January 19, 2009

Chill la..

Abah datang SANaA atas urusan kerjanya di Jamiah Uloom(Universiti Sains). Jadi Abah tinggal di apartmen Uloom depan Jamiah Iman. Nak kena teman Abah kat rumah tu mlm ni kot. dekat sikit dgn IMAN.

Aduhh, beratnye nak kena pergi kelas Halaqah Quran lepas Subuh, kena tahan bas seblum subuh, weii sejuk gile..knape sejuk?? Sebabnye Sana`a nie tanah tinggi..suhu di musim sejuk bole blah la. Sebelum subuh tu berasap jugak mulut..

Dah 2 hari tertinggal bas gara2 bangun lambat..arrkkhh!! tahan teksi habis 100 rial=2 inggit. Dah bangun tapi takut nak kluar dri blanket..sejuk maaa..elleh tapi kat tmpat yg ade snow lagi sejuk, kecoh btul la aku ni.

Hari Rabu ni nak ke Hudaidah dngan Abah, Abg Faiz dan N.Rahman. Abd Aziz Al-Ashabi bawak dengan kereta beliau.Pasal ade Ijtimak Tanah Arab kat sana. 3 hari je lepak situ..kelas terpaksa ponteng la..takpun nak suruh budak Qismullughah duduk tempat aku, mcm syed Faris buat aritu..hehe :P