June 5, 2009

Tablegh Sesat dan Bidaah???


Ini cerita pasal pagi semalam. Aku terlambat sikit sampai dewan kuliah. Sudin yg duduk sebelah aku tengah baca 1 buku(bkn kitab) ni. Ape ntah.

"Oi, ko baca apa tu?" Aku tanya.

"Eh, ko takleh baca buku ni. Bahaya!" kata Nasruddin sambil tersengih memandang Faris.

Cilakak tul!. Last2 dia tunjuk jugak.

'Fatwa 2 Syeikh Nasiruddin Al-Albani.

"Oh, patutlah lain macam. Aku kat kelas memang dah terkenal dengan budak yang MASIH bermazhab Syafie, berbanding budak2 Iman yang lain, kebanyakannya dah x pakai mazhab. Buku tu pulak dikarang atas Manhajus-Salaf. Faris kata kat aku, "Ko tau x, kat dalam buku tu ada cerita pasal Tabligh! Kaw2 Syeikh Albani bagik."

Sudin menyampuk, "Apsal ko bagitau?"

Terus terbangun aku dengar Faris cakap gitu. Encik Suden bagi la aku tengok lepas pujuk punya pujuk. Aku baca. Orang bertanya Imam Albani bagaimana dengan Jamaah Tabligh? Bolehkah kita khuruj bersama mereka?

Jawab Imam Al-Albani,"Di dalam Jamaah Tabligh itu sendiri ada berbagai2 mazhab dan aqidah. Mereka tidak berpegang pada sesuatu pegangan, Mereka hanya menumpukan kepada ceramah yang bertujuan untuk memberi semangat untuk beramal. Tidak pula mereka mengajar ilmu agama kepada pendengar, dan ramai pendakwah daripada mereka adalah orang2 yang tidak berilmu sedangkan dakwah sebenarnya tugas ulamak. Mereka ada persamaan dengan jemaah Ikhwanul Muslimin dalam sesetengah perkara.


Katanya lagi,"Jamaah itu boleh dikategorikan sebagai 'sufi moden' kerana didapati mereka ada mengamalkan tariqat2 tertentu seperti Naqsyabandiah dan sebagainya. Lalu timbul pula soalan yang berapa ramaimanusia yang dapat bertaubat dan kembali kepada Allah sebab usaha ni?" Syeikh jawab/"Tak hairan perkara macam tu. Seperti guru2 yang sesat juga biasa menjadi sebab hidayah untuk manusia." Dah, cukuplah tu. Sebenarnya panjang lagi jawapannya tapi aku ringkaskan. Pedih rasanya nak tulis lagi.

Itu yang beliau kata, ni yang aku pulak kata,"Kepelbagaian mazhab dan pegangan dalam Jamaah Dakwah tu buat apa nak kecoh, Tabligh itu bukan satu kumpulan, parti, kelompok, atau puak. Dakwah adalah satu amalan(satu tanggungjawab). Macam sembahyang, ada ke orangnak kecoh2 dalam satu jemaah solat Jumaat yang terdiri dari pelbagai mazhab. Itu bukan satu isu. Lagi satu pasal krkun2 x berilmu banyak. Aku kata: Ilmu itu bukan segala2nya. Kalau satu orang ni dia tau semua masalah2 fiqh, semua tafsir quran dan hadith dalam kepalaboleh jamin ke dia beramal dengan ilmunya? Boleh jamin ke dia boleh amal agama dalam hidup dia, simpan janggut, pakai jubah ke mana-mana dsb?



BELUM TENTU beb!. Masalah umat hari ni bukan pada ilmu. Tapipada TAQWA. Orang yang bertaqwa akan amal 100% ilmu yang dia tau(walaupun sikit). Hanya orang yang takut pada Allah yang akan amal agama sedaya upaya dalam hidupnya. So, inilah yang Orang Tabligh duk usahakan!! Bukan takde program ilmu langsung dalam Jemaah ini. Ada banyak pengajaran ilmu2 asas sewaktu khuruj.


Kalau kerja dakwah adalah kerja ulamak saja, takde bezalah antara kita dengan Nasara dan Yahudi. Pendeta2 je yang buat dakwah, orang ramai datang gereja, bagi hadiah, bagi duit kat pendeta lepas tu dosa diampun. Allah suruh Rasulullah kata,"Dakwah ni jalan aku dan orang yang ikut aku". Bukan jalan aku dan orang yang berilmu dikalangan kamu. Pasal Tariqat tu pulak aku rasa tarak masalah. Berbai`at untuk tinggalkan semua haram, untuk amalkan zikir2 yang jelas dan bagus. Lailahaillallah 1000x sehari cthnya. Takde masalah.

Kepada semua anti JT.
Sungguh tak hensem bila kita merasa hanya diri kita yang betul dan seluruh dunia adalah salah. Sebaliknya fikirlah bahawa semua orang betul.- Pepatah Rekaan.

Aku dah nampak kebenaran usaha ini, aku yakin dengannya dan aku takkan berganjak dari Usaha ini. Ya Allah, terima aku!

-Ameeen-

6 .:

Ameen Muslim said...

assalamualaikum wbt...

saya sangat sangat sangat setuju dgn pendapat saudara tentang tabligh. saya menyokong pendapat saudara bukan kerana saya salah seorang drpd mereka, akan tetapi saya bersetuju dgn konsep dakwah yg tidak semestinya dilakukan oleh ulamak sahaja. sedangkan para sahabat dulu yg baru saja memeluk islam terus menjalankan dakwah. sebagai contoh saidina abu bakar ra, sebaik sahaja memeluk islam, dia bertanya kpd Nabi SAW akan tugasnya. nabi menjawab, "bantu aku mengajak manusia menyembah ALLAH SWT." kemudian, abu bakar datang menemui nabi dgn membawa beberapa orang yg telah memeluk islam.

berdasarkan cerita tersebut, dapat kita fahami bahawa abu bakar semua orang boleh membawa agama ALLAH tanpa perlu menjadi ulama terlebih dahulu.

JT cuba sedaya upaya menghidupkan sunnah nabi. mereka memikirkan 'risau nabi Muhammad'. apakah 'risau nabi'? risau nabi ialah tentang umat baginda.

terlalu banyak lagi yg ingin saya coretkan untuk menjelaskan dgn masyarakat akan konsep tabligh yg sebenarnya. biarlah saya jelaskan dlm blog saya nanti. apa pun, terima kasih atas post saudara.

wallahu alam!

p/s: sabda nabi,"sepagi atau sepetang keluar di jalan ALLAH adalah lebih baik drpd dunia dan seisinya."

sabda nabi lagi,"debu-debu yg melekat pd anggota org yg keluar di jln Allah, akan diharamkan api neraka ke atasnya hatta asapnya sekali."

Sabda yg lain,"ganjaran bagi org yg mengamalkan satu sunnah nabi di zaman kerosakan umat, pahala seratus kali mati syahid ketasnya."

~dakwah sunnah nabi SAW~

Ahmad bin Ariffin said...

'sampaikanlah drpdku walaupun sepotong ayat..'.. buat apa nak ilmu byk2 kan? hehe..kdg2 ulamak pun walaupun byk ilmu tapi berat utk berdakwah..jadi salah siapa bila golongan krg berilmu berdakwah? smlm jemaah msia dari holland dtg german..depa stay sini seminggu X-)

ubaidulah said...

Ahmad--Betul sgt tu mad..jemaah msia ada kat german? tempat ko ke? waaaaa..bestnya. aku kat sini menanti2 jemaah msia bila la nk mai? tahun lepas adela satu jemaah.


Ameen--Waalaikumusslam..betul semua tu.. aaa..boleh la post info ttg jt banyak2 kat blog anta bagi manusia paham balik..selamat berjuang..doa utk ana di sini.

cia said...

so bila pergi ke medan jihad perang dgn tentera kuffar...fardu ain beb..

ubaidulah said...

brader cia, x brapa faham komen awak. jihad menjadi fardhu ain bila tanah air dicerobohi oleh kuffar. atau negara jiran yang diserang kuffar dan tidak ada yang membantu. harap maklum. peace.

pokawan said...

Saya faham macam ni;
Masa Rasulullah mula-mula buat dakwah dulu baginda belum khatam Quran. Perkara-perkara yang membatalkan solat, puasa dan haji pun Hazrat Jibrail belum ajar lagi.

Bila baginda diperintah berdakwah baginda terus buat.
Umat Islam hari ni nak buat dakwah kena khatam kitab-kitab tafsir, belajar sihah sittah dulu dan penuhkan ilmu didada lepas tu baru keluar dilapangan dan buat dakwah.

Persoalannya; adakah kita (umat) nak ikut dan contohi nabi atau kita umat ni lebih arif dan hebat dari nabi?
Saya agaklah, belum sempat jadi ulamak, wanita kita dah pakai legging dah..

islamicandpolitics.blogspot.com