


*Takut nak balik raya tahun ni.Sumber
kalau takut mati jangan hidup

Selamat Hari Jadi ke-21 untuk Abang Faiz yang sentiasa di hati.
dah besar panjang, takkan nak gado2 lagi. Tahun ni dia balik Malaysia dan takkan datang lagi Yaman. InsyaAllah kahwin. Aku balik datang semula sorang2.
Hahaha, aku sudah berjaya habiskan Call of Duty 4 Modern Warfare semalam. Akhirnya berjaya juga aku bunuh Imran Zakhaev(gambar) dengan pistol besa je. Punya la lama nak boleh abis. Pastu, masa nak balik Sakan, aku naik la bas kuning Hassobah - Al-Jamiah. Dapat duduk seat baris kedua sebelum akhir. Kat belakang sekali ada dua orang Yaman. Sorang budak muda, sorang lagi tu orang besar pakai jubah dengan jambia. Aku terdengar diorang ni macam bertekak pasal tempat duduk. Tak pasti jugak pasal apa...
Semalam(10 Jun) pegi jalan2 Bab dengan kawan 2 yang baru sampai dari Zabid. Semua karkun. Ingat nak pegi mkn kat Damai pasal ada tahklil arwah tapi rasa cam malas gak. Duit pun kong. Ingat nak duk sakan je tengok tv, main ping pong atau lepak2 minum `Asir kat Funduq sebelah. Tapi dengan tiba-tiba, sebuah panggilan yang tiba mengubah rancangan malam tu. Budak2 ni nak belanja aku minum2 kat Bab. Pas makan Mulawwah dengan Tuna, Miji nak cari jubah. Kitorang jalan masuk Bab. Bab dah laen skang. Ramai askar jaga. Cari jubah second hand takde, kami pon pergilah kedai shilan Arab yang pandai cakap Melayu tu. Mahal sangat. 2ribu, seribu setengah.
Kedua-duanya umpama sayap untuk hamba Allah terbang ke darjat-darjat yang tinggi di sisiNya. Yakni takutkan azabNya dan mengharapkan rahmat dariNya. Ramai manusia hanya mengharapkan syurga tanpa beramal lantaran ketiadaan takut pada azab tuhan mereka. Rasulullah saw bersabda,"Orang yang bodoh adalah dia yang mengikuti nafsunya dan mengimpikan syurga dari Allah."-Tirmizi & Ibnu Majah.

Hari Jumaat 5 Jun 09. Telah berlangsung dengan jayanya Majlis kenduri kahwin Sham Madu dengan Yasmin anak Abg Azmi. Bertempat di Sakan Lecturer Malaysia di Jaulah Mazbah(rumah kami dulu). Memang gempak! Selepas bergelumang dengan Arab setiap hari, nak jumpa Melayu pun susah. Dalam 100 orang Arab sorang Melayu terserempak. Buat majlis camni yang mana semua orang Melayu dapat kumpul, bertanya khabar, makan2, tengok persembahan memang terasa kemeriahannya. Kalau kat Malaysia x la terasa sangat. Tapi buat kenduri besar-besaran kat luar negara memang really 'happening' bak kata Amad
Dr Tariq Presiden Universiti Uloom ada, Dr Daud ada, Syeikh2 pun ramai. Majlis dimulakan dengan berbalas pantun(apsal pompuan pon nak berpantun gak?x sesuai di Yaman). Pastu pengantin sampai, Ust Naim dengan rakan-rakannya start main silat selepas Ust Lutfi baca doa ringkas. Pencak Silat Harimau Bentara. Lawa diorang main. Arab terkebil2 je tengok! Pastu Nasyid. Syed Faris jadi pemukul gendang. Haha! Lawak siot. Ok je nasyid tue. Vokalis semua suara lunak merdu. Semuanya mantap la boleh dikatakan.
sumber foto: Ahmad Musa

Ini cerita pasal pagi semalam. Aku terlambat sikit sampai dewan kuliah. Sudin yg duduk sebelah aku tengah baca 1 buku(bkn kitab) ni. Ape ntah.
"Oi, ko baca apa tu?" Aku tanya.
"Eh, ko takleh baca buku ni. Bahaya!" kata Nasruddin sambil tersengih memandang Faris.
Cilakak tul!. Last2 dia tunjuk jugak.
'Fatwa 2 Syeikh Nasiruddin Al-Albani.
"Oh, patutlah lain macam. Aku kat kelas memang dah terkenal dengan budak yang MASIH bermazhab Syafie, berbanding budak2 Iman yang lain, kebanyakannya dah x pakai mazhab. Buku tu pulak dikarang atas Manhajus-Salaf. Faris kata kat aku, "Ko tau x, kat dalam buku tu ada cerita pasal Tabligh! Kaw2 Syeikh Albani bagik."
Sudin menyampuk, "Apsal ko bagitau?"
Terus terbangun aku dengar Faris cakap gitu. Encik Suden bagi la aku tengok lepas pujuk punya pujuk. Aku baca. Orang bertanya Imam Albani bagaimana dengan Jamaah Ta
bligh? Bolehkah kita khuruj bersama mereka?
Jawab Imam Al-Albani,"Di dalam Jamaah Tabligh itu sendiri ada berbagai2 mazhab dan aqidah. Mereka tidak berpegang pada sesuatu pegangan, Mereka hanya menumpukan kepada ceramah yang bertujuan untuk memberi semangat untuk beramal. Tidak pula mereka mengajar ilmu agama kepada pendengar, dan ramai pendakwah daripada mereka adalah orang2 yang tidak berilmu sedangkan dakwah sebenarnya tugas ulamak. Mereka ada persamaan dengan jemaah Ikhwanul Muslimin dalam sesetengah perkara.
Katanya lagi,"Jamaah itu boleh dikategorikan sebagai 'sufi moden' kerana didapati mereka ada mengamalkan tariqat2 tertentu seperti Naqsyabandiah dan sebagainya. Lalu timbul pula soalan yang berapa ramaimanusia yang dapat bertaubat dan kembali kepada Allah sebab usaha ni?" Syeikh jawab/"Tak hairan perkara macam tu. Seperti guru2 yang sesat juga biasa menjadi sebab hidayah untuk manusia." Dah, cukuplah tu. Sebenarnya panjang lagi jawapannya tapi aku ringkaskan. Pedih rasanya nak tulis lagi.
Itu yang beliau kata, ni yang aku pulak kata,"Kepelbagaian mazhab dan pegangan dalam Jamaah Dakwah tu buat apa nak kecoh, Tabligh itu bukan satu kumpulan, parti, kelompok, atau puak. Dakwah adalah satu amalan(satu tanggungjawab). Macam sembahyang, ada ke orangnak kecoh2 dalam satu jemaah solat Jumaat yang terdiri dari pelbagai mazhab. Itu bukan satu isu. Lagi satu pasal krkun2 x berilmu banyak. Aku kata: Ilmu itu bukan segala2nya. Kalau satu orang ni dia tau semua masalah2 fiqh, semua tafsir quran dan hadith dalam kepalaboleh jamin ke dia beramal dengan ilmunya? Boleh jamin ke dia boleh amal agama dalam hidup dia, simpan janggut, pakai jubah ke mana-mana dsb?
mu yang dia tau(walaupun sikit). Hanya orang yang takut pada Allah yang akan amal agama sedaya upaya dalam hidupnya. So, inilah yang Orang Tabligh duk usahakan!! Bukan takde program ilmu langsung dalam Jemaah ini. Ada banyak pengajaran ilmu2 asas sewaktu khuruj.Copyright © kalam.ajami. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Design Disease