March 2, 2009

Hujan bukan Band Hujan

Yeeeeeeeeeehaaa!!
Hujan sudah turun di bandar Sanaa pada hari ini jam 5.00 pm lebih kurang. Hujan yang sudi turun selepas beberapa bulan menghilangkan diri itu memang gempak. Semua orang jadi batak/jakun/ape2 je lah.


"Mata nazal?" tanya saya yang memang tak perasan langsung. "Al-aan," jawab tuan Cyber Cafe itu menandakan baru saja hujan turun. Sebaik saja saya keluar, kelihatan seorang pelajar Bosnia sedang tercegat mandi hujan di tengah jalan dengan muka yang ceria. Tergelak melihatnya. Mungkin di negaranya juga kurang hujan. Oleh kerana hujan yang turun hampir setiap hari di Malaysia, saya merasa tidak perlu untuk mem'batak'kan diri sebegitu.

Pernah juga ketika hujan ada orang Arab yang bertanya. "Di negara kamu ada hujan?" lucu mendengarnya. Dijawab padanya,"Setiap hari hujan di negara kami." Dia macam tak percaya. Lantak lah.

Pada musim sejuk hujan tidak turun di Tanah Arab. Berlainan di musim panas yang mana kekerapan hujan biasanya satu atau dua minggu hujan akan turun sekali. Bila disebut negara Arab, pasti akan terbayang dalam kepala kita gurun dan padang pasir yang seperti lautan. Gersang dan kering. Bila hujan turun, cuaca yang kering tadi akan jadi lembap dan sejuk. Cantik.

1 .:

Z I K R Y said...
This comment has been removed by a blog administrator.