November 20, 2009

Praktikal Tazkiah

Sebagaimana yang diketahui ataupun tidak diketahui, semua pelajar J.Iman dikehendaki melakukan Tatbiq Amali ketika cuti tahunan selama 3 bulan. Atas dasar itu, saya telah memohon untuk mengajar di sebuah sekolah rendah swasta yang enggan dikenali. Tidak cukup dengan itu, sempena kesudian satu jemaah dari Qinah, Mesir untuk 'khuruj' di Terengganu, saya turut sama mendepakan tangan bersedia menjadi Juru Alih Bahasa bagi mereka berlima.


Mereka berempat yang tiba dari Mesir dua minggu lepas ditambah pula dengan seorang dari Tunisia baru-baru ini. Saya yang bersama mereka dalam masa tersebut telah berkhidmat menterjemahkan ceramah dan nasihat mereka sepenuhnya. Hanya atas maksud dakwah dan mengajak manusia kepada Allah, jemaah itu menghabiskan masa dua bulan di negara Bangladesh dan dua bulan lagi di negara kita.

Alhamdulillah, dengan izin dariNya, 'tatbiq' tersebut selesai.

*Untuk student Iman : Korang punya tatbiq camne?

Sorry lama tidak update.

"Sori sori naik lori ar.". Sudah hampir tiga bulan saya di Malaysia. Alhamdulillah, dapat lepaskan rindu pada kampung halaman. Perubahan juga tak banyak berlaku di Malaysia. Masa cuti kali ni memang padat dengan aktiviti-aktiviti sihat yang menyibukkan.

Sedar tak sedar, hari Ahad depan dah nak balik ke Yaman. Perasaan ketika ini bercampur-baur. Rasa sedih sebab belum puas di tanah air, gembira sebab nak jumpa kawan-kawan kat Sanaa dan takut juga untuk balik bersendirian kali ini. Jadi penerbangan saya adalah pada 28 November ini. Singgah di Bahrain selama satu hari. Kali pertama bersafar seorang diri. Insya-Allah selamat.

Ramai pelajar pulang awal ke Sanaa. Persiapan untuk Ikhtibar ulangan. Waktu baru tiba di tanah air, semua benda terasa serba tidak kena. Cuaca rasa terlalu panas, udara terlalu lembap dan berbagai lagi disebabkan perubahan suasana yang mengejut. Sebab itu ramai budak 'oversea' memandang remeh kepada negaranya sendiri bila balik dari negara asing. Kadang-kadang kita pun rasa begitu juga, tapi ingat balik bahawa ini adalah tempat kelahiran kita yang telah banyak mengajar erti kehidupan.

Manusia itu bagaikan kacang. Ada ketika dia mengenal dirinya. Tapi kadang-kadang dia lupa siapa dirinya seperti si kacang yang pergi tanpa menghiraukan si kulit. Sedangkan kulit itu mengasuh dan membelainya sejak ia lahir. Oleh itu, ingatlah bahawa sejauh mana pun kita pergi, setinggi mana pun kita berilmu, ingat asal kita. Ingat agama kita. Sekian.