukannya apa, orang nak bagitau je," bagitau kepala bapak kau. cis emosi shal.

kita kalau nak keluarga yg positif optimis happy bahagia, senang je. ada orang start mengumpat kita tampar je pipi dia laju2. baru ada akal. puih!

post scriptum : insyaallah amal dan sampaikan. yang buruk buang, yang baik dari allah. kita sama2 kongsi.

1 .:

hafiz said...

zikri, ko ke yg nk nikah 24 sept ni?

hafiz