April 15, 2009

Kebun Pak Abu

Pagi tadi exam. Subjek: Ilmu Iman.
Senang je. Dah aku pulun gile2 semalam. Nasib baik otak aku ni jenis mudah nak masuk. Kitab dah berhabuk. Semalam satu hari je baru nak bukak. Habis satu kitab aku khatam.

Dalam kitab tu(Ilmul-Iman karangan Syeikh Abd Majeed Al-Zindani) ada satu cerita yang best(aku rase la). Kan orang selalu cakap tentang orang2 kafir yang banyak buat kebaikan cam pereka kapal terbang, pembuat telefon, saintis yang berjaya menemui elektrik dan sebagainya takkan diorang tak boleh masuk syurga kot.. dan masuk neraka, sedangkan berapa banyak manusia yg dapat faedah daripada diorang. Pastu orang tua2 yang duduk kat masjid seharian dan tak bagi faedah pada manusia sejagat pulak yang boleh masuk syurga.



Jawapannya mudah sahaja. Syeikh Abd Majid bawak satu kisah untuk kita renung.

Ada sebuah kebun milik satu orang. Suatu hari, seorang lelaki datang singgah di kebun tu dan dia nampak banyak buah-buahan dan air suci untuk diminum. Dia pun makan2 dan minum2 sepuas hatinya tanpa keizinan dari tuan kebun. Lepas dia makan, dia pun buat la kerja2 kat dalam kebun tu macam siram pokok, baiki pagar dan sebagainya.

Tak lama kemudian, datang sorang lagi , tapi dia tak macam lelaki tadi. Dia capai handset lalu menelefon tuan kebun tu. Tuan kebun tu pun datang la ke situ dan bagi instruction camne nak buat (bersihkan kebunnya). Orang kedua ni pun dengar dan buat kerja ikut sebijik2 macam yg disuruh. Sambil tu dia makan jugak buah2 di situ. Sedangkan orang pertama tadi duk buat bodo je dengan tuan kebun tu (sambil dia bekerja dgn tak disuruh).

Jadi anda beritahu siapakah yang patut menerima ganjaran dari tuan kebun itu?

orang pertama atau orang kedua??

Jawab!! Jawab!

5 .:

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam...kt tempat saya ada jemaah dari jordan dan yaman....

Z I K R Y said...

waalaikumussalam..

oowh

jemaah dari yaman..dari mana?sanaa/hadramaut/hudaidah?

route mana ea?

bebaru ni jemaah sanaa baru tiba dari msia..route nilai n jelebu.

Anonymous said...

salam.
sy baca dan teringin nk jawab.
jwpn nya..
jika sy kata yg pertama mungkin salah mungkin juga betul.
sy dah jawab.
dan nak tau jawapan juga. haha


*maaf, silent reader muncul secara tiba2.
*maaf juga jika ganggu ketenteramaan anda berblogging.

Z I K R Y said...

alemak..anonymous x gentle la..


mungkin juge btul?pe maksud tue?

knape?

tuan kebun tu diumpamekan spti tuan Dunia ni.

patot ke org pertama tu wat bodo dgn Allah?

sedangkan dia bersenag lenang dalam dunia milik Allah.

pastu wat keja tu nak gaji plak.nak masuk sorga jugak..

amacam?

Anonymous said...

jadi yg org kedua tu mkn buah2an xde masalah la ea?

yg pasti, anonymous gentlewoman dan tidak mngenali tuan empunya blog.
huhu..