Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

October 4, 2011

Teori Konspirasi atau Paranoia?

aku sungguh sedih bila melihat orang kita ni mudah sangat percaya dengan mana-mana sumber tanpa cari bukti kukuh dulu. aku tahu entry ni akan buat ramai orang panas, tapi aku tak boleh biarkan benda ni terus berleluasa.

ini aku senaraikan sikit dari penipuan teori konspirasi yang famous. berikut adalah contoh khabar angin yang bohong tetapi majoriti orang islam percaya.



1. mole people adalah yakjuj dan makjuj (contoh)

ini bangang apa ni. dah bertahun-tahun dah pun masih ada orang percaya lagi. yang mulakan cerita NASA terjumpa mole people ni adalah website weekly world news. ini bukan news betul punya. ini for fun punya site. takkan itu pun tak boleh detect. sarcastic tak paham ??. antara cerita yang direka weekly world news ni adalah megan fox adalah lelaki dan facebook tamat tahun 2012.

nah sekarang apa rasa. kpd yg sudah percaya, sila pergi sumbat muka dalam lubang jamban.



2. gambar batu terapung

ya aku tahu memang ada batu terapung mengikut hadis tapi bukan yang ini

nak tau lebih baca di gempaksiot
siap ada orang tampal dekat surau lagi. pecelop ?



3. upin ipin illuminatus

note dan email forward yang mengatakan jangan sebut upin kerana dalam bahasa aramaic bermaksud saya benci rasul dll.

kalau kamu cerdik kamu akan buat research dahulu sebelum fwd kan. tapi sayang seribu kali sayang, ini berita tergempar yang kamu kena cepat2 sebarkan supaya dikagumi oleh kawan2. tak kira la fitnah ke apa jangan peduli.

ini entry dari dewa kebaikan. perhatian : dewakebaikan adalah blog sarkastik. jangan jadi bo*oh untuk percaya bulat-bulat.


4. kewujudan tangan2 ghaib yang mengawal dunia

ini syirik yang jelas. freemason, yahudi dan amerika adalah 3 ekor makhluk yang lemah dan tak mampu buat apa-apa. mereka tak pernah mengawal dunia ini. yahudi punya kerajaan kelam kabut juga. amerika dengan ekonomi hampir bankrap. freemason memang wujud tapi tak sekuat yang kamu sangkakan.

apa yang kita kena percaya pasal dajjal adalah berdasarkan apa yang nabi dah cerita dan tafsiran ulama' berkenaannya. itu saja. khabar angin tak perlu percaya sayang oi.

cukup di sini. untuk faham bab ni eloklah baca blog-blog ini
blog.aidan (yg ni best)

September 7, 2011

Isu Spender


1.  kuman di seberang laut boleh nampak. gajah depan mata tak perasan. begitulah sesetengah manusia sifatnya.

2.  bulan puasa baru ni masa iktikaf di sebuah masjid, jamaah kami dibalun. lepas taaruf solat jumaat.

3.  antara isu-isu yang berbangkit adalah jamaah tinggal spender dalam bilik air, sisa makanan tak buang dengan elok dsb.

4.  aku terjumpa sehelai spender dalam dustpan di luar tandas. oh, ini lah dia. aku ambil dan letakkan di dalam tong sampah, ikat plastiknya dan buangkan ke tong besar.

5.  tiga hari kebersihan masjid kami jaga betul2. nasi pastikan tiada dalam longkang. program orang kampung kita tunjuk muka.

6.  kita lupa jasa pendakwah. hari ini kita layan mereka macam anjing. kita lupa pengorbanan mereka. hari ini kita selesa beragama. kita lupa air mata dan darah pendakwah.

7.  kita perlu berhenti menggali kekurangan. lihatlah betapa hebat usaha mereka. saban hari orang kafir memeluk islam, orang jahil mengenal agama berkat usaha percuma mereka.

8.  idea bertalu-talu menerjah kepala aku. idea macam susu. selagi kamu tidak perah, selagi itu ia tidak muncul.

picsource

April 12, 2011

Subuh Seorang Rempit


hi. salam 1 umat. tak kira dimana anda berada.

ape khabar iman? ape khabar amal? meningkat ke menurun? kalu bertambah alhamdulillah, kalau berkurang cepat2 la tingkatkan ye.


aku nak cerita pasal sembahyang subuh berjemaah. pasal apa ramai pemuda tak solat subuh berjemaah di masjid? nak tau kenapa?

sebab utama reamaja tak pegi subuh di masjid adalah TIDUR. mengikut kajian, orang muda sangat susah nak tidur awal. lain dengan org tua2. warga tua pukul 9 dah penat dan ngantuk. diorang tak suka lepak malam2. bila tidur awal, pukul 5 tu dah cargas.dah puas. hilang habis kepenatan semalam.

kita ni pulak masaalah. lagi2 yg berkawan. pukul 10 nak tido, memang kena. kalau sek2 rempit lebih kurang gini la bunyinya.

"der ape barang tido awal. mcm awek la. malam masih muda ni der.."

kalau budak2 dota cenggini.

"noob gile sial pukul 10 dah ngantuk. agak2 r doh. malam ni tanak try map baru ke??"

camtu la lebih kurang. tahukah kita, rasulullah sangat marah pada org yg terlajak tidur sampai terlepas subuh. ini salah satu dalil.

Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)

tahukah kita, nikmat solat subuh berjemaah di masjid adalah kenikmatan yg sangggat dasyat. ketenangan. kesegaran yg fresh.oke. meh aku bagi solution pada masalah ini.

1. kita tukar ayat dia. sebenarnya org yg bangun lambat la yg sebenarnya noob/baby/nerd/cam awek. amacam? lepas tu sape yg boleh bangun seblom subuh, siap mandi dulu, tahajud pulak 2 rakaat. pastu pegi masjid solat jemaah haaaa ini baru namanya lelaki sejati. baru betul..

2. set alarm untuk tido. set pukul 10 . bunyi je, terus tinggal kerja2 yg sdang dibuat, member2 yg bersembang mahupun hero kesayangan. masuk bilik. kosongkan pikiran dan tidur.

3. kalau ada masalah susah nak tidur awal, senang je. mula2 bangun awal pagi. pastu pastikan anda tidak sekali2 tidur lagi sampai lepas isyak. haaaaaa kompom mengantuk tahap gabante.

oke. itu dulu. sebelum beredar, renung2la sabdaan Rasulullah saw ini,

Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam sepanjang malam.” (HR Muslim).

sekian.

p.s : " der, apa barang bangun pagi pukul 8. mcm baby la lu ni der. tak rock la camni."

April 9, 2011

aku sayang pada kamu semua


assalamualaikum, salam sejahtera kpd umat muhammad(saw) yg dimuliakan Allah, samada yg tengah gembira atau bersedih.

pertama-tamanya, aku nk tegaskan skali lagi penulisan aku adalah bkn bertujuan utk dpt readers cecah ribu2, bkn juga utk dpt income lumayan dsb tapi aku cuma nak tulis ape yg terlintas di dlm minda aku utk tatapan aku sendiri dan sesiapa yg terbaca zaman skarang atau akn dtg. oleh sbb itu lah aku takkan kesah kalau takda komen,takda readers atau yg seumpamanya.

kedua-duanya, aku nk bagitau kesedihan aku melihat perbuatan kita akhir2 ini. banyak kelakuan kita yg salah. ya, kita.. bkn org lain. yakinlah kita, Allah tu ada. Dia tak pernah leka dari mengawasi kita. siang mlm pagi ptang kita je yg lupa pdNya. setiap perkataan kita taip,kita sebut kita akan ditanya ttgnya di hari akhirat.

marilah kita takut pd Allah. berhentilah kita buat onar di atas muka bumi. sehebat mana pun kita ingatlah Allah yg ciptakan kita jauh lagi hebat. ingatlah kita di sisi Allah adalah lagi kecik dari kuman, lagi lembik dari semut. ini hakikat.

tolonglah saudara2 berhentilah murkakan Allah. dari dulu kita bagi Allah murka mcm2, tapi Allah maha pemaaf, nasib baik la. kalau tak, dah lama kita binasa dek azab Allah atas pbuatan kita yg teruk. persoalannya bila kita nak sukakan Allah? ketahuilah di atas langit sana penuh dgn malaikat yg menyembah Allah tanpa rehat sejak mula dicipta . bila tiba hari qiamat mrk pun bangkit lalu ckp 'ya Allah sesungguhnya kami tak sembah kamu sebagaimana Engkau sepatutnya disembah.'

akhir kata
kita doalah banyak2 dengan menangis2 supaya Allah kasihan pada kita, ampun dosa2 kita dan jauhkan kita dari azabNya, semua kita laki perempuan pondan tomboy straight bi gay les dan semua umat nabi muhammad(saw).
sumber gambar

April 5, 2011

Percanggahan Umat Perkara Normal

sumber gambar
whats happening guyss..

yo semenjak 5 bulan yg lepas banyak benda difatwakan haram di negara kita, bermula dgn yoga, valentine dan mcm2 laa dan yang terbaru, tarian poco-poco pula difatwa-haramkan oleh majlis fatwa perak. aku seriesli tidak kisah dengan benda2 ni sebab mmg tak pernah aku buat pon. tapi aku nampak ramai budak2 kita skang jadi tak puas hati dgn mufti.

kata mereka..

'lepas ni tarian ape plak nak diharamkan?'
'permainan teng2 juga akan diharamkan krn ada bentuk salib'

dan macam2 lagi laa.

ya..ya..aku paham perasaan tu. memang bengang sbab mcm nak menyekat kebebasan la, menokok nambah pd agama la etc..

dlm situasi camni kita kena terus tengok ape pandangan ulamak yg lain. aku pn check la ust zaharuddin, mufti2, dan ustaz2 punya komen. memang cantik. dan aku terus chill. tengok camne org berilmu komen, sopan je tak mcm kita yg bodoh dan jahil ni..rasa cm tak sedap dgn nafsu je terus bantai kaw2 padahal kau baca fatihah pon makhraj beterabur ada hati nk betulkan mufti..lolollloooooollollolol

khilaf dalam agama ni mmg dah lama. dari zaman nabi sampai tabi'en sampai zaman kita mcm2 khilaf(pertikaian) yg ada. tapi tak bermakna kita kena bertelagah sape betul sape salah.

sebnanya kita sumer kena jaga bhgian ni. kita tak tahu mcm mana Allah menilai kita. esok nanti jumpa Allah, ko nk tunjuk ape sumbangan kau pd agama Dia. so akhir kata, kita doalah supaya Allah bagi kita mufti yg baik.

penegasan ust zaharuddin di SINI

April 4, 2011

Senyum yang ringan

sumber

hari ini kita story tentang sikap. sikap orang kita. kalau kita sendiri tidak mampu nak tegur bangsa sendiri, sape lagi. tengok aje apa jadi kes karam singh.

dah hampir tiap hari aku dengar keluhan msyrkat kita tentg kedai org melayu muka ketat tak reti senyum. ape cerr ni wahai usahawan melayu sedunia? ape buat muke ketat boleh jadi makin cun atau hensem ke?? memang tak la wei. ko perasan je mcm tu, b***h!!

sebenanye masalah ni bukan pada org kedai saja. tapi memang org kita ni fail bab tu. selama aku berkawan dgn org luar2 boleh tengok beza. senyum tu ringan la mudah cakp.

at least kalau kita rasa berat sangt nak senyum..tak pyh snyum takpe. yg penting jangan control muka, paham? lepaskan saja, longgarkan muka. lebih2 lagi bila org ramai tgh pandang muka kita.

kan Nabi dah cite kelebihan bermanis muka pada saudara. so kamon la guys. semenjak dua ni, aku terjumpa flash games yg awesome mcm Robokill dan Portal. nice woo utk isi masa lapang. jgn addict sudah ye geng, sape nak men search la kt google.

akhir kata peace no fight.