February 15, 2010

Pemberontak Yemen cabuli gencatan senjata

SANAA 13 Feb. - Seorang pegawai Yemen menuduh pemberontak di utara negara itu mencabul perjanjian gencatan senjata hanya selepas beberapa jam ia dikuatkuasakan dengan membunuh seorang anggota tentera dan mencederakan yang lain dalam satu serangan ke atas sebuah balai polis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kerajaan dan pemimpin pemberontak menegaskan masih berpegang teguh kepada gencatan senjata tersebut, walaupun beberapa pertempuran kecil tetap tercetus antara mereka.

Selepas enam tahun perang, Yemen berdepan tekanan antarabangsa yang menuntut konflik tersebut segera ditamatkan bagi membolehkan sumber-sumber disalurkan untuk berhadapan ancaman berasingan daripada satu cabang al-Qaeda yang telah beroperasi di negara tersebut sejak setahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Leftenan Jeneral Mohammed Abdullah al-Qawsi berkata, kumpulan pemberontak menyerang sebuah pejabat keselamatan dan melepaskan tembakan ke atas konvoi beliau di utara wilayah Saada yang juga kubu kuat militan.

Menurut beliau, serangan tersebut dibuat 'kurang satu jam selepas gencatan senjata diumumkan'.

Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh malam semalam mengumumkan, kerajaan akan menghentikan operasi ketenteraan terhadap pemberontak dan gencatan senjata tersebut berkuat kuasa tengah malam kelmarin.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak hari ini menyatakan, suasana kembali reda di utara Yemen, pada hari kedua selepas gencatan senjata itu dicabul pemberontak Syiah.

"Situasi kini tenang di semua bahagian dekat wilayah Saada. Bagaimanapun, keadaan tenang ini mungkin tidak menentu," kata sumber ketenteraan.

Seorang jurucakap kepada pemimpin pemberontak Abdul Malak al-Huthi mengesahkan bahawa, 'gencatan senjata berkenaan dihormati dan situasi kini bertambah baik'.

Sumber

February 9, 2010

Peace Please

Sebelum ini, saya menghidapi kesukaran untuk tidur awal. Oleh kerana tidur yang lewat, waktu bangun tidur juga telah menjadi lambat. Banyak kelas yang tertinggal begitu sahaja. Lantaran itu, sejak seminggu yang lalu, saya tidak tidur pada malam hari dan hanya tidur setelah habis kelas. Hasilnya saya dapat hadir ke kelas pada waktu yang tepat.


Tetapi, kesan daripada itu, konsentrasi tidak dapat diberikan dengan sepenuhnya. Tertidur di tempat yang tidak sepatutnya. Saya akan mengubah kembali gaya hidup yang salah ini bermula malam ini, dengan cara menahan tidur. Selepas Isya' baru boleh masuk tidur.


Sekarang ini, saya bersama seorang teman rumah, Hanis pergi kuliah bersama. Sebelum kelas, breakfast dulu dengan Tamiz dan Ful. Balik kelas naik motor. Kerana terlalu jauh.


Baru-baru ini ada berita buruk mengenai pelajar Malaysia yang ditahan ke lokap kerana didapati tidak membawa pasport bersamanya. Pelajar Malaysia sekarang dinasihati supaya sentiasa membawa pasport sewaktu keluar dan elakkan dari bersendirian.

Masalahnya, pasport saya dan rakan-rakan belum diserahkan lagi. Katanya, Imigresen belum cop. Kami masih menunggu.


Peperangan di Sa'adah semakin hangat hari demi hari. Al-Houthi mahukan Imam. Khilafah. Mereka ingin seperti dulu. Yaman Utara dan Selatan. Kita hanya mampu mendoakan perang ini selesai secepat mungkin.

February 3, 2010

786

Saya rasa macam nak menulis walaupun tiada idea. Sebenarnya sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan urusan visa dan yang seumpamanya. Lokasi tempat kediaman kami telah pun berpindah ke Jalan 24.

Tiada apa-apa sangat hendak diceritakan. Duit sewa rumah naik dari 8 ribu rial(RM160) kepada 10 ribu rial(RM200) sebulan. Agak mengecewakan. Kadang-kadang terasa macam dah jemu belajar dan nak balik kerja.

Belajar terasa sungguh susah. Susah nak bangun awal. Rumah jauh dari Jamiah. Tak ada orang nak jalan sama-sama.

Tapi sebenarnya, keluhan dan rungutan manusia tidak akan pernah habis. Tak perlu merungut. Kita orang Islam. Bila susah hati, kembalilah pada Allah.

Posting ini jadi tempat meluah perasaan la pulak.