August 8, 2009

Bulan Puasa..

Ramadhan dah dekat. Sekejap je rasa. Macam baru minggu lepas kita puasa, dah nak puasa lagi. Sebak pulak terasa. Kita semakin tua. Dengan begitu pantas.

Allah swt berfirman,"Dan bertaubatlah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya,". Seolah-olah taubat itu kunci kejayaan. Dan sememangnya begitu.

Bila seorang anak Adam berbuat dosa, dititikkan satu titik hitam pada hatinya. Begitulah juga halnya pada pembuat amalan baik, satu titik putih akan tumbuh pada hatinya. Sehinggalah akan jadi dua jenis hati, hati hitam legam dan hati putih suci yang menerima kebaikan dan menapis keburukan yang masuk ke dalamnya.

Orang yang hitam hatinya bila masuk bulan Ramadhan, tak ada faedah. Jadi, baik kita sama-sama bersihkan batin kita untuk menyambut bulan yang mulia, Ramadhan yang diberkati.

Rukun taubat ada tiga. Meninggalkan kesalahan yang dilakukan, menyesal dengan apa yang telah dibuat, berazam untuk tidak mengulanginya.

Para ulamak rah.alaihim telah menambah rukun taubat yang keempat iaitu jikalau dosa kita sesama manusia maka hendaklah dipulangkan hak mereka yang kita ambil dan pohonlah secubit kemaafan..

Sekian.

p/s : aku minta maaf pada sesiapa yang marah, ada terasa, bengang atau apa saja terhadap diri yang kekurangan ini. 0 - 0.