April 29, 2009
Kenapa la aku nie..
Dikisahkan mengenai satu keluarga miskin dua beranak yang tinggal di pinggir sebuah kampung. Seorang ibu yang sudah tua serta uzur bersama anaknya yang muda remaja. Kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Si ibu begitu kasih kepada anaknya. Dia membela anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah, itulah sahaja anaknya seorang.
Anak muda itu kerjanya mencari kayu api dihutan dan menjualnya di pekan yang terletak agak jauh dari kampung mereka. Sebagai manusia biasa, anak muda itu ingin hidup mewah dan bahagia seperti orang lain. Seringlah dia berangan-angan ingin menjadi kaya, ada pakaian dan kenderaan mewah, ada mahligai dan taman-taman, dan yang paling best, dia digilai orang ramai perempuan.
Tapi apakan daya, dia seorang miskin.
“Oh, kenapalah aku ditakdirkan miskin. Bilalah nasib aku akan berubah?”
Sehinggalah ke suatu pagi, seperti biasa, anak muda itu keluar mencari kayu api. Sedang dia berjalan laju di dalam hutan, dia telah tersepak sesuatu yang keras sehingga menyebabkan dia jatuh tersungkur.
“Aduh, celaka punya batu.”
Sumpahnya sambil menggosok-gosok ibu jari kakinya yang luka.
Pandangan matanya tertumpu kepada benda keras yang disepaknya tadi. Kelihatan benda itu bersinar-sinar, mengeluarkan cahaya yang menyilaukan mata. Dengan segera dia mendapatkan benda tersebut yang sudah separuh tertanam di dalam tanah. Digali dan dikeluarkan lah benda keras tersebut. Besarnya adalah kira-kira sebesar bola ragbi.
Setelah diamat-amati, tahulah dia bahawa benda keras yang disepaknya tadi adalah sebuah batu permata yang besar. Maka berdebar-debarlah hatinya dan menggigil lah seluruh anggota badannya. Terbayanglah olehnya akan harga permata itu. Dia akan jadi pemuda terkaya dalam negerinya. Berangan-anganlah dia mempunyai pakaian dan kenderaan yang mewah, mahligai dan taman-taman, dan sekali lagi yang paling best. dia digilai oleh ramai perempuan.
“Kali ini betul-betul, bukan cobaan” seperti kata pendekar mustar.
Anak muda itu bergegas pulang ke rumah. Ingin segera memberitahu ibunya. Dipertengahan jalan dia melalui sebuah kolam yang biasa disinggahinya sebelum ini untuk dia melepaskan lelahnya. Terfikirlah olehnya untuk membasuh dahulu akan permata tersebut. Dia pun duduk mencangkung di tepi kolam dan membasuh permata itu dengan bersungguh-sungguh.
Ditakdirkan batu permata itu terlepas dari tangannya dan jatuh ke dalam kolam. Maka menggelabah giler lah dia. Pucat lesi seluruh badannya. Anak muda itu telah turun ke dalam kolam untuk mencari permata itu. Malangnya setelah sekian lama mencari, tak juga berjumpa. Berapa lama kemudian dia telah berputus asa. Dengan sedih dan hiba dia termenung di tepi kolam sambil berkata,
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
Hari telah lewat senja maka hebohlah orang-orang kampung akan kehilangan anak muda tersebut. Tersangat sedihlah ibu tua dan menangisi kehilangan anaknya. Berbagai-bagai andaian bermain difikirannya. Gerakan mencari dibuat secara besar-besaran. Sehingga lewat malam mereka masih belum menemui anak muda tersebut. Gerakan mencari terpaksa dihentikan dan disambung keesokkan harinya.
Hari esoknya orang kampung telah menemui anak muda tersebut yang masih duduk termenung di tepi kolam. Bila ditanya apa yang terjadi, maka jawabnya,
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
Maka orang kampung pun membawa anak muda itu pulang ke kampung dengan anggapan dia telah tersampuk. Dia diserahkan kepada ibunya. Ibunya begitu gembira tidak terkata. Namun dia berasa hairan kerana anaknya masih mengulangi perkataan,
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
Dipendekkan cerita seorang bomoh kampung telah dipanggil dan setelah diberi ubat maka anak muda tersebut telah tertidur sehari suntuk.
Esoknya pagi-pagi hari, anak muda tersebut telah terjaga. Keaadaannya kelihatan normal. Seperti biasa dia menyapa dan berbual-bual dengan ibunya dan bersiap-siap hendak keluar mencari kayu api. Dengan perlahan ibu tua bertanya kepada anaknya akan hal yang terjadi semalam. Anaknya terdiam dan mula termenung panjang. Kemudian dia berkata,
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
“Kenapa la aku basuh…”
Apalagi, si ibu tua begtu sedih dan kesal dengan kejadian itu. Menyesalnya dia bertanya akan hal itu bukan kepalang. Kemudian si ibu tua itu pula telah termenung panjang dan berkata,
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”
Diulang-ulangnya lagi perkataan itu,
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”
“Kenapa la aku tanya…”
************ SEKIAN ***********
Penyesalan itu sesuatu yang berat. Kita semua akan menyesal di akhirat. Sesal di dunia ni pun tak tertahan. Apatah lagi di sana nanti. So, persiapkanlah diri masing-masing dan ajakla sahabat handai sama-sama.
April 15, 2009
Kebun Pak Abu
Senang je. Dah aku pulun gile2 semalam. Nasib baik otak aku ni jenis mudah nak masuk. Kitab dah berhabuk. Semalam satu hari je baru nak bukak. Habis satu kitab aku khatam.
Dalam kitab tu(Ilmul-Iman karangan Syeikh Abd Majeed Al-Zindani) ada satu cerita yang best(aku rase la). Kan orang selalu cakap tentang orang2 kafir yang banyak buat kebaikan cam pereka kapal terbang, pembuat telefon, saintis yang berjaya menemui elektrik dan sebagainya takkan diorang tak boleh masuk syurga kot.. dan masuk neraka, sedangkan berapa banyak manusia yg dapat faedah daripada diorang. Pastu orang tua2 yang duduk kat masjid seharian dan tak bagi faedah pada manusia sejagat pulak yang boleh masuk syurga.
Jawapannya mudah sahaja. Syeikh Abd Majid bawak satu kisah untuk kita renung.
Ada sebuah kebun milik satu orang. Suatu hari, seorang lelaki datang singgah di kebun tu dan dia nampak banyak buah-buahan dan air suci untuk diminum. Dia pun makan2 dan minum2 sepuas hatinya tanpa keizinan dari tuan kebun. Lepas dia makan, dia pun buat la kerja2 kat dalam kebun tu macam siram pokok, baiki pagar dan sebagainya.
Tak lama kemudian, datang sorang lagi , tapi dia tak macam lelaki tadi. Dia capai handset lalu menelefon tuan kebun tu. Tuan kebun tu pun datang la ke situ dan bagi instruction camne nak buat (bersihkan kebunnya). Orang kedua ni pun dengar dan buat kerja ikut sebijik2 macam yg disuruh. Sambil tu dia makan jugak buah2 di situ. Sedangkan orang pertama tadi duk buat bodo je dengan tuan kebun tu (sambil dia bekerja dgn tak disuruh).
Jadi anda beritahu siapakah yang patut menerima ganjaran dari tuan kebun itu?
orang pertama atau orang kedua??
Jawab!! Jawab!
April 6, 2009
Orang Tabligh (Entri Panas).
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu
murtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama
menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.
Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak
dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah
Syariah yang membenarkan.)
Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...
(dikopi pes dari blog Azhar Jaafar- umat Nabi yang tengah khuruj dekat Amsterdam, Holland.)