Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

July 4, 2011

Kerajaan Islam


seorang ayah buat janji pada dua orang anak,
"anakku, kalau kamu lulus periksa dengan baik ayah akan bagi kamu sebuah kereta."

anak pertama sibuk memenuhi syarat ayahnya iaitu belajar semakin rajin hari demi hari, tak fikir pasal kereta. maka sampailah hari exam dan dia pun lulus dengan cemerlang.

anak kedua sibuk pergi showroom kereta, tengok-tengok kereta latest model, survey harga dan setiap hari dia tak pernah belajar sebaliknya hanya sibuk membicarakan mengenai kereta. maka pada hari peperiksaan dia gagal kerana markah yang rendah.

tuan-tuan begitulah khilafah, ada orang yang sibuk propagandakan, bicarakan, tetapi lupa penuhi syaratnya. bahawa syarat khilafah diberi kepada orang islam adalah iman dan amal salih.

" Allah berjani kepada orang yang beriman di antara kalian dan ber-amal salih pasti sungguh mereka akan dijadikan khalifah di muka bumi sepertimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah," - An-Nur

Petikan dari SINI

December 20, 2010

Redang Memanggilmu



beberapa bulan yg lepas, aku pergi pulau redang. dgn sek tabligh losong. utk jumpa2 org islam di sana. program peningkatan iman dan amal(fuh..ayat!).

laporan la sket. dekat tgh2 pulau tu ada satu kampung baru berpusatkan sebuah masjid yg besar dan cantik kat atas bukit. sayangnya masjid tu belum cukup makmur lagi la aku rasa. zuhur asar pun mcm takde org dtg.

kitorang sampai mcm besa la. pusing2 kampung jumpa mat rempit, mat pit, mat nyah, tok ketua, tok imam dll. yg paling cannot go, ada satu ahli jmaah masa pusing2 kampung terjumpa sorang pengikut hassan anak rimau. gile bab. dia pulak yg ajak kita join dia. haaa..inila yg akan jadi bila korang tak nak buat amar maaruf nahi munkar, salahkan tok ketua, dia tuding jari pd tok imam, tok imam salahkan ustaz, ustaz salahkan mufti, bla..bla..bla, last2 bangau pun tak nak ngaku bersalah.

ok. itu baru entry.
cukup 3 hari 3 malam, kami pun gerak nak balik. feri gerak pukul 1 tgh. jadi utk menjaga perintah allah, boss putuskan utk semayang di atas feri. fuuuh..pengalaman kot. sume org pandang, ternganga. elok2 angkat takbir, feri pon jalan. khusyuk je..ahaha

satu lagi nak citer.. sblum feri bertolak, aku tegur sorang pelancong arab sebaya ngan aku. dia pakai baju barca. aku tanya dlm bahasa arab, dia jawab english. mula2 ingat dia ni muslim la pastu aku ajak dia smayang zuhur skali, dia mcm tak paham. lama skit tanya nama... non muslim rupanya.

sedih. aku sedih.

takkan baca saja kut, komen la sepatah dua. ok. wassalam.

December 17, 2010

Belajar

semalam baru sampai dari Kemaman. alhamdulillah. semua berjalan lancar. banyak faedah dapat. tak menyesal join diorang. aku tengok orang pekak-bisu ni sifat diorang memang berbeza dari orang normal. lebih mesra. tak prasangka dgn org. mmg bagus la. senyum je, tak pernah nampak diorang tarik muka masam.

aku rasa thn depan nak khuruj dgn orang pekak-bisu pulak la. best. bahasa isyarat pun aku dah dapat; basic dia. so, doalah utk aku ni. semoga allah redha dgn aku dan kesian pd aku. ameen.

gambar di atas ni masa final day english course di tlc (terengganu language centre). kelas yang mantap dan intensif utk kuasai ecs.

ok guys. so long. salam.