2. bulan puasa baru ni masa iktikaf di sebuah masjid, jamaah kami dibalun. lepas taaruf solat jumaat.
3. antara isu-isu yang berbangkit adalah jamaah tinggal spender dalam bilik air, sisa makanan tak buang dengan elok dsb.
4. aku terjumpa sehelai spender dalam dustpan di luar tandas. oh, ini lah dia. aku ambil dan letakkan di dalam tong sampah, ikat plastiknya dan buangkan ke tong besar.
5. tiga hari kebersihan masjid kami jaga betul2. nasi pastikan tiada dalam longkang. program orang kampung kita tunjuk muka.
6. kita lupa jasa pendakwah. hari ini kita layan mereka macam anjing. kita lupa pengorbanan mereka. hari ini kita selesa beragama. kita lupa air mata dan darah pendakwah.
7. kita perlu berhenti menggali kekurangan. lihatlah betapa hebat usaha mereka. saban hari orang kafir memeluk islam, orang jahil mengenal agama berkat usaha percuma mereka.
8. idea bertalu-talu menerjah kepala aku. idea macam susu. selagi kamu tidak perah, selagi itu ia tidak muncul.
picsource