June 30, 2009

Sape lagi mau naik Yemenia?

GAMBAR yang diedarkan oleh Industri Airbus, pesawat Airbus A310, jenis sama yang terhempas di Lautan India, hari ini. Kapal terbang Yemenia Air berlepas dari Semenanjung Yaman, Arab untuk ke pulau negara Comoros terhempas awal pagi ini, jurucakap pegawai lapangan terbang Yaman berkata. Berita awal menyebut lebih 100 penumpangnya dipercayai maut. Gambar bawah, saudara-mara dan rakan penumpang penerbangan Airbus A310-300 yang terhempas dari Yaman, kelihatan sedih setiba di Lapangan Terbang, Charles de Gaulle, Paris. - Foto AFP/Reuters


Nahas Airbus: Penyelamat mula temui mayat

Pegawai syarikat penerbangan Yemenia Air melaporkan penyelamat mula menemui beberapa mayat mangsa pesawat Airbus A310-300 miliknya yang terhempas di Lautan Hindi, awal hari ini.

Ketika kejadian, pesawat milik syarikat penerbangan nasional Yaman itu membawa 153 penumpang, termasuk 66 warga Perancis.

Nahas dipercayai berlaku ketika pesawat melintasi laluan cuaca buruk dari Yaman ke Kepulauan Comoros.


Timbalan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Yaman, Muhammed Abdul Rahman Abdul Qader berkata, beberapa mayat mangsa nahas ditemui dari bangkai pesawat.


Bagaimanapun, pihak berkuasa Yaman tidak dapat mengesahkan ada mangsa yang terselamat.

Pihak berkuasa lapangan terbang Paris berkata, ketika kejadian 66 warga Perancis berada dalama pesawat berkenaan.

Dua pesawat tentera dan kapal Perancis menyertai operasi mencari dan menyelamat di Lautan Hindi antara pulau Mayotte dan Reunion.

Pihak berkuasa Yaman pula berkata, ada 142 penumpang dalam pesawat, termasuk tiga bayi dan 11 krew.

Ketika kejadian pesawat dalam pernerbangan dari Sanaa ke Moroni, ibu negara Comoros. - Agensi

-Berita Harian

1 .:

Ameen Muslim said...

salam...

alamak, makin lama makin byk pesawat terhempas. nampaknya UNDANG2 AIRWORTHINESS diperketatkanlah lagi la lepas ni.

macam mana lah agaknya kalau saya dah kuar dari MAS Training School ni nti. mesti byk rules n regulations yg ditambah. doakan sy dpt membaiki kapal dgn cara yg betul diniatkan kerana ALLAH.

wallahu 'alam!