May 12, 2009

Masuklah ke Dalam Neraka!

Dr Hatim meletak gagang telefon. "Intabihu ya ikhwani..". Syeikh minta perhatian dari pelajar-pelajarnya. Kekecohan mula mengambil ruang memandangkan waktu yang sudah hampir ke pengakhirannya.

"Banyak tanya la budak-budak pompuan ni," ujar seorang Melayu yang tak sabar nak menibai 'shai ahmar' di kantin.

"Seorang pelajar perempuan telah bertanya saya soalan yang penting."

Budak-budak mula diam, memberi ruang kepada pengajar kitab Tafsir Al-Quran Al-Azeem karangan Imam Ibnu Kathir itu. Mas`ul Syu`bah kelihatan bangun membetulkan kamera video Panasonic di depan Syeikh. Video Syeikh mengajar itu sedang ditonton secara langsung di Qismu Talibat oleh pelajar-pelajar perempuan Tahun 1. Jika ada permasalahan yang ingin ditanya, mereka cuma akan menelefon Syeikh yang mengajar dengan telefon khas yang telah disediakan.




"Katanya bagaimana Allah akan melakukan pada golongan manusia yang tidak sampai kepada mereka dakwah para Nabi atau mereka tidak pernah mengenal apa itu Islam, apalagi diajak memeluk Islam. Contohnya golongan manusia di pedalaman Benua Afrika.."

"Ei, dengar ni, penting!!" seorang senior menegur dua orang yang rancak bersembang. Kami tertanya-tanya apakah jawapannya. Sambung Syeikh lagi,"Di akhirat nanti, mereka akan diilhamkan oleh Allah untuk berhujah dihadapanNya.".

Mereka akan berkata,"Ya Allah, engkau dahulunya telah berfirman,'Dan
Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum kecuali setelah kami mengutus Rasul kepada mereka.' dan tidak sampai kepada kami seorang pun dari utusanmu sehingga kami mati dalam kufur padamu. Adakah Engkau akan masukkan kami ke dalam neraka?"

Allah swt akan berfirman,"Ya, memang Aku telah berfirman di dalam kitabku Al-Quran,'Dan
Kami tidak akan mengazab sesuatu kaum kecuali setelah kami mengutus Rasul kepada mereka.'. Oleh itu pada hari ini, aku ingin memberi kamu satu perintah untuk lihat adakah kamu taat ataupun tidak."

"Masuklah ke dalam neraka!!"

"Udkhuluha!!" ujar Dr Hatim dengan lantang.

Maka masuklah sebahagian dari mereka ke dalam neraka untuk mentaati Allah manakala sebahagian yang lain tidak ingin masuk ke neraka. Allah swt memberitahu kepada para malaikatNya,"Sesiapa yang sedang masuk ke neraka itu kamu masukkanlah mereka ke Syurga, dan siapa yang ingkar dengan perintahku untuk masuk ke neraka tadi, kau kekalkanlah mereka di dalamnya.

Aku tersenyum puas. Hebat juga kan cerita ni. tapi masih sangsi. Aku tanya Faris,"apa dalilnya cerita tu? macam Israiliyat je..". "Ayat tu kan Syeikh dah baca..." sambil dia mebacakan ayat Quran surah al-Kahfi itu.


"Eh, itu pasal Allah takkan azab orang yang tak tahu.."

"Wallahu A`lam." kata Faris mula berfikir sejenak.

Kami baru selesai dari cuti Faslul Awwal minggu lepas. Pembelajaran Faslu Thani baru saja bermula dengan semua Ajanib dipindahkan ke Syu`bah Alif, dewan Sanah Ula yang paling besar di Jamiah. Boleh memuatkan dalam 1000 orang.

Sekarang ni musim demam agaknya. Sudin demam teruk. Dah lama tak datang kelas. Tak larat. Nak keluar suara pun tak boleh, dia bagitahu dalam sebuah mesej.



betulkah ini Imam Muhammad Asy-Syaukani?
hasil carian Google Images.




Sampai ini sahaja.
Salam Ukhuwwah
Z I K R Y

1 .:

pali said...

salam, ingatkan tak boleh komen. Buleh rupanya. kekeke.

berkenaan dengan gologan yang tidak pernah dengar pasal islam, apabila mati, memang pernah dikabarkan mereka akan masuk kedalm syurga akhirnya, atas belas kasihan Allah.

Mereka tak tahu, bukan pura2 tak tahu. Aii.. la ni pun, ramai je yang tahu tapi buat dono je.

Pasal kesahihan tu, ustaz yang dok aku ambik kelas tu selesa dengan pendekatan salafi, kalau israiliyat tu dak la dia bagitau. Insyallah. Still, kalau ada sumber baek punya, khabar2 ok?