Kedua-duanya umpama sayap untuk hamba Allah terbang ke darjat-darjat yang tinggi di sisiNya. Yakni takutkan azabNya dan mengharapkan rahmat dariNya. Ramai manusia hanya mengharapkan syurga tanpa beramal lantaran ketiadaan takut pada azab tuhan mereka. Rasulullah saw bersabda,"Orang yang bodoh adalah dia yang mengikuti nafsunya dan mengimpikan syurga dari Allah."-Tirmizi & Ibnu Majah.Ditanya kepada Yahya bin Muaz"Siapakah yang paling tenang pada hari ESOK?" Jawabnya,"Yang paling takut pada hari ini." Banyak pertanyaan yang didengari "Adakah sifat takut atau sifat harap yang lebih penting dan afdhal?" Said Hawwa di dalam kitabnya Tazkiyatul Anfus memperincikan yang mana lebih penting, takut atau harap. Soalan ini sama seperti "Mana lagi penting, makanan atau minuman?". Maka jawapannya adalah makanan lebih penting untuk orang lapar dan air tentunya lebih penting bagi orang yang dahaga. Jika dia berasa lapar dan dahaga sekaligus, kedua-duanya sama penting.
Jadi takut dan harap adalah dua jenis ubat bagi hati. Bagi hati yang mempunyai penyakit 'aman dari azab Tuhan' maka ubat takut lebih penting baginya. Kalau penyakitnya adalah 'putus asa dari rahmat Tuhan' maka ambillah ubat pengharapan.
Akhir sekali, mari kita renung kata-kata orang yang telah merasai kemuncak takut dan harap, Saidina Umar radhiaallahu anhu:"Kalaulah seluruh manusia dipanggil untuk memasuki neraka kecuali seorang lelaki aku benar-benar berharap bahawa akulah lelaki itu, dan kalaulah dipanggil seluruh manusia untuk masuk ke syurga kecuali seorang lelaki, aku takut akulah lelaki itu."


Hari Jumaat 5 Jun 09. Telah berlangsung dengan jayanya Majlis kenduri kahwin Sham Madu dengan Yasmin anak Abg Azmi. Bertempat di Sakan Lecturer Malaysia di Jaulah Mazbah(rumah kami dulu). Memang gempak! Selepas bergelumang dengan Arab setiap hari, nak jumpa Melayu pun susah. Dalam 100 orang Arab sorang Melayu terserempak. Buat majlis camni yang mana semua orang Melayu dapat kumpul, bertanya khabar, makan2, tengok persembahan memang terasa kemeriahannya. Kalau kat Malaysia x la terasa sangat. Tapi buat kenduri besar-besaran kat luar negara memang really 'happening' bak kata 











