January 25, 2012

Bulan Kedua

hampir sebulan dah aku merantau. lagi beberapa bulan insyaallah balik minum air tebu. terlampau banyak peristiwa menarik di sini sampai tak tahu nak tulis apa.

baiklah, kronologiya lebih kurang macam ni.

29/12 - allah terbangkan dengan united airways ke dhaka. bangladesh betul2 negara miskin. macam yaman. batuk semakin teruk. habuk dan suhu rendah mencekik-cekik. singgah masjid istiqbal, makan, naik bas pergi kakrail markaz. markaz penuh dengan jemaah yang datang untuk tongi ijtima dua minggu lagi.

30-31/12 - bangun pagi, ramai jemaah sakit2. dosa dicuci. duduk bayan hidayat. dapat interpreter bangla empat orang. route di gozaria, munshigonj. 3 jam dari markaz. naik bas buruk. laju macam pelesit.

1-12/1 - lepak gozaria dekat dua minggu. dapat sohbet syura gozaria haji abdul aziz. cool old man. puas tengok sawah padi. sejuk. cakap mulut berasap. buat jord gozaria malam last. semua ok.

13/1 - pergi tongi. orang ramai macam pasir. dengar cerita 16 juta umat islam sedunia datang. untung allah pilih aku dapat hadir. alhamdulillah. jumpa ramai orang malaysia.

19/1 - naik bas ekspress pergi calcutta dari dhaka. 12 jam. berasap pungkok. dekat imigresen cuak sikit. tapi semua ok. lepak calcutta seminggu. bangunan cantik2. bidadari kelihatan di jalanan.

23/1 - naik keretapi ke new delhi. sleeper class. 90 ringgit. selesa. 16 jam perjalanan. kenal sorang hindu. nama sumir. dia baik.

24-25/1 - duduk nizamuddin ni jumpa maulana saad, m zubair, m shaukat, m mustaqim, m in`amul haq, dll. syukur alhamdulillah. tak boleh stay lama2 di markaz. habis duit. bazar jual macam2.

tolong doa allah jaga kami. dari keburukan.

1 .:

ank_ayah said...

Alhamdulillah a'la kulli haal. Alhamdulillah Allah pilih hadir dlm ijtima'. Doa byk2 tuan,doa utk kami dan doa utk ummat. Moga Allah terus pelihara tuan dlm amal agama,insyaAllah. Amin..

p/s: sana sejuk kan? Ayah balik muka merah2. Haha adk pun sakit. Bestlah,dpt ddk dan bergaul dgn org alim,dpt mujahadah,dpt sakit. Nikmat semua tu. ^_^