January 27, 2009

Safar ila Al-Hudaidah

Rabu 21-1-09_12.00pm - kami bertolak dari sanaa. aku yg baru habis kelas dengan berpakaian ala2 yaman x sempat2 nak tukar baju sebab nak kejar masa. ijtima3 mula selepas asar. mesti sampai sana petang ni. singgah ghada`(lunch) di mat`am. di mazbah. sudah sembahyang, gerak ! sesampai di taftish(roadblock) pertama, kami ditahan.. jeng3, semua chuak gile dah ni. depan kami sebuah landcruiser orang Emirates. diorang pun kena tahan mcam kami.nak menuju tempat sama juga kot.

lepas beberapa minit ditahan, akhirnya kami kena patah balik ke sanaa keran tak dpt sertakan surat kebenaran keluar sanaa (bkn xnak amek,org embassy kata x perlu,sebelum2 ni pun mmg x pakai). arggghh!! tension giler. punyala semangat kitorang. ingat petang ni dah buleh sampai sana. geram gile. kitorang maki polis2 yaman kaw2 time tu. sampai ali abdullah saleh pon kena.
balik rumah semula.

Khamis 22-1-09_6:30am - nekad nak pergi jugak. uncle abd aziz dtg pick up kami dgn 'merce'nya. pagi ni semua pakai miyah bilmiyah yamani. supaya dorang x boleh cam. abd aziz kata pagi2 ni org baik2 je yg berjaga kat taftish. askar2 berperangai huduh biasanya tidur masa ni. memang betul. sampai sana ade sorang askar berjaga. kami tunjukkan surat dari kedutaan. boleh lepas. alhamdulillah.
pemandangan di sepanjang perjalanan memang cun habis!! sempat ditangkap beberapa keping gambar utk kenang2an. selekoh tajam di tebing gaung tanpa sebarang divider adalah pemandangan biasa yg cukup utk mengecutkan perut kami.

selekoh maut without divider









kereta keldai?





makan pagi di manakhah(daging hancur dimakan dengan roti)




ala` (budak arab ni join kami balik ke sanaa) rambut dia kaler brown tuu..


perlahankan kenderaan. selekoh bahaya

January 24, 2009

Tiada Idea?

Aku kena tag. First time. 'Awwal marrah'. Oleh saudara Ahmad bin Ariffin. Student Malaysia di Almania(Germany). nampak cambest je.. buat ar kejap.



1) Do u think you're hot?

kami x hot, kami coooool! (ayat dj Xfresh)



2) Upload your favorite picture of you!







3) Why do you like that picture?

sbab x nmpak cam budak melayu..cam org yaman kan?kan??




4) When was the last time you ate pizza?

dah setengah tahun tak makan..sbab xde kedai pizza kat cni. hahaha



5) The last song you listened to?

Cascada-Miracle



6) What are you doing now beside this?

Baru lepas lunch. Mi Tomyam. aku masak sensorang je..hnss.hnss



7) What name would you prefer besides yours?

aku suka nama Ayie. takpun Zachary.



People i tag

1.Ahmad Musa
2.
Addirani(x ingat nme r)
3.
Abg Faeez
4.Syed Faris
5.Sudin



8) who is number 1?

rakan sebilik. budak kl. blog dia english 100%.



9) Number 3 is having a relationship with?

x tau..ramai gf. hehe3. Abang aku yg best. merangkap roommate.



10) Say something about number 5?

budak J.Iman. sekelas.kawan rapat Faris.



11) How about number 4?

classmate. dak melayu. kawin umo 21. istri dia belajar 1 jamiah. dah ade sorang anak yg comel.



12) Who is number 2?

kawan kat U. Budak Syu`bah Alif



Sekian.Wassalam

January 19, 2009

Chill la..

Abah datang SANaA atas urusan kerjanya di Jamiah Uloom(Universiti Sains). Jadi Abah tinggal di apartmen Uloom depan Jamiah Iman. Nak kena teman Abah kat rumah tu mlm ni kot. dekat sikit dgn IMAN.

Aduhh, beratnye nak kena pergi kelas Halaqah Quran lepas Subuh, kena tahan bas seblum subuh, weii sejuk gile..knape sejuk?? Sebabnye Sana`a nie tanah tinggi..suhu di musim sejuk bole blah la. Sebelum subuh tu berasap jugak mulut..

Dah 2 hari tertinggal bas gara2 bangun lambat..arrkkhh!! tahan teksi habis 100 rial=2 inggit. Dah bangun tapi takut nak kluar dri blanket..sejuk maaa..elleh tapi kat tmpat yg ade snow lagi sejuk, kecoh btul la aku ni.

Hari Rabu ni nak ke Hudaidah dngan Abah, Abg Faiz dan N.Rahman. Abd Aziz Al-Ashabi bawak dengan kereta beliau.Pasal ade Ijtimak Tanah Arab kat sana. 3 hari je lepak situ..kelas terpaksa ponteng la..takpun nak suruh budak Qismullughah duduk tempat aku, mcm syed Faris buat aritu..hehe :P

January 1, 2009

Cerita Pokok Epal yang Menyentuh Hati


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambahbudak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu danpergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang sukabermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.

*CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.
SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA
MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA
KITA DI DALAM KESUSAHAN.
NAMUN BEGITU,
MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU!
TETAPI FIKIRKANLAH,
ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.


HARGAILAH JASA IBUBAPA KEPADA KITA.