February 15, 2010

Pemberontak Yemen cabuli gencatan senjata

SANAA 13 Feb. - Seorang pegawai Yemen menuduh pemberontak di utara negara itu mencabul perjanjian gencatan senjata hanya selepas beberapa jam ia dikuatkuasakan dengan membunuh seorang anggota tentera dan mencederakan yang lain dalam satu serangan ke atas sebuah balai polis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kerajaan dan pemimpin pemberontak menegaskan masih berpegang teguh kepada gencatan senjata tersebut, walaupun beberapa pertempuran kecil tetap tercetus antara mereka.

Selepas enam tahun perang, Yemen berdepan tekanan antarabangsa yang menuntut konflik tersebut segera ditamatkan bagi membolehkan sumber-sumber disalurkan untuk berhadapan ancaman berasingan daripada satu cabang al-Qaeda yang telah beroperasi di negara tersebut sejak setahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Leftenan Jeneral Mohammed Abdullah al-Qawsi berkata, kumpulan pemberontak menyerang sebuah pejabat keselamatan dan melepaskan tembakan ke atas konvoi beliau di utara wilayah Saada yang juga kubu kuat militan.

Menurut beliau, serangan tersebut dibuat 'kurang satu jam selepas gencatan senjata diumumkan'.

Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh malam semalam mengumumkan, kerajaan akan menghentikan operasi ketenteraan terhadap pemberontak dan gencatan senjata tersebut berkuat kuasa tengah malam kelmarin.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak hari ini menyatakan, suasana kembali reda di utara Yemen, pada hari kedua selepas gencatan senjata itu dicabul pemberontak Syiah.

"Situasi kini tenang di semua bahagian dekat wilayah Saada. Bagaimanapun, keadaan tenang ini mungkin tidak menentu," kata sumber ketenteraan.

Seorang jurucakap kepada pemimpin pemberontak Abdul Malak al-Huthi mengesahkan bahawa, 'gencatan senjata berkenaan dihormati dan situasi kini bertambah baik'.

Sumber

1 .:

transit said...

Assalamu alaikum! warm greeting!
your blog looks nice 0_0

by the way,
if you need to find unique fonts, you can go to our website.

best regards;