April 12, 2011

Subuh Seorang Rempit


hi. salam 1 umat. tak kira dimana anda berada.

ape khabar iman? ape khabar amal? meningkat ke menurun? kalu bertambah alhamdulillah, kalau berkurang cepat2 la tingkatkan ye.


aku nak cerita pasal sembahyang subuh berjemaah. pasal apa ramai pemuda tak solat subuh berjemaah di masjid? nak tau kenapa?

sebab utama reamaja tak pegi subuh di masjid adalah TIDUR. mengikut kajian, orang muda sangat susah nak tidur awal. lain dengan org tua2. warga tua pukul 9 dah penat dan ngantuk. diorang tak suka lepak malam2. bila tidur awal, pukul 5 tu dah cargas.dah puas. hilang habis kepenatan semalam.

kita ni pulak masaalah. lagi2 yg berkawan. pukul 10 nak tido, memang kena. kalau sek2 rempit lebih kurang gini la bunyinya.

"der ape barang tido awal. mcm awek la. malam masih muda ni der.."

kalau budak2 dota cenggini.

"noob gile sial pukul 10 dah ngantuk. agak2 r doh. malam ni tanak try map baru ke??"

camtu la lebih kurang. tahukah kita, rasulullah sangat marah pada org yg terlajak tidur sampai terlepas subuh. ini salah satu dalil.

Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)

tahukah kita, nikmat solat subuh berjemaah di masjid adalah kenikmatan yg sangggat dasyat. ketenangan. kesegaran yg fresh.oke. meh aku bagi solution pada masalah ini.

1. kita tukar ayat dia. sebenarnya org yg bangun lambat la yg sebenarnya noob/baby/nerd/cam awek. amacam? lepas tu sape yg boleh bangun seblom subuh, siap mandi dulu, tahajud pulak 2 rakaat. pastu pegi masjid solat jemaah haaaa ini baru namanya lelaki sejati. baru betul..

2. set alarm untuk tido. set pukul 10 . bunyi je, terus tinggal kerja2 yg sdang dibuat, member2 yg bersembang mahupun hero kesayangan. masuk bilik. kosongkan pikiran dan tidur.

3. kalau ada masalah susah nak tidur awal, senang je. mula2 bangun awal pagi. pastu pastikan anda tidak sekali2 tidur lagi sampai lepas isyak. haaaaaa kompom mengantuk tahap gabante.

oke. itu dulu. sebelum beredar, renung2la sabdaan Rasulullah saw ini,

Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam sepanjang malam.” (HR Muslim).

sekian.

p.s : " der, apa barang bangun pagi pukul 8. mcm baby la lu ni der. tak rock la camni."

2 .:

Ahmad bin Ariffin said...

ayat dota tu mmg kena..member2 aku pun sume sembang bunyi camtu..hehe..btw time kasih ingatkan :)

Zikry U.L. said...

sama2 ahmad.. hahaha..budak2 dota mmg tak tido malam.