Showing posts with label Hidup Aku di Yaman. Show all posts
Showing posts with label Hidup Aku di Yaman. Show all posts

February 3, 2010

786

Saya rasa macam nak menulis walaupun tiada idea. Sebenarnya sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan urusan visa dan yang seumpamanya. Lokasi tempat kediaman kami telah pun berpindah ke Jalan 24.

Tiada apa-apa sangat hendak diceritakan. Duit sewa rumah naik dari 8 ribu rial(RM160) kepada 10 ribu rial(RM200) sebulan. Agak mengecewakan. Kadang-kadang terasa macam dah jemu belajar dan nak balik kerja.

Belajar terasa sungguh susah. Susah nak bangun awal. Rumah jauh dari Jamiah. Tak ada orang nak jalan sama-sama.

Tapi sebenarnya, keluhan dan rungutan manusia tidak akan pernah habis. Tak perlu merungut. Kita orang Islam. Bila susah hati, kembalilah pada Allah.

Posting ini jadi tempat meluah perasaan la pulak.

August 25, 2009

Rumah Baru


Baru-baru ni saya telah berpindah ke rumah Nur Rahman kat depan Iman. Nak tahu lebih lanjut ttg rumah tu boleh masuk dia punya blog (AshaabulKami.blogspot.com). Rumah ni terletak di Syari3 Thalathin ataupun diterjemahkan sebagai Jalan Tiga Puluh, di hadapan Universiti Al-Iman. Ahli rumah sekarang ini adalah seramai 16 orang. Keluasan rumah agak memuaskan. Terdapat 5 bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu yang luas.

Sebelum ini saya menetap di kediaman pelajar luar negara Universiti Sains di Jalan 60. Antara tujuan perpindahan rumah ialah supaya lebih mudah untuk ke Dewan Kuliah. Makan minum juga lebih terurus. Kebanyakan ahli rumah adalah pelajar di Fakulti Bahasa Arab U. Iman. Diharap semuanya berjalan lancar.

Gambar sebelah ni masa pergi daki Bukit Syamlan kat belakang rumah. Takde kerja. Pemandangan dari atas tu memang cun..

August 7, 2009

Title apa?

Assalamualaikum semua, lamanya tak kemaskini blog. Badan tak berapa sihat, rasanya terkena keracunan makanan sebab banyak muntah, rasa tak bermaya dll. Lepas tu,minggu ni sebenarnya adalah minggu final exam. Oleh sebab itulah, tak dapat nak selalu online. Posting ni pun, sebab cuti 2 hari sebelum ikhtibar hadith yang susah tu. 

Semalam,masa baca Sohih Musleem, aku terbacalah satu hadith yang hebat ni, menceritakan perihal 
Nabi Isa yang akan turun di akhir zaman. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith sohih yang Nabi Isa akan menghancurkan salib pastu tak terima jizyah dari orang kafir (sama ada masuk islam atau di bunuh) dan yang paling best Nabi Isa al-Masih akan membunuh semua babi di dunia ini. 

Cuba korang bayangkan kalau diumumkan hari ini bahawa babi-babi di seluruh pelusuk dunia mesti dibunuh dan dipupuskan. Mesti H1N1 dapat diatasi. Aku sedih, runsing dan cuak masa terbaca Berita Harian Online semalam. Malaysia sudah 14 kematian dicatatkan. Banyak tu. Siap ada orang ramalkan Malaysia akan cecah berpuluh-puluh ribu lagi kematian. Macam cerita The Happening la pulak. 


Dekat Yaman anda tahu tak berapa yang dijangkiti?
Pada satu malam tu, aku dengan Faeez Abdullah naik teksi Marhaba menuju ke Mazbah. Ada berita kat radio. Ada la bunyi2 "Influenzal-Khanazir"(Selsema Khinzir ;D). 

Aku : Bahaya betul wabak ni kan,bang?
Driver : Memang la, bahaya.
Aku : Abang tau kat Malaysia dah tiga orang mati pasal H1N1..(masa tu)
Driver : Iye? dekat Yaman ni baru tujuh mangsa..
Aku : Tujuh kematian ke?
Driver : Tak. Baru tujuh orang positif H1N1.
Aku : Oh...........

Sekian. Pakailah Mask. Ingat orang yang tersayang.

June 27, 2009

Dinner

Majlis makan malam bersama Timbalan Menteri Luar Negara Dato` Seri Kohinan Pillay. Beliau memberitahu dalam ucapannya bahawa beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri pertama berbangsa India oleh Najib Tun Razak. Boleh la India ni, tak sombong sangat.

 Malas aku nak kupas banyak2 pasal dia sebab bukan kenal sangat pun. Tapi Hotel Movenpick memang di luar jangkaan. Sangat besar dan mewah. Ini sememangnya hotel terbaik di ibu kota Yaman, Sanaa.

Kami naik bas yang Permaya sediakan untuk ke sana. Tapi ada satu je yang aku tak puashati. Budak2 melayu buat stail kampung, ambik makanan berebut-rebut. Sorang ambik makanan untuk 5 orang. Tak agak-agak. Makan memang sedap, perfect dan tentunya memuaskan.

Aku sempat pusing2 hotel tu, usha2 swimming pool dia. Boleh tahan. Ramai juga yang membatakkan diri dengan bermain lif canggih hotel.


June 21, 2009

Faris+Sudin+Ubay=Ёéмąń ÖňĿϊńє™


Faris, aku dan Sudin telah bersepakat untuk membuat blog khas untuk kami jadi penulisnya. Alhamdulillah,blog dah siap. Templatenya cantik bangat. Baru ada lima post je baru. Faris dah accept invitation jadi author, tapi Sudin belum lagi. Apeda ko Sudin..

Kitorang fikir punya fikir nama apa nak buat..last2 pakai Ёéмąń ÖňĿϊńє™. Apsal pakai nama tu? Sebab kami student Jamiah Eeman. Entahla, header tu pun nampak macam smart je. Blog address berbeza dari headernya. http://budakiman.blogspot.com. Insya-Allah kitorang akan cuba berkongsi maklumat mengenai suasana kehidupan di sini dengan pembaca yang budiman di samping berkongsi pendapat dan pengetahuan.

Risau jugak aku takut susah nanti nak pegang dua blog. Mesti salah satu akan terabai. Takpe kita tengok dulu. Cuma perlukan kerajinan dan idea untuk menulis. Ada blogger tu sampai sepuluh blog, punyala dasat. Respek lu. Aku sudah tidak sabar nak balik ke Malaysia, dalam sebulan atau sebulan setengah je lagi. Yang penting sebelum Raya. Sekarang ni cuma menunggu kata putus dari orang tua. Balik ni aku nak pekena Sate banyak-banyak. Roti canai, nasi dagang dan segala macam makanan Melayu. Hahaha..

June 17, 2009

Besday Abang

Selamat Hari Jadi ke-21 untuk Abang Faiz yang sentiasa di hati.


Hari jadi beliau jatuh pada 14 haribulan Jun 1988. Aku dengan abang aku tak pernah berpisah dari mula-mula aku keluar dari perut sampai sekarang. Belajar pun satu tempat. Sekarang je pisah tempat belajar. Dia kat Maahad Sibawaih, aku kat Jamiah Iman. Dulu selalu gaduh, bertekak, biasala tu sebab kitorang agak sebaya, umur beza cuma setahun setengah. Tapi sekarang ni dah besar panjang, takkan nak gado2 lagi. Tahun ni dia balik Malaysia dan takkan datang lagi Yaman. InsyaAllah kahwin. Aku balik datang semula sorang2.

Takde buat party apa2. Bagi hadiah kecik2 camtu je. Yang penting aku nak dia tau, selama ni aku beruntung ada seorang abang sepertinya. Seriously cakap. Sekian. Bye.

June 16, 2009

Imran Zakhaev

Hahaha, aku sudah berjaya habiskan Call of Duty 4 Modern Warfare semalam. Akhirnya berjaya juga aku bunuh Imran Zakhaev(gambar) dengan pistol besa je. Punya la lama nak boleh abis. Pastu, masa nak balik Sakan, aku naik la bas kuning Hassobah - Al-Jamiah. Dapat duduk seat baris kedua sebelum akhir. Kat belakang sekali ada dua orang Yaman. Sorang budak muda, sorang lagi tu orang besar pakai jubah dengan jambia. Aku terdengar diorang ni macam bertekak pasal tempat duduk. Tak pasti jugak pasal apa...

Dengan tidak semena-mena(ayat tak bole blah), diorang bergaduh. gile cuak aku. Yang besar tu kelarkan jambia dia nak tikam mamat sbelah dia. Habis terlanggar aku. Aku time tu rasa cam nak mati dah. Kalau la jambia(gambar2) tu terkena aku, habis la jawabnya. Lepas itu, seperti biasa ada orang tahan. Diorang still x puas hati. Mamat belakang aku ni buat2 berani padahal muka dah pucat. Terserlah kebudak-budakan mereka.

Macam2 hal. Arab kat sini suka sangat bertumbuk. Setiap hari mesti ada. Memang b*d*h.

June 11, 2009

Squid Ward

Salam.

Semalam(10 Jun) pegi jalan2 Bab dengan kawan 2 yang baru sampai dari Zabid. Semua karkun. Ingat nak pegi mkn kat Damai pasal ada tahklil arwah tapi rasa cam malas gak. Duit pun kong. Ingat nak duk sakan je tengok tv, main ping pong atau lepak2 minum `Asir kat Funduq sebelah. Tapi dengan tiba-tiba, sebuah panggilan yang tiba mengubah rancangan malam tu. Budak2 ni nak belanja aku minum2 kat Bab. Pas makan Mulawwah dengan Tuna, Miji nak cari jubah. Kitorang jalan masuk Bab. Bab dah laen skang. Ramai askar jaga. Cari jubah second hand takde, kami pon pergilah kedai shilan Arab yang pandai cakap Melayu tu. Mahal sangat. 2ribu, seribu setengah.

Blah kedai laen. Mahal gak. Jubah 'Musta`mal' mana? Patutnya ada depan pintu je. Kalau takde kita balik lu ah. Nak balik tu kitorang diserang penjual2 jubah musta3mal tetiba. Owh, rupanya diorang da tukar port. Kat depan jalan pulak. Aku berkenan tengok jubah hitam ni satu. Corak dia lawa. Beli terus. Pinjam Jahed 400. Budak2 tu beli banyak gak. Harga dari 1000 jadi 250. Aku tawar dpat 400 je. Tak cukup expert lagi. Brin dengan Miji dah cukup power!!


Ok. Sekian kisah idopku. Mesti korang serabut otak baca cerita pasal idup aku yang tak penting ni. Takperlah, blog ni kan "Blog Seorang Zikry" hahahahaha..

June 7, 2009

Daulat Tuanku






Hari ini(6 Jun) hari keputeraan Yang Dipertuan Agung Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Daulat Tuanku!

Sudah usai berlangsungnya majlis yang sungguh meriah sekali bersempaena dengan Hari Keputeraan YDP Agung di kediaman Duta Besar Malaysia ke Yaman. Majlis dimulakan dengan bangun beramai2 menyanyikan lagu Negaraku. Patriotik abes!! Sempat mengupload gambar2 suasana majlis pada petang tersebut. Enjoy!

Info gambar: Baju batik hijau tu Encik Samad selaku Duta Malaysia. Baju melayu biru dgn kot sambil pegang anak - Faris.











June 5, 2009

Sham Madu Dah Kahwin

Hari Jumaat 5 Jun 09. Telah berlangsung dengan jayanya Majlis kenduri kahwin Sham Madu dengan Yasmin anak Abg Azmi. Bertempat di Sakan Lecturer Malaysia di Jaulah Mazbah(rumah kami dulu). Memang gempak! Selepas bergelumang dengan Arab setiap hari, nak jumpa Melayu pun susah. Dalam 100 orang Arab sorang Melayu terserempak. Buat majlis camni yang mana semua orang Melayu dapat kumpul, bertanya khabar, makan2, tengok persembahan memang terasa kemeriahannya. Kalau kat Malaysia x la terasa sangat. Tapi buat kenduri besar-besaran kat luar negara memang really 'happening' bak kata Amad


Aku memula tu pelik campur konfius jugak kan, camne diorang nak buat ni. Muat ke nak ajak seluruh rakyat Malaysia di Sanaa datang. Sekali dah datang tu, diorang tempah khemah besar, bua kat halaman. Tapi kerusi meja takde. Arabian Style! Pakai Majalis Arabiah. Smart giler! Sham tadi memang vogue, ensem je dengan pakaian tradisional Melayu 100%, tanjak pun ada. Baju Melayu emas dengan sampin. Ramai gak orang Arab yang dijemput.

Dr Tariq Presiden Universiti Uloom ada, Dr Daud ada, Syeikh2 pun ramai. Majlis dimulakan dengan berbalas pantun(apsal pompuan pon nak berpantun gak?x sesuai di Yaman). Pastu pengantin sampai, Ust Naim dengan rakan-rakannya start main silat selepas Ust Lutfi baca doa ringkas. Pencak Silat Harimau Bentara. Lawa diorang main. Arab terkebil2 je tengok! Pastu Nasyid. Syed Faris jadi pemukul gendang. Haha! Lawak siot. Ok je nasyid tue. Vokalis semua suara lunak merdu. Semuanya mantap la boleh dikatakan.

sumber foto: Ahmad Musa

Tablegh Sesat dan Bidaah???


Ini cerita pasal pagi semalam. Aku terlambat sikit sampai dewan kuliah. Sudin yg duduk sebelah aku tengah baca 1 buku(bkn kitab) ni. Ape ntah.

"Oi, ko baca apa tu?" Aku tanya.

"Eh, ko takleh baca buku ni. Bahaya!" kata Nasruddin sambil tersengih memandang Faris.

Cilakak tul!. Last2 dia tunjuk jugak.

'Fatwa 2 Syeikh Nasiruddin Al-Albani.

"Oh, patutlah lain macam. Aku kat kelas memang dah terkenal dengan budak yang MASIH bermazhab Syafie, berbanding budak2 Iman yang lain, kebanyakannya dah x pakai mazhab. Buku tu pulak dikarang atas Manhajus-Salaf. Faris kata kat aku, "Ko tau x, kat dalam buku tu ada cerita pasal Tabligh! Kaw2 Syeikh Albani bagik."

Sudin menyampuk, "Apsal ko bagitau?"

Terus terbangun aku dengar Faris cakap gitu. Encik Suden bagi la aku tengok lepas pujuk punya pujuk. Aku baca. Orang bertanya Imam Albani bagaimana dengan Jamaah Tabligh? Bolehkah kita khuruj bersama mereka?

Jawab Imam Al-Albani,"Di dalam Jamaah Tabligh itu sendiri ada berbagai2 mazhab dan aqidah. Mereka tidak berpegang pada sesuatu pegangan, Mereka hanya menumpukan kepada ceramah yang bertujuan untuk memberi semangat untuk beramal. Tidak pula mereka mengajar ilmu agama kepada pendengar, dan ramai pendakwah daripada mereka adalah orang2 yang tidak berilmu sedangkan dakwah sebenarnya tugas ulamak. Mereka ada persamaan dengan jemaah Ikhwanul Muslimin dalam sesetengah perkara.


Katanya lagi,"Jamaah itu boleh dikategorikan sebagai 'sufi moden' kerana didapati mereka ada mengamalkan tariqat2 tertentu seperti Naqsyabandiah dan sebagainya. Lalu timbul pula soalan yang berapa ramaimanusia yang dapat bertaubat dan kembali kepada Allah sebab usaha ni?" Syeikh jawab/"Tak hairan perkara macam tu. Seperti guru2 yang sesat juga biasa menjadi sebab hidayah untuk manusia." Dah, cukuplah tu. Sebenarnya panjang lagi jawapannya tapi aku ringkaskan. Pedih rasanya nak tulis lagi.

Itu yang beliau kata, ni yang aku pulak kata,"Kepelbagaian mazhab dan pegangan dalam Jamaah Dakwah tu buat apa nak kecoh, Tabligh itu bukan satu kumpulan, parti, kelompok, atau puak. Dakwah adalah satu amalan(satu tanggungjawab). Macam sembahyang, ada ke orangnak kecoh2 dalam satu jemaah solat Jumaat yang terdiri dari pelbagai mazhab. Itu bukan satu isu. Lagi satu pasal krkun2 x berilmu banyak. Aku kata: Ilmu itu bukan segala2nya. Kalau satu orang ni dia tau semua masalah2 fiqh, semua tafsir quran dan hadith dalam kepalaboleh jamin ke dia beramal dengan ilmunya? Boleh jamin ke dia boleh amal agama dalam hidup dia, simpan janggut, pakai jubah ke mana-mana dsb?



BELUM TENTU beb!. Masalah umat hari ni bukan pada ilmu. Tapipada TAQWA. Orang yang bertaqwa akan amal 100% ilmu yang dia tau(walaupun sikit). Hanya orang yang takut pada Allah yang akan amal agama sedaya upaya dalam hidupnya. So, inilah yang Orang Tabligh duk usahakan!! Bukan takde program ilmu langsung dalam Jemaah ini. Ada banyak pengajaran ilmu2 asas sewaktu khuruj.


Kalau kerja dakwah adalah kerja ulamak saja, takde bezalah antara kita dengan Nasara dan Yahudi. Pendeta2 je yang buat dakwah, orang ramai datang gereja, bagi hadiah, bagi duit kat pendeta lepas tu dosa diampun. Allah suruh Rasulullah kata,"Dakwah ni jalan aku dan orang yang ikut aku". Bukan jalan aku dan orang yang berilmu dikalangan kamu. Pasal Tariqat tu pulak aku rasa tarak masalah. Berbai`at untuk tinggalkan semua haram, untuk amalkan zikir2 yang jelas dan bagus. Lailahaillallah 1000x sehari cthnya. Takde masalah.

Kepada semua anti JT.
Sungguh tak hensem bila kita merasa hanya diri kita yang betul dan seluruh dunia adalah salah. Sebaliknya fikirlah bahawa semua orang betul.- Pepatah Rekaan.

Aku dah nampak kebenaran usaha ini, aku yakin dengannya dan aku takkan berganjak dari Usaha ini. Ya Allah, terima aku!

-Ameeen-

May 31, 2009

Lima Perkara Suka dan Tidak Pasal Musim

Lima perkara aku suka bila musim sejuk:

1. Keluar asap dari mulut. Tak selalu. Pagi2 saje. Pukul 7 tu jelas la.
2. Boleh pakai tebal2 macam dekat Europe. Sarung tangan, penutup tlinga, snowcap dll.
3. Nikmat minum air panas pagi2. Pekh! ini mmg x tipu woo. Bila minum je, terasa kepanasan menyerap ke dalam setiap inci tubuh.
4. Subuh lambat dalam 5/5.30, Isyak awal 6/6.30. Boleh tidur sampai lebam.
5. Tak merasa panas matahari, kulit pun x hitam. Huhu.



Lima perkara aku X suka bila musim sejuk:

1. Susah nak mandi pagi. Kalau ada air panas takper. Kalau air sejuk, demam la 1 hari.
2. Kulit dan bibir mengering dan menggelupas dengan dahsyat sekali.
3. Takde setitik hujan pun yang turun dari langit pada musim sejuk.
4. Siang terlalu pendek. Tak sempat buat apa. Duduk lam bilik je.
5. Pokok semua mati. Jadilah macam planet Pluto yang kering, sejuk dan berdebu.


Lima perkara aku suka bila musim panas:


1. Cuaca sempoi. Macam di Cameron. Tak sejuk, x panas. Anginnya sedap dilayan(tpi x leh lawan angin Nusantara.
2. Sedap b`jalan. Bila tiba bulan Ramadhan yang biasanya pd musim panas, penduduk Sanaa mula x tido malam. Pasar, kedai bukak sampai pagi. Beest!
3. Hujan banyak turun. Tapi x sekerap di tanah air.
4. Tanah semakin hijau dengan rumput dan tumbuhan.
5. Siang yang panjang.(Subuh 4:20 Maghrib 6:30)


Lima perkara aku X suka bila musim panas:


1. BANYAK BLACKOUT! Setiap hari elektrik akan ditutup kurang2 sejam, kadang2 lebih. Tensen! TNB Yaman bongot!
2. Kesesakan trafik dekat stesen2 minyak(minyak kurang kot!). Maka berlakulah kebisingan yg amat2 dihiasi bunyik hon lori. Bilik ak plak sblah stesen minyak. Gembira.
3. Panas, bila waktu tengah hari.
4. Subuh awal sangat: 4:20, 4:30. Kalau terlambat bangun, SUBUH GAJAH la jawabnya!
5. Nyamuk dan Lalat tiba2 jadik ramai. Entah dari mana datangnya. Musim sejuk diorang takde.

May 27, 2009

Ehna Bihubbi Biladna

Old City



Ehna Bihubbi Biladna-We Love Our Country

Yemen.
Orang Melayu panggil Yaman. Apa yang korang tau tentang Yaman? Mesti tak banyak kan? Jadi disini aku dengan baik hatinya nak bagi sedikti pengenalan ringkas tentang Republik Yaman.



Yaman, secara rasmi dipanggil Republik Yaman (bahasa Arab: الجمهورية اليمنية), ialah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di Semenanjung Arab di Asia Barat Daya. Yaman terdiri daripada bekas Yaman Utara dan Selatan. Negara ini menyempadani Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Laut Merah di barat, Oman di timur laut, dan sempadannya yang lain bersebelahan dengan Arab Saudi. Wilayah Yaman termasuk Socotra, sebuah pulau terpencil yang terletak lebih kurang 350 kilometer (217 batu) di selatan, berhampiran dengan Afrika Timur.




Saila Road di Sanaa. Bila hujan jadi longkang.

Yaman ialah salah satu daripada pusat-pusat peradaban yang tertua di dunia. Dari abad ke-9 SM hingga abad ke-6 Masihi, Yaman merupakan sebahagian kemaharajaan-kemaharajaan Minaean, Sabaean, Himyarit, Qataban, Hadhramawt, dan Awsan yang menguasai perdagangan rempah yang menguntungkan. Yaman dikenali oleh orang Rom sebagai "Arabia Felix" ("Arab Gembira") kerana kekayaannya yang dihasilkan oleh perdagangan.


Yaman terdiri dari 21 buah negeri. Aku duk Sanaa. Ibukota Yaman. Terbahagi kepada 2 bahagian. Sanaa Qadimah(Old Sanaa) dan Sanaa Hadithah(New Sanaa). Bangunan kat dalam Old City tu memang cun dan unik. Kota ni dipagari dengan tembok yang tinggi dan sebuah pintu gerbang besar yang masyhur dengan namanya Bab el-Yaman. Korang kenal tak Abrahah Al-Asram? Dia dulu tinggal kat dalam Old City tu, ada lagi tinggalan Abrahah seperti kuilnya Ma`bad Kulais.


Ni dekat Darul Hajar(Rock Palace)



Ok. Dekat Sanaa ada sebuah masjid yang baru siap dibina. Lokasinya di 70 Street, haddah. Masjid itu dinamakan Jamie Rais/Jamie Soleh sempena dgn nama Presiden Ali Abdullah Soleh. Beso wei masjid ni. kalah masjid 2 kat M`sia. Macam Masjid Nabawi pun ada kot. nak masuk masjid tu kena scan dulu body dan beg takut2 ada senjata atau bom. Macam nak masuk flight plak kan..Muhaimin, aku dan Mnur di Masjid Rais
Aku crita pasal Sanaa ar dulu. Nak buat camne, ak duduk Sanaa. Negeri2 lain insyaAllah bila-bila..

Z I K R Y
New Sanaa City
Yemen

May 18, 2009

Gambar Raya

Ni gambo Aidilfitri tahun lepas.





Dari kiri:

Ustaz Zulkhairi
Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(Permaya). Baru pulang ke tanah air untuk mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah selamat semuanya. Habis belajar Jamiah Uloom.

Kimi
Belajar di Universiti Yemenia. Lama dah x jumpa.

Mang
Orang Terengganu. Budak Uloom jugak.

Keni
Orang Kelantan. Syu`bah Alif. Sanah Ula. Sekelas dengan aku. Di Iman.

Zikri
Penyibuk.

Gambar ni baru perasan. Nampak cambest jugak. Sebab tu letak dalam blog. Ummpph..x tau nak tulis ape.

Jangan Kutuk2 Orang. Tak Baik.

Ada belajar madah baru kat Sanah Ula. Lepas semester baru ni diorang tambah Fiqh, Usul Fiqh dan lain2 kitab. Madah semester lepas ada yang dah tak diajar sem ni. Cam Ilmu Iman dll.Sekarang kekeliruan aku mengenai fiqh Jamiah Iman dah terjawab skit demi sdikit. Dulu masa aku kat Malaysia orang banyak cakap tentang bahaya belajar di Sanaa, esp Al-Iman University. Motifnya, U.Iman tak ajar Mazhab Syafie, tapi ajar 4 mazhab sekaligus...bla..bla..bla. DIORANG kata Sanaa ni Wahabi, U.Iman pun Wahabi.Yang gembira sangat mengutuk ni ramainya orang2 Melayu pondok dan yang belajar kat Hadramaut. Aku memang tak suka kutuk-kutuk orang ni.Apadaa..

Kalau aku dengar Syeikh Iman kutuk2 orang Hadramaut pun aku nyampah gak. Aritu ada dengar Syeikh sorang ni bagi kat Orang2 Hadhramaut kaw2 punya. Khurafat la, itu la, ini la. Aku kata tak semua yang buat khurafat. Ba`dhuhum saja.

Kita orang Islam sibuk berbalah pasal benda remeh temeh ni. Orang kafir tengah fikir camne nak musnahkan kita dari muka bumi. So, janganlah jadi bodoh. Macam muka makhluk disebelah kanan ini.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Sebenarnya Syeikh2 Iman yang ngajar Fiqh ni dia ambik Qoul yang Rajih. Dalam setiap masalah diorang akan keluarkan pendapat semua Mazhab, pastu diorang pilih mana yang Rajih(Sesuai atau Kuat). Contohnya Bismillah sebelum wudhu` wajib ke sunat? Korang musti dengan serentak akan kata "Sunatlaa, apahal lak wajib!". Tapi kami belajar tadi kan, Syeikh kata Bismillah sebelum wudhu` Wajib!!

Beliau berkata begitu berdasarkan hadith Nabi"Tidak ada solat bagi orang yg takda wudhu`, dan takde wudhu` bagi orang yang tak sebut nama Allah dalam wudhu`nya."

Walaupun hadith ni Dhoif, tapi perawinya ramai dan datang dari banyak arah. Jadi ianya lebih dekat kepada Sohih. Di dalam kitab Ad-Duraril Mudhiah itu, ada 3 mazhab yang dipakai sekarang ni.

Pertamanya yang dipakai oleh Jumhur Fuqaha` adalah Bismillah sunat sebelum wudhu`.
Kedua Mazhab AlHadawi di Yaman : wajib kalau ingat. Dimaafkan kalau ada dalam tandas.

Ketiga Mazhab Az-Zahiriah dan Asy-Syaukani : wajib Mutlaqan.



Syeikh cakap, yang Rajih, Qoul kedua berdasarkan Hadith tadi tu. Tapi kami ambik kata Jumhur la. Belajar Fiqh dekat Iman memang perlukan penapis. Aku belajar Madah lain untuk diamal. Tapi Fiqh kat Iman, untuk maklumat saja kot. Insya-Allah. Sebelum habis belajar, kena ambik takhassus Syafie kat mana-mana. Kalau boleh pergi Hadhramaut, ambil sana ah. Kalau tak, kat Sanaa pun ada Syeikh bermazhab Syafie.


Z I K R Y
Isnin
18 Mei 09
Sanaa, Yemen.

May 14, 2009

Untitled

Dalam 2 jam lagi janji dengan brader Al-hakim nak jumpa kat Markaz. Nak khuruj 1 hari setengah. Nisab bulan 5.

Katanya ada sorang lagi Indo nak ikut. Yusuf Somali dan sahabatnya pun nak keluar sekali.



Masa ni la Permaya nak buat program macam2. Ada 2 mesej masuk tadi. Ceramah malam ni. Gotong royong pulak esok.

Maaf la Exco2 semua. Sebab ana takleh hadir. Lain kali ye.

May 13, 2009

Lebih baik Kumpul Kitab Dari Kumpul Setem

Sewaktu kami berjalan pulang dari Dewan Satu Alif, kami ternampak kelibat seorang jejaka berbaju biru sedang minum-minum dekat gerai 'khomer' atas bukit.

"Macam kenal je.."

"Sudin!!"

Rupa-rupanya memang Sudin yang datang Jamiah hari ni. Sakitnya dah beransur pulih. Tapi bukan datang untuk masuk kelas. Dia datang untuk beli kitab baru sempena Penggal Kedua.

Syarhul Waraqat.




"Arrgh! kitab baru lagi! Apasal tak cakap dari dulu?"

Tensennya aku. Hari tu diorang cakap Faslus Thani perlu beli 2 kitab baru saja. Nampaknya 4 biji kitab baru kena beli..
Duiiiiiit...Duiiiiiiiit.

Kitab-kitab itu ialah:


  • Al Madkhal Lidirasat Assyariah Al-Islamiah - Dr Abd Karim Zaidan
  • Syarh Mulhatul I`rab - Imam Al-Hariri
  • Ad-Duraril Mudhiah - Imam Asy-Syaukani
  • Syarh Al-Waraqat - Imam Al-Juwaini

Kitab lain yang kami pulun dari Faslul Awwal pula:


  • Sohih Muslim
  • Tafsir Ibnu Kathir
  • Ilmul-Iman
  • Usool Da`wah
  • Tazkiyatul-Anfus
  • Hilyatu Tolibil `Ilm
  • Al Burhan(Tajwid)
  • At-Tuhfatus-Saniah
  • Qawaidul Imla`

Pekhh! 13 biji kitab untuk Tahun Satu..

May 12, 2009

Masuklah ke Dalam Neraka!

Dr Hatim meletak gagang telefon. "Intabihu ya ikhwani..". Syeikh minta perhatian dari pelajar-pelajarnya. Kekecohan mula mengambil ruang memandangkan waktu yang sudah hampir ke pengakhirannya.

"Banyak tanya la budak-budak pompuan ni," ujar seorang Melayu yang tak sabar nak menibai 'shai ahmar' di kantin.

"Seorang pelajar perempuan telah bertanya saya soalan yang penting."

Budak-budak mula diam, memberi ruang kepada pengajar kitab Tafsir Al-Quran Al-Azeem karangan Imam Ibnu Kathir itu. Mas`ul Syu`bah kelihatan bangun membetulkan kamera video Panasonic di depan Syeikh. Video Syeikh mengajar itu sedang ditonton secara langsung di Qismu Talibat oleh pelajar-pelajar perempuan Tahun 1. Jika ada permasalahan yang ingin ditanya, mereka cuma akan menelefon Syeikh yang mengajar dengan telefon khas yang telah disediakan.




"Katanya bagaimana Allah akan melakukan pada golongan manusia yang tidak sampai kepada mereka dakwah para Nabi atau mereka tidak pernah mengenal apa itu Islam, apalagi diajak memeluk Islam. Contohnya golongan manusia di pedalaman Benua Afrika.."

"Ei, dengar ni, penting!!" seorang senior menegur dua orang yang rancak bersembang. Kami tertanya-tanya apakah jawapannya. Sambung Syeikh lagi,"Di akhirat nanti, mereka akan diilhamkan oleh Allah untuk berhujah dihadapanNya.".

Mereka akan berkata,"Ya Allah, engkau dahulunya telah berfirman,'Dan
Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum kecuali setelah kami mengutus Rasul kepada mereka.' dan tidak sampai kepada kami seorang pun dari utusanmu sehingga kami mati dalam kufur padamu. Adakah Engkau akan masukkan kami ke dalam neraka?"

Allah swt akan berfirman,"Ya, memang Aku telah berfirman di dalam kitabku Al-Quran,'Dan
Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum kecuali setelah kami mengutus Rasul kepada mereka.'. Oleh itu pada hari ini, aku ingin memberi kamu satu perintah untuk lihat adakah kamu taat ataupun tidak."

"Masuklah ke dalam neraka!!"

"Udkhuluha!!" ujar Dr Hatim dengan lantang.

Maka masuklah sebahagian dari mereka ke dalam neraka untuk mentaati Allah manakala sebahagian yang lain tidak ingin masuk ke neraka. Allah swt memberitahu kepada para malaikatNya,"Sesiapa yang sedang masuk ke neraka itu kamu masukkanlah mereka ke Syurga, dan siapa yang ingkar dengan perintahku untuk masuk ke neraka tadi, kau kekalkanlah mereka di dalamnya.

Aku tersenyum puas. Hebat juga kan cerita ni. tapi masih sangsi. Aku tanya Faris,"apa dalilnya cerita tu? macam Israiliyat je..". "Ayat tu kan Syeikh dah baca..." sambil dia mebacakan ayat Quran surah al-Kahfi itu.


"Eh, itu pasal Allah takkan azab orang yang tak tahu.."

"Wallahu A`lam." kata Faris mula berfikir sejenak.

Kami baru selesai dari cuti Faslul Awwal minggu lepas. Pembelajaran Faslu Thani baru saja bermula dengan semua Ajanib dipindahkan ke Syu`bah Alif, dewan Sanah Ula yang paling besar di Jamiah. Boleh memuatkan dalam 1000 orang.

Sekarang ni musim demam agaknya. Sudin demam teruk. Dah lama tak datang kelas. Tak larat. Nak keluar suara pun tak boleh, dia bagitahu dalam sebuah mesej.



betulkah ini Imam Muhammad Asy-Syaukani?
hasil carian Google Images.




Sampai ini sahaja.
Salam Ukhuwwah
Z I K R Y

May 10, 2009

Mulakan Hidup yang Lama.

Sahabat aku baru memergikan dirinya pagi semalam. Ke Jeddah, Arab Saudi dengan bas ekspres. Ooooh, sedih yg teramat-amat, sbab dialah satu2nya sahabat karib aku di sini.

Masa aku nak mandi petang semalam, ternampak satu luka kat bahu kanan. Teringat masa pergi ambik serai kat Hadiqah ari tu. Sobah gigit bahu aku kuat gile. "Nati kalu demo tengok luko tu teringat kawe.." T_T



Sekarang aku hidup macam dulu semula. Jalan sorang2, makan Indomie sorang2. Sedeyh gile. Rilek la. Ingatbalik apa maksud kedatangan aku ke sini. Belajar dan bawak balik ilmu.

Menangis mcm mana pon,takde gunanya...

Start 2 hari lepas, aku x berapa sihat sampai skarang. Mula2 tu selsema je, pastu skang ni asthma(lelah) pulak. Ventolin Syrup dah beli tadi. 400 je. Doa la.


Zikry
Sanaa, Yemen

March 10, 2009

Old Post

Hari ini aku Ikhtibar Syahri Madah Tafsir Ibnu Kathir. Apa yang aku boleh katakan hanyalah ianya terlalu susah, di luar jangkaan dan amat berbeza dari yang bulan lepas punya. Doktor Hatim kata Surah An-Najm sampai Al-Waqiah sahaja yang masuk, tapi ada dua soalan dari Surah lain. Az-Zariat pun masuk.

Sudin la yang paling bengang. Dia kata nak protes dekat Dr nanti. Aku rasa dapat markah 5/10 agaknya. Mana adil, aku tak ulang langsung la Az-Zariat pasal bulan lepas dah masuk. Takpelah, dah takdir.


Driver teksi buat masalah. Aku tak tau camne nak buat ni. Stress yang amat sangat. Mungkin sebab aku kecoh sangat kot. Dia janji pas Asar, aku call dia pas Asar, dia kata ada hal, tunggu pas Isya`. Lepas Isya` aku tipon dia tanya, dia kata ada masalah, jumpa pukul 10.30.


Macam mana ni, dah la aku sorang2 je nak kena hadapi semua ni. Abd Aziz pun takleh nak tolong sangat. Takkan dia nak lepas macam tu aje tanpa bayar apa2. Habis, sape nak bayar 10ribu dekat hospital? Dah pecahkan mp3 aku, sape nak ganti balik?

Sejak kebelakangan ni, hidup aku tertekan sangat. Macam nak pecah kepala pikir. Kena kacau dengan orang asing dekat dalam blog lah, Rumates bergaduh, Aaaah, biarlah diorang, kejap lagi berbaik la tu.

Esok petang nak pergi Rihlah ke Eden. Malas rasa, tapi abang aku dah ajak. Untuk refresh otak bak kata Abd Aziz. So, kena cuti 1 hari. Aku akan mintak dengan Nur Rahman yang baik hati untuk duduk kat kerusi aku..satu hari je Man..bolehlah!!


Hidup kita kena jaga amalan betul2. Kalau tidak, semua benda jadi kucar-kacir. Bila hidup ko dah mula serabut, check balik Solat, Quran, Muamalah ko sesama manusia, sedekah dan lain-lain. Baru-baru ni ada dua orang kawan sampai dari Dubai. Punyala dahsyat kisah pengembaraan diorang, macam Ibnu Battutah. Pastu diorang nak suruh aku post dalam blog camne diorang survive dengan takde duit..haha. Tengokla camner.



MySpace