June 23, 2012

Hidup Dengan Cabaran

Kuala Terengganu

8.28 pm

29 C


Aku di depan notebook. Kembali kepada hidup yang dulu. Hidup orang awam. Tapi kali ni lebih gila. Bergelumang seharian. Nonstop. Hari minggu belajar. Hari kerja kerja. Balik kerja menaip. Ingat adik-adik, jangan buat distance learning. Susah. Aku tak pasti apa yang susah. Mungkin hidup ini memang susah. Nak duit susah. Nak kahwin pun susah. Nak syurga lagi la tak mudah.


Aku rindu dhoti dekat Kakrail. Aku teringat Gozaria. Saat-saat dekat dengan Allah. Aku rindu menangis bersama Maulana Zubair. Selipar hilang berapa kali. Kepenatan dalam train. Penat duduk, tidur, penat tidur, berjalan. 3 hari dekat dalam. Sakit tapi sedap. Aku terkenang masa turun dekat New Delhi Station. Berjalan punya jauh bawa kelambu, beg besar-besar. Lalu deretan mata. Macam-macam orang. Sikh dengan kerisnya. Aku rindu makan aiskrim dengan Shukri, Sdad dengan Hisyam. Masa di Kadapa satu paisa pun tak ada. Spek pecah. Rasa rapat dengan Tuhan. Rasa diuji. Aku rindu perasaan masa di sana. Tiada risau apa-apa.


Kalau masalah banyak ingat hadis Nabi mafhumnya bila Allah sayang satu kaum Allah uji mereka. Kalau mereka redha, mereka dapat redha Allah. Begitu juga sebaliknya. Orang kafir anggap orang banyak masalah ni ada sial atau bad luck tapi bagi kita itu orang yang diuji Allah.

April 18, 2012

Asas Dakwah Maulana Ubaidullah rah.


786

aku ada di nizamuddin sudah seminggu. lusa balik ke tanah melayu. maulana saad sahb sedang berada di abu dhabi iztima. esok beliau sampai new delhi.

malaysia macam mana rupa? masih menarik seperti dulu?

maulana zubair sahb bagitahu maksud keluar empat bulan dan 40 hari adalah untuk mendatangkan kehidupan beragama. bagaimana kehidupan selepas khuruj menjadi lebih baik.

maulana ubaidullah rahimahullah telah meletakkan 14 asas usaha dakwah. asas dakwah adalah hati bukannya fikiran. asas usaha ini adalah kepedihan, kerisauan, dan kesedihan yang lahir dari hati. dakwah sebenar ialah pergerakan kaki bukannya pergerakan pena. mengorbankan diri di jalan allah adalah asas bukan sekadar mengorbankan harta.

berilah berita gembira kepada manusia jangan menakut-nakutkan mereka. dakwah yang sempurna ialah azan. kalimah azan adalah begitu halus dan lembut. tidak ada sebut ini haram itu haram, jangan buat itu ini dll. tetapi mengagungkan allah kemudian mengajak manusia kepada amal serta memberitahu bahawa kejayaan berada di dalam agama. amar makruf adalah asas usaha dakwah.

seorang bayi tidak boleh diberi makan seperti orang dewasa. selama dua tahun dia meminum susu ibu kemudian beralih kepada makanan yang lembut. apabila dia sudah biasa baru boleh makan nasi atau roti. amal masjid adalah sangat mudah sehingga semua orang boleh buat. kita ajak manusia di luar masjid masuk ke dalam suasana masjid. jangan memaksa. usaha kita adalah memahamkan manusia. apabila usaha dibuat secara paksaan, maka keikhlasan tidak ada lagi. orang akan menjauhkan diri.

kita bukan jemaah tabligh. bersatulah di bawah satu kalimah. tiada jemaah-jemaah berasingan.

January 25, 2012

Bulan Kedua

hampir sebulan dah aku merantau. lagi beberapa bulan insyaallah balik minum air tebu. terlampau banyak peristiwa menarik di sini sampai tak tahu nak tulis apa.

baiklah, kronologiya lebih kurang macam ni.

29/12 - allah terbangkan dengan united airways ke dhaka. bangladesh betul2 negara miskin. macam yaman. batuk semakin teruk. habuk dan suhu rendah mencekik-cekik. singgah masjid istiqbal, makan, naik bas pergi kakrail markaz. markaz penuh dengan jemaah yang datang untuk tongi ijtima dua minggu lagi.

30-31/12 - bangun pagi, ramai jemaah sakit2. dosa dicuci. duduk bayan hidayat. dapat interpreter bangla empat orang. route di gozaria, munshigonj. 3 jam dari markaz. naik bas buruk. laju macam pelesit.

1-12/1 - lepak gozaria dekat dua minggu. dapat sohbet syura gozaria haji abdul aziz. cool old man. puas tengok sawah padi. sejuk. cakap mulut berasap. buat jord gozaria malam last. semua ok.

13/1 - pergi tongi. orang ramai macam pasir. dengar cerita 16 juta umat islam sedunia datang. untung allah pilih aku dapat hadir. alhamdulillah. jumpa ramai orang malaysia.

19/1 - naik bas ekspress pergi calcutta dari dhaka. 12 jam. berasap pungkok. dekat imigresen cuak sikit. tapi semua ok. lepak calcutta seminggu. bangunan cantik2. bidadari kelihatan di jalanan.

23/1 - naik keretapi ke new delhi. sleeper class. 90 ringgit. selesa. 16 jam perjalanan. kenal sorang hindu. nama sumir. dia baik.

24-25/1 - duduk nizamuddin ni jumpa maulana saad, m zubair, m shaukat, m mustaqim, m in`amul haq, dll. syukur alhamdulillah. tak boleh stay lama2 di markaz. habis duit. bazar jual macam2.

tolong doa allah jaga kami. dari keburukan.

December 26, 2011

Kembara Bermula


alhamdulillah dengan qudrat dan iradatnya, allah bagi visa 6 bulan ke india dan 3 bulan ke bangladesh. ini semua berkat doa keluarga, masyaikh dan sahabat2. jazakumullah. seminggu duduk di sri petaling dah dapat. ada yang sebulan tak dapat-dapat lagi. semua ada khair.

subuh tadi jumpa wak omar. jemaah dah dapat. lepas ni bayan hidayat. petang ni kena jumpa hj kamsin untuk urusan tiket. insyaallah. kalau allah mahu, hari khamis ni kami akan terbang ke bangladesh. 13hb januari ada tonggi ijtima, 4 juta orang islam sedunia berkumpul untuk tarik rahmat allah.

insyaallah lepas 2 bulan di bangladesh, kita gerak ke india pula belajar di sana sampai bulan april. jemaah 4 bulan sekarang ada 2 jemaah. 1 yang dapat visa india 6 bln, yg satu lagi dapat 3 bulan ke bawah jadi mereka pergi bangladesh-india-bangladesh.

markaz tengah penuh. jemaah yang khuruj masa cuti sekolah baru ni dah balik ke markaz. alhamdulillah sejuk hati tengok orang malaysia ramai buat usaha dakwah ilallah.

nak khuruj ni persediaan banyak nak kena buat. fizikal mahu kuat. tak boleh manja-manja. minda kena get ready. makan ala kadar. baru boleh jadi mujahid. yang penting kena belajar sabar. apa allah bagi, redha saja. sabar maintain, niat jaga insyaallah beres.

keluar ipb bukan nak disanjung, bukan nak melancong, bukan juga untuk bersukaria. aku keluar untuk dapat pandangan rahmat allah. selama ni dah banyak benda bangang aku dah buat, allah masih kasihan, dia bagi peluang lagi dan lagi. aku pergi sana nak belajar untuk hidup. macam mana cara hidup yang betul. belajar berkorban untuk buat apa yang allah nak. aku yang perlukan allah. dia tak perlukan aku sikit pun.

dakwah bukan tugas orang tabligh. semua umat muhammad ada kemuliaan ini. kalau kita degil tak nak sambung tugas nabi dan sahabat ini, allah tak jadi susah pun. agama ni agama allah. kalau allah nak semua orang jadi taat, sekelip mata allah boleh buat dengan mudah.


semoga allah bagi kita faham. amin.

dhaka sekarang musim sejuk (2 - 26) degree. delhi dalam(-17 - 25) sampai sana kena cari winter bedding. banyak baju terpaksa tinggal di sini bagi ringan beg. semoga allah terima korban yang sedikit ini. ok. gerak dulu.

December 8, 2011

Hadith Qudsi

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]


Dari Anas Radhiyallahu’anhu katanya:

Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

“Wahai anak Adam, selagimana engkau berdoa kepadaKu dan mengharap dariKu, Aku mengampunimu dan tidaklah Aku peduli. Wahai anak Adam! Jika dosa-dosamu mencapai awan-awan di langit kemudian engkau memohon keampunan dari-Ku, niscaya Aku mengampunimu.
Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan yang memenuhi bumi kemudian engkau berjumpa denganKu tanpa mempersekutuKan ku dengan sesuatu, maka Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi.”

[Hadith Riwayat At-Tirmidzi, katanya: Hadith ini Hassan Sahih]

عن أبي ذر الغفاري رضي الله عنه ، عن النبي صلي الله علية وسلم ، فيما يرويه عن ربه تبارك وتعالى ، أنه قال : ( يا عبادي : إني حرمت الظلم على نفسي ، وجعـلته بيـنكم محرما ؛ فلا تـظـالـمـوا.
يا عبادي ! كلكم ضال إلا من هديته ، فاستهدوني أهدكم .
يا عبادي ! كلكم جائع إلا من أطعمته ، فاستطعموني أطعمكم.
يا عبادي ! كلكم عار إلا من كسوته ، فاستكسوني أكسكم .
يا عبادي ! إنكم تخطئون بالليل والنهار ، وأنا أغفر الذنوب جميعا فأستغفروني أغفر لكم .
يا عبادي ! إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني ، ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني .
يا عبادي ! لو أن أولكمم وآخركم وإنسكم وجنكم كانوا على أتقي قلب رجل واحد منكم ، ما زاد ذلك في ملكي شيئًا .
يا عبادي ! لو أن أولكم وأخركم وإنسكم وجنكم كانوا علي أفجر قلب رجل واحد منكم ، ما نقص ذلك من ملكي شيئًا .
يا عبادي ! لو أن أولكم وأخركم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد ، فسألوني ، فأعطيت كل واحد مسألته ، ما نقص ذلك مما عندي إلا كما ينقص المخيط إذا أدخل البحر .
يا عبادي ! إنما هي أعمالكم أحصيها لكم ، ثم أوفيكم إياها ؛ فمن وجد خيرًا فليحمد الله ، ومن وجد غير ذلك فلا يلومن إلا نفسه ).
رواه مسلم [ رقم : 2577 ]

Dari Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau meriwayatkan dari Allah ‘azza wa Jalla, sesungguhnya Allah telah berfirman:

“Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan (berlaku) zhalim atas diri-Ku dan Aku menjadikannya di antaramu haram, maka janganlah kamu saling menzhalimi. Wahai hamba-Ku, kamu semua sesat kecuali orang yang telah Kami beri petunjuk, maka hendaklah kamu minta petunjuk kepada-Ku, pasti Aku memberinya. Kamu semua adalah orang yang lapar, kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu minta makan kepada-Ku, pasti Aku memberinya. Wahai hamba-Ku, kamu semua asalnya telanjang, kecuali yang telah Aku beri pakaian, maka hendaklah kamu minta pakaian kepada-Ku, pasti Aku memberinya.

Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu melakukan perbuatan dosa di waktu siang dan malam, dan Aku mengampuni dosa-dosa itu semuanya, maka mintalah ampun kepada-Ku , pasti Aku mengampuni kamu.

Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kamu tidak akan dapat membinasakan Aku dan kamu tak akan dapat memberikan manfaat kepada Aku. Wahai hamba-Ku, kalau orang-orang terdahulu dan yang terakhir diantaramu, sekalian manusia dan jin, mereka itu bertaqwa seperti orang yang paling bertaqwa di antaramu, tidak akan menambah kekuasaan-Ku sedikit pun, jika orang-orang yang terdahulu dan yang terakhir di antaramu, sekalian manusia dan jin, mereka itu berhati jahat seperti orang yang paling jahat di antara kamu, tidak akan mengurangi kekuasaan-Ku sedikit pun juga.

Wahai hamba-Ku, jika orang-orang terdahulu dan yang terakhir di antaramu, sekalian manusia dan jin yang tinggal di bumi ini meminta kepada-Ku, lalu Aku memenuhi seluruh permintaan mereka, tidaklah hal itu mengurangi apa yang ada pada-Ku, kecuali sebagaimana sebatang jarum yang dimasukkan ke laut. Wahai hamba-Ku, sesungguhnya itu semua adalah amal perbuatanmu. Aku catat semuanya untukmu, kemudian Kami membalasnya. Maka barang siapa yang mendapatkan kebaikan, hendaklah bersyukur kepada Allah dan barang siapa mendapatkan selain dari itu, maka janganlah sekali-kali ia menyalahkan kecuali dirinya sendiri”.
[Muslim no. 2577]

sumber : satu, dua, tiga

December 3, 2011

Tips Atasi Maksiat


dosa adalah kegelapan. kegelapan sebenarnya tidak wujud. kegelapan adalah ketiadaan cahaya. datangkan cahaya dengan itu kegelapan yang pekat itu akan pergi.

sibukkan diri dengan amal maka dosa akan pergi dari hidup kita. antara amal bercahaya yang perlu disibukkan adalah :

- istighfar, tasbih dan selawat

baca 100 kali tiap satu. hayati sedalam-dalamnya makna kalimah tersebut.

- quran

baca dengan kelajuan perlahan sambil berasa sedih.

- hadis

baca sebanyak-banyaknya. renungi perkataan rasulullah saw.

October 29, 2011

Siapa yang Hina


cuba bayangkan negara2 spt bangladesh dan nepal adalah negara moden yang maju. bayangkan malaysia adalah negara miskin. ramai pemuda dari malaysia berhijrah ke bangladesh untuk cari rezeki. mereka layan kita macam mana kita layan mereka hari ini. bagaimana jika negara barat tidak berganjak dari zaman gelapnya?

diskriminasi. kenapa perlu hina mereka? sebab mereka hodoh dan hitam? atau mereka tak pandai berfesyen? mungkin juga sebab mereka dianggap sbg golongan kuli di tanah air kita. tengok bilal r.anh. tengok hidup sahabat r.anhum. apa susah sangat ke nak hidup seperti mereka.

kita fikir kita mulia, special, anak emas, taraf tinggi, cantik dan putih. semua ni takde nilai di sisi allah. dia nak kita dilahirkan cacat, cacat la jadinya. dia nak kita jadi negara termiskin, jadilah. apa yang susah bagi allah? tak ada masalah nak buat apa2 dengan makhluknya.

perbezaan aku, kamu, kita dan mereka adalah sifat. dia taqwa lebih dia lebih mulia. kita sifat buruk, kita yang hina. tak kira apa jantina, apa warna kulit, warna rambut, hensem ke hodoh, pandai berfesyen atau tidak itu tolak tepi.

kan cool kalau orang kaya pun boleh respect pada orang fakir. orang alim boleh bersalam dengan kaki lepak. orang bangsawan boleh makan bersama golongan kuli. orang tua boleh bergeletek dengan kanak-kanak.

semoga allah bagi kita sifat. semoga allah tidak tarik nikmat melimpah ruah yang dia beri selama ini. semoga allah bagi faham.

October 15, 2011

IPB



dalam hidup kita, banyak benda yang bila fikir-fikir balik, kita rasa macam nak kembali dan betulkan semula kesilapan kita. aku kalau boleh, nak repeat tahun 2008/09. the most fucked up year in my life.

tapi ini adalah mustahil, masa bukan semahal emas. tapi jauh lagi mahal dari tu. sekali je dia datang dan takkan datang lagi. so apa yang kita perlu buat sekarang adalah memastikan bahawa 10 tahun lagi aku takkan menyesal dengan apa yang aku buat sekarang.

sebenarnya banyak kenangan yang kita rasa bangga bila ingat balik. aku bangga bila flashback masa aku travel yemen-malaysia berseorangan, transit tidur hotel di manama, bandar pelik yang aku sering tertanya2 ini dekat india ke arab? syiah merata rata.

tapi yang sedihnya, sesalan lebih banyak dari kebanggaan. bila direnung balik, macam mana la aku selepas mati nanti. banyak menyesal ke atau cukup puas hati dengan hidup yang dihabiskan. kalau kita masih di atas muka bumi, cerah lagi harapan untuk mintak maaf dari tuhan. tapi kalau sedar-sedar dah ada dalam tanah, meranalah selamanya.

ada satu perkara yang sejak akhir-akhir ini begitu mengganggu fikiran. sebenarnya aku pelik dengan spesies manusia ni. tengok ya, bila kita dapat statistik melayu murtad yang banyak, maka semua orang jadi kalut, kecoh, marah, keluar memekak atas jalan, demo sana sini, bertakbir, memorandum dan macam2 lagi. semua orang jadi marah. rempit yang tak pernah sembahyang pun marah. tapi kita sebenarnya silap, geng.

kita tidak mencegah munkar dari berlaku. kita menunggu munkar berlaku baru kita bertindak.

inilah masalah umat islam sekarang ni. kita fikir nahi munkar itu adalah tangkap basah, mengundi, dan pukul orang. kita paham begitu sebab kita fikir dengan kepala sendiri. kita tak nak ikut rasul punya cara. kita kata tak relevan dan ketinggalan zaman. kalau kita fikir baik-baik dengan hati yang terbuka kita akan nampak dakwah cara tabligh adalah yang paling mirip dengan amar maaruf nahi munkar cara rasul. nabi tidak mengkafirkan orang. aku suka baca satu entry ni berkenaan bagaimana nabi buat pada bidaah sahabat.

terdapat pepatah kata munkar ni macam gelap, kalau kita halau gelap ia takkan pergi. apa yang perlu dibuat adalah kita datangkan cahaya maka gelap akan pergi. apabila kita ajak seorang lelaki jadi taat pada tuhan, maka isteri dia akan dididik dan jadi wanita solehah. anak-anak mereka jadi baik dan tak bercouple macam anak orang lain. silap masyarakat kita bila mereka tunggu maksiat berleluasa, dan cari serta hebohkan maksiat itu.

insyaallah bulan 12 ni aku travel hind. belajar hidup sebagai hamba. makan sisa. minum lumpur. lepak dengan pengemis. kenal tuan. kenal musuh. jumpa orang soleh.

tolong doa visa aku dapat.

October 4, 2011

Teori Konspirasi atau Paranoia?

aku sungguh sedih bila melihat orang kita ni mudah sangat percaya dengan mana-mana sumber tanpa cari bukti kukuh dulu. aku tahu entry ni akan buat ramai orang panas, tapi aku tak boleh biarkan benda ni terus berleluasa.

ini aku senaraikan sikit dari penipuan teori konspirasi yang famous. berikut adalah contoh khabar angin yang bohong tetapi majoriti orang islam percaya.



1. mole people adalah yakjuj dan makjuj (contoh)

ini bangang apa ni. dah bertahun-tahun dah pun masih ada orang percaya lagi. yang mulakan cerita NASA terjumpa mole people ni adalah website weekly world news. ini bukan news betul punya. ini for fun punya site. takkan itu pun tak boleh detect. sarcastic tak paham ??. antara cerita yang direka weekly world news ni adalah megan fox adalah lelaki dan facebook tamat tahun 2012.

nah sekarang apa rasa. kpd yg sudah percaya, sila pergi sumbat muka dalam lubang jamban.



2. gambar batu terapung

ya aku tahu memang ada batu terapung mengikut hadis tapi bukan yang ini

nak tau lebih baca di gempaksiot
siap ada orang tampal dekat surau lagi. pecelop ?



3. upin ipin illuminatus

note dan email forward yang mengatakan jangan sebut upin kerana dalam bahasa aramaic bermaksud saya benci rasul dll.

kalau kamu cerdik kamu akan buat research dahulu sebelum fwd kan. tapi sayang seribu kali sayang, ini berita tergempar yang kamu kena cepat2 sebarkan supaya dikagumi oleh kawan2. tak kira la fitnah ke apa jangan peduli.

ini entry dari dewa kebaikan. perhatian : dewakebaikan adalah blog sarkastik. jangan jadi bo*oh untuk percaya bulat-bulat.


4. kewujudan tangan2 ghaib yang mengawal dunia

ini syirik yang jelas. freemason, yahudi dan amerika adalah 3 ekor makhluk yang lemah dan tak mampu buat apa-apa. mereka tak pernah mengawal dunia ini. yahudi punya kerajaan kelam kabut juga. amerika dengan ekonomi hampir bankrap. freemason memang wujud tapi tak sekuat yang kamu sangkakan.

apa yang kita kena percaya pasal dajjal adalah berdasarkan apa yang nabi dah cerita dan tafsiran ulama' berkenaannya. itu saja. khabar angin tak perlu percaya sayang oi.

cukup di sini. untuk faham bab ni eloklah baca blog-blog ini
blog.aidan (yg ni best)

September 7, 2011

Isu Spender


1.  kuman di seberang laut boleh nampak. gajah depan mata tak perasan. begitulah sesetengah manusia sifatnya.

2.  bulan puasa baru ni masa iktikaf di sebuah masjid, jamaah kami dibalun. lepas taaruf solat jumaat.

3.  antara isu-isu yang berbangkit adalah jamaah tinggal spender dalam bilik air, sisa makanan tak buang dengan elok dsb.

4.  aku terjumpa sehelai spender dalam dustpan di luar tandas. oh, ini lah dia. aku ambil dan letakkan di dalam tong sampah, ikat plastiknya dan buangkan ke tong besar.

5.  tiga hari kebersihan masjid kami jaga betul2. nasi pastikan tiada dalam longkang. program orang kampung kita tunjuk muka.

6.  kita lupa jasa pendakwah. hari ini kita layan mereka macam anjing. kita lupa pengorbanan mereka. hari ini kita selesa beragama. kita lupa air mata dan darah pendakwah.

7.  kita perlu berhenti menggali kekurangan. lihatlah betapa hebat usaha mereka. saban hari orang kafir memeluk islam, orang jahil mengenal agama berkat usaha percuma mereka.

8.  idea bertalu-talu menerjah kepala aku. idea macam susu. selagi kamu tidak perah, selagi itu ia tidak muncul.

picsource