December 28, 2008

Mihrajan Nusratu Ghazza




Pagi tadi masa bas baru sampai di pintu universiti, aku kehairanan...nape xde orang nii?? tiba2 ada beberapa buah trak yang penuh dgn orang2 berdiri kat belakang menjerit2. Entah apa yang diorang jerit, aku x mengerti..tapi kelihatan sungguh bersemangat dengan kain hijau di dahi..




Suasana dalam Universiti sungguh sunyi, x macam semalam..riuh jugak. Aku terus melangkahkan kaki untuk ke Idarah Shuoon Tullab tapi kelihatannya berkunci. Lantas aku tengok handset yang tertulis di skrinnya "1 message received". Aku pon tekan open lalu terpampangla sebiji mesej dari SABAFON....






الهيئة الشعبية تدعوكم لمهرجان نصرة غزة اليوم بالأستاد الرياضى بصنعاء_س9






Maknenye lebih kurang..
"Persatuan Masyarakat menjemput anda ke Mihrajan Nusrat Ghaza(Karnival membantu Tebing Gaza) pd hari ini di Stadium Sukan Sanaa pada jam 9 pagi"



Patutla kosong habis jalanraya dan univerct pagi ni. Diorang semua pergi DEMONSTRASI..Actually, semalam Ghaza diserang lagi. Seramai 155 orang syahid dibunuh dalam sehari oleh tentera Israel la`natullahialaih



Budak2 diajar jihad dari kecik di tanah arab


Bermula solat maghrib semalam, seluruh masjid2 mula baca doa qunut pada rakaat terakhir, rasanya ada beberapa minggu jugak kena qunut tiap 5 waktu..dalam qunut tu diorang doa gile2 supaya Allah bantu Palestin dan jahanamkan kafir2 nih.




Diorang ni memang biasa macam tu..kalau ade ape2 kes berlaku kat Palestin ker..terus qunut (hari2 lain mmg xe qunut walaupun solat subuh) pastu demo. Aku pernah join satu demo di Maidan 70 sempena mengiringi jenazah org alim besar Syeikh Abdullah Al-ahmar. Rmai gilee org, jalan sampy kena tutup......


1 .:

Ahmad bin Ariffin said...

haih..moga Allah bantu sedara2 kat palestin.anta duk palestin gak ke?