December 28, 2008

Mihrajan Nusratu Ghazza




Pagi tadi masa bas baru sampai di pintu universiti, aku kehairanan...nape xde orang nii?? tiba2 ada beberapa buah trak yang penuh dgn orang2 berdiri kat belakang menjerit2. Entah apa yang diorang jerit, aku x mengerti..tapi kelihatan sungguh bersemangat dengan kain hijau di dahi..




Suasana dalam Universiti sungguh sunyi, x macam semalam..riuh jugak. Aku terus melangkahkan kaki untuk ke Idarah Shuoon Tullab tapi kelihatannya berkunci. Lantas aku tengok handset yang tertulis di skrinnya "1 message received". Aku pon tekan open lalu terpampangla sebiji mesej dari SABAFON....






الهيئة الشعبية تدعوكم لمهرجان نصرة غزة اليوم بالأستاد الرياضى بصنعاء_س9






Maknenye lebih kurang..
"Persatuan Masyarakat menjemput anda ke Mihrajan Nusrat Ghaza(Karnival membantu Tebing Gaza) pd hari ini di Stadium Sukan Sanaa pada jam 9 pagi"



Patutla kosong habis jalanraya dan univerct pagi ni. Diorang semua pergi DEMONSTRASI..Actually, semalam Ghaza diserang lagi. Seramai 155 orang syahid dibunuh dalam sehari oleh tentera Israel la`natullahialaih



Budak2 diajar jihad dari kecik di tanah arab


Bermula solat maghrib semalam, seluruh masjid2 mula baca doa qunut pada rakaat terakhir, rasanya ada beberapa minggu jugak kena qunut tiap 5 waktu..dalam qunut tu diorang doa gile2 supaya Allah bantu Palestin dan jahanamkan kafir2 nih.




Diorang ni memang biasa macam tu..kalau ade ape2 kes berlaku kat Palestin ker..terus qunut (hari2 lain mmg xe qunut walaupun solat subuh) pastu demo. Aku pernah join satu demo di Maidan 70 sempena mengiringi jenazah org alim besar Syeikh Abdullah Al-ahmar. Rmai gilee org, jalan sampy kena tutup......


December 27, 2008

Bushoe..


Bush terus 'diserang': Sekumpulan penduduk Iran membaling kasut ke arah poster Presiden Amerika Syarikat, George W Bush sebelum solat Jumaat, semalam. Mereka mengikut tindakan wartawan Iraq, Muntadhar al-Zeidi, yang melemparkan kasutnya ke arah Bush pada sidang media di Baghdad. Ketika membaling kasutnya, Muntadhar berkata, ia sebagai kemarahan serangan dan bantahan kehadiran tentera Amerika di Iraq...

Tak Aci

katil aku..kira ok la bilik bujang..hehe
Assalamualaikum wbt..

Aku dgn faiz dah pindah ke hostel baru(sakan tullab jamiah ulum punya). Hostel ni untuk ajanib(foreigners) yang study kat uloom. Tapi aku bknnya ngaji kat uloom...kitorang ngaji kat Iman. 



Kitorang sebenarnya nak sewa rumah kat luar dgn member2 tapi Dr Tariq(Presiden Jamiah Uloom)bila tau je, die x bagi then dia suruh anak Dr Liwauddin selaku consultant IT tuk universiti dia ni tinggal je kat sakan ajanib Uloom nyer.itu yg kami rase macam x aci je kan.belajar jamiah len..tapi tinggal kat jamiah len..



Dekat sakan ni pulak takde org malaysia..kitorang dua je la. Yng lain bangsa mcm2 Bosnia,Kosovo,China dll. Ade budak Malaysia yg akan dtg minggu dpn kot..



Masalahnya budak2 Malaysia tinggal di sakan Uloom biasa tuk budak2 Yaman..tak patut betul la kan??aku pon x paham jugak nape Jamiah Uloom x letak plajar2 Malaysia nie di sakan ajanib cam kitorang..hmm..ntahlee



kelihatan saudara Musa dan Nuh study dgn tekun di bilik mrk..
makan ghada`(lunch) di rumah Amm Abd Aziz Al Ashaby Di bawah monumen hadith nabi bermaksud "iman itu di Yaman,dan hikmah Yaman"

December 26, 2008

nak mule menulis balik..

walaupun sudah berbulan2 x posting..akhirnya aku semangat balik dah..insya Allah..update post baru.juz wait n see