" jika Allah beri hidayat pada satu orang disebabkan kamu, maka itu adalah lebih baik dari kamu mendapat unta merah."
kita ( karkun) buat usaha jangan terlalu buat tak endah dengan hasil. sebaliknya usahalah dengan sungguh2 supaya umat boleh dpt kasih sayang Allah.
aku kluar penang tahun lepas. satu mohalla ni cukup bagus. usaha sangat umumi. orang kampung dgn orang tabligh tak ada beza. tak berpuak. takda kebencian.
aku suka.
sebenarnya dakwah itu kan mudah. untuk memenangi hati orang kampung kita kena jaga beberapa perkara saja. motif kita supaya mereka juga dapat rahmat Allah lalu Allah bagi mereka faham agama dan sama2 berjuang tegakkan agama. dengan itu bayangkan betapa kasihnya Allah dengan usaha kita tadi.
ok straight to the points.
perkara2 itu menurut pandangan aku :
1. waktu orang kampung ada kita jangan duduk berkumpulan karkun dengan karkun saja. benda ni nampak remeh je tapi telah mewujudkan jurang yang cukup besar dalam kepala mereka. terjun di dalam umat. berenanglah dengan senyuman, budi bahasa dan ikram.
2. jangan selekeh. orang tak boleh dengar cakap seorang yang tidak terurus. ini pun cukup mudah. rambut kemaskan. pakai kopiah elok2. kurta seterika. pastikan badan tidak busuk dan tidak terlalu wangi sampai orang sakit hidung.
3. dengar pandangan mereka. kita terlalu banyak bercakap sehingga lupa untuk mendengar. kita wujudkan komunikasi dua hala. ini common sense. kalau kamu tak boleh dengar cakap aku, macam mana aku nak dengar cakap kamu. jangan defensif.
4. umumikan usaha dakwah. dakwah bukan org tabligh punya. bila masa Allah berhajat pada mereka untuk sebar hidayat. haiwan juga biasa dijadikan asbab hidayat. bagi karkuzari pada orang kampung dan mintalah syor mereka.
rasanya banyak lagi. tak perlu sebut pun kita dah boleh nampak apa yg menjadi gap antara dakwah dengan masyarakat. usahakan supaya kita jadi asbab umat dekat pada agama, bukan sebaliknya.
itu saja. aku cuma seorang budak biasa. kalau taknak terima pendapat aku tidak menjadi masalah. kalau aku silap, sila betulkan.
sekian.
4 .:
sugi ni masalah,please karkun jgn sugi depan org kmpung....
sugi tgk kesesuaian la. kalau rasa2 boleh syiar kita syiar...waktu bersugi tu sugi la dgn tartil jgn gelojoh..hehe
dan sugi jgn sepah2...hidayat!
setuju. hehe
Kita cakna dengan orang kampung setempat. Bila bertutur biar bersopan. Bila mendengar biar betul2. Bila mengajak biar penuh kelembutan dan keikhlasan. Bila berlalu biar dirindui.
Post a Comment