February 27, 2009

Bahasa Pasar

Kalau orang luar datang ke Malaysia, mereka akan mengalami kesukaran dalam berkomunikasi sebab banyak perkataan di dalam kamus tak diguna lagi. Contohnya 'Mereka' menjadi 'Diorang' dan 'Macam mana' yang telah ditukar kepada 'Camne'.

Begitu juga dengan kami di sini. Kami masa mula-mula sampai di Yaman, tak tahu langsung bahasa Lehjah Yaman. Akibatnya, saya pernah diketawakan oleh pemilik sebuah C.C kerana menggunakan ' أعطى ' yang bermaksud 'Beri'.Abah juga pernah diajuk-ajuk kerana memakai perkataan 'ذهب '. Tapi ayah saya marah balik ,"Korang ejek bahasa Al-Quran?".



Act. Lehjah Yaman dan Arab Saudi adalah yang paling dekat dengan Bahasa Arab Fus-ha berbanding Syria dan Jordan. Erk..kalau budak2 Syria baca, bertekak pulak ni kang!. Saya punya pendapat. Jadi kepada mereka yang ingin ke Yaman atau ke Tanah Arab, saya sediakan beberapa perkataan penting yang biasa digunakan dalam perbualan harian.


Eish Teshti?-Apa awak mahu?
-Asalnya adalah Ayyu syai`in tasytahi. Ganti kepada Maza turid.

Manish Dari -Saya tak tahu.

Ba3dein -Lepas ni/Lepas tu.
3 adalah simbol bagi huruf Ain(ع)

Dal-hin -Sekarang.

Ma fish/Ma bosh -Tak ada.

Ma bi ahad/Ma bahad -Takde orang.

Zalat -Duit
Haha..takde kait-mengait dengan Fulus atau Nuqud.

Hassait rijli?-Kamu sepak kakiku?
Pengalaman saya dalam sebuah bas. Mula2 x paham, lepas tu diberitahu.

Masyakis = مزعج - Pengacau

Khalli
- Biarkan

Rayyi3/Warri3 - Tunggu


That`s all. Harap semua dapat manfaat dan tidak digelak lagi. Haha.

February 26, 2009

KISAH DONGENG UNTUK MASA DEPAN

Terdapat seorang pemuda yang awal-awal pagi lagi sudah bersahabat dengan syaitan. Sedang berselimut di waktu subuh, dia berjanji dan berjabat tangan dengan syaitan dan ingin menjadikan syaitan sebagai rakan karibnya.

Pemuda itu tidak menunaikan sembahyang subuh. Asyik dengan tidurnya, dan sehinggalah terbit matahari pagi. Seawal pagi sesudah bangun dari tidur, pemuda tersebut pun mandi dan bersiap untuk melakukan kerja-kerja harian. Syaitan memandang pemuda tersebut, dalam hatinya “Bagus sekali pemuda ini, sesuai jadik kawan aku”.



Pemuda tersebut rajin bekerja, sehinggalah tiba waktu tengah hari. Pemuda tersebut pergilah makan dan setelah berehat, dia pun terus menyambung kerjanya. Waktu zohor telah pun berlalu....tinggal la beberapa minit ke waktu asar. Selang 20 minit kemudian azan asar berkumandang, pemuda tersebut tidak menghiraukan azan tersebut. Waktu zohor sudah berlalu, pemuda tadi tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan cukup gembira melihatkan perbuatan pemuda tersebut...dalam hatinya “nie kawan aku kat akhirat esok”. Pemuda tersebut selesai menyudahkan kerjanya, dan berjalan menuju ke rumahnya.

Hari mulai senja, dan waktu asar kian berlalu. Pemuda tadi tidak menghiraukan keadaan itu dan terus berehat sehingga masuk waktu maghrib. Azan maghrib menandakan waktu asar sudah tamat...syaitan memandang tingkah laku pemuda tersebut. Tetapi kali ini, wajah syaitan mulai berubah...terkenangkan sesuatu agaknya. Berkerut-kerut dahi syaitan mengingatkan kisah silamnya dahulu...Pemuda tadi dengan selambanya pergi mandi dan membersihkan diri tanpa menghiraukan waktu maghrib tadi. Memandangkan waktu maghrib itu pendek...sejam kemudiannya masuklah waktu isya’. Syaitan berkata di dalam hatinya...”sudah...sudah dia tak sembahyang maghrib plak”.

Waktu isya’ telahpun berlalu, pemuda tadi mencapai sehelai surat khabar dan membacanya sehingga mengantuk. Syaitan berasa risau, seolah-olah ada yang tidak kena. Akhirnya, sebelum pemuda tersebut tertidur. Syaitan merapati pemuda tersebut lalu bertanya, “Mengapa kau tak sembahyang Isya’?” Jawab pemuda itu, “aku mengantuklah, penat seharian bekerja.” Syaitan pun berkata, “Aku tak mahu berkawan dengan engkau?”. "Mengapa?," tanya pemuda tersebut. Syaitan pun menjawab, “Datukku hanya melakukan satu kesalahan sahaja, iaitu tidak menurut perintah Allah untuk sujud kepada Adam, walaupun hanya sekali, dia telah dihalau dari syurga...tetapi aku lihat engkau melakukannya sebanyak lima kali pada hari ini. Cukuplah kita berkawan selama ini”....TAMAT

hhmmmphh :P

dirembat dari Karkun Online.

February 25, 2009

Nikmat Kaki

Hari ni aku jatuh lagi dengan itu menambahkan kepedihan di kaki kananku. Masa dekat dapur tadi, kesian dekat Ahmad Noir yang terpaksa memasak pagi dan tengahari bersendirian sejak ketiadaan Faiz, aku pun tolong dia potong2 sayur. Lepas tu, lantai dapur tu basah lalu tongkatku tergelincir di atasnya...Gedebuk!!

Memang nikmat tak terkata. Hari tu jatuh tangga. Doktor pun tensen kan..budak ni degil nak mampus. Nak buat camne doc, bowink duk lam bilik sensorang takde keje. Ubat Ofloxacin dah abis. Nak beli baru ingat. Mahal g*l*. 1020 satu.

Cuma boleh pergi CC dekat bawah Sakan jela kalu dah bosan. Petang ni Firdaus Indonesia datang bawak kawannya yang pandai urut untuk membereskan kaki aku yang semakin hari semakin nikmat rasanya..

February 19, 2009

Kemalangan di Yaman

18 Feb 2009
5:55 am_PAGI YANG GELAP- Aku keluar daripada hostel dengan tenang. Hari ini ingat nak belajar baik2. malam kang ada praktikal tazkiah amaliah. Aku berjalan dari hostel menuju ke Jamiah. Aku nampak Kafeteria Alfaf dah bukak. Awal pagi lagi. Untuk orang berpuasa sahur kot. Memasang nasyid dalam mp3 kuat-kuat untuk hilangkan ngantuk dan cepatkan perjalanan. Sampai di depan Funduq Alfaf Alsiahi, tiba-tiba semuanya jadi gelap................ Aku tak rasa apa-apa. Cuma kebas seluruh badan.

Aku sedar. Dalam kereta teksi Ar-Raha, tempat duduk belakang. Kasut tercabut 2-2 belah. Beg tercampak. Sarung tangan dan stokin pun tercabut. Cermin depan keta remuk dan retak seribu. Sikit lagi nak pecah. Kereta ni accident ke? Macam mana aku boleh ada dalam ni tiba2? Adakah badanku yang memecahkan cermin itu? Aku pening. Cuba bangun dari baring tapi tak boleh. Berat sangat. Akhirnya boleh gak. Kepala berat macam batu. Aku sedar hari dah cerah. Sekarang berada di 70 Street. Baru lepas Masjid President. Driver teksi tu tanya aku bertubi-tubi,"Kef halak? Kef tasy`ur?"Aku tak mampu jawab. Kaki takleh gerak. Belakang pedih.

Driver tu tak hantar aku straight ke hospital. Dia pergi ke pusat teksi di Sab`ein. Bait Bous. Lepas tu aku ditinggal dalam kereta. Orang pertama aku call Abang Faiz. Tak ingat apa bagitau dia. Menggelabah..

Hp berbunyi. Uncle Abdul Aziz call. Kebetulan ada teksi lain singgah ushar. Dia pelik tengok cermin kereta remuk. Aku bagi hp kat dia. Abdul Aziz cakap ngan dia. Abdul Aziz minta dengannya untuk menghantar aku ke Hospital Uloom di 60. Mulanya dia tak mahu. Selepas diperkenalkan diri dan dijanji akan bayaran 2000 riyal, dia bersetuju.

Sesampai di Uloom, Abang Faiz dan Amm A. Aziz sedang menunggu depan gate. Diorang bagi kerusi roda. Masuk ER.

Dah Xray. Takde patah. Alhamdulillah. Tapi bengkak gile. Macam kaki alien kan mat?Xpun kaki resakse ha3. Aduuuh. Berapa minggu ni tak pergi kelas.





21 Feb 2009
9:00 am_PAGI YANG CERAH-Abd Aziz janji nak pickup aku n Ahmad ke Hospital Uloom untuk appointment dgn Dr. Abdullah Toha At-Tuwaiti. Tunggu sikit punya lama, sampai jugak akhirnya.


Dr cakap datang lagi hari Khamis. Jahitan tu 2 minggu lagi baru leh bukak. Kaki letak tinggi2..erk..nak wat camne? pakai meja kot pasni. Semalam Abah dan Ummi tersayang call. Lega sikit. Jangan risau2. Sikit je ni. Hmmph..aku nak pegi kelas. Banyak madah tinggal siot! MC x dapat agi. 2 hari lepas ramai datang ziarah.

Jutaan puluh ribu terima kaseh untuk yang bersusah tuk diriku. Terutamanya..
Abang Faiz yang pantas bertindak.
Ahmad Musa yang sanggup memapah.
Ustaz Zulkhairi yang first skali datang hospital.Uncle Abd Aziz.
Abg Muhd Lim.

Sekian.Doa cepat sembuh.

February 16, 2009

الصدق-BENAR/JUJUR

Aku rasa blog tak sesuai kalau buat diary saja. Jadi sempena syiar minggu ini di sakan kami adalah As-Sidq, ada beberapa potong kisah mengenai sifat benar.



KISAH 1- Satu ketika Imam Al-Bukhari rahimahuLlah keluar untuk meminta hadith daripada seorang lelaki. Sesampai di rumahnya, kelihatan kuda tunggangan lelaki itu terlepas dari ikatannya.

Maka si lelaki itu dalam usaha memujuk kudanya kembali telah mengisyaratkan dengan *rida'nya seolah-olah didalam itu ada makanan untuk kuda tersebut.
Kuda itu lantas berlari mendapatkan tuannya kerana disangka akan diberi makan. Melihat kejadian itu, Al-Bukhary menanyakan lelaki itu, "Adakah makanan kuda itu ada denganmu?". "Tidak, aku buat-buat saja," kata si lelaki itu.
Lantas Imam Al-Bukhary berkata, "Aku tidak akan ambil hadith daripada orang yang membohongi binatangnya."

*rida'-apa yang dipakai di atas jubah(jubah luar atau kain serban)


KISAH 2- Dalam satu khutbah jumaat yang disampaikan oleh Al-Hajjaj bin Yusuf, ada seorang daripada hadirin jumaat telah berkata,"Solat! Waktu tidak menunggu kamu, dan tuhan tidak menguzurkanmu!". Hajjaj berang lalu menyuruh orang itu ditangkap.

Kaum lelaki itu telah datang kepada Hajjaj dan mengatakan bahawa lelaki itu gila. "Kalau lelaki itu gila, aku akan lepaskan dia dari penjara."jelas Hajjaj. Lelaki tertuduh itu berfikir sejenak lalu berkata,"Tidaklah boleh aku mendustakan nikmat yang Allah telah beri padaku dan mengada-adakan sifat gila yang telah Allah sucikan daripadaku."Tatkala Hajjaj melihat kejujurannya, lantas dia membebaskannya.


KISAH 3- Diceritakan bahawa seorang budak dikejar oleh sekumpulan manusia. Sedang dia berlari, dia terserempak dengan seorang soleh lalu berkaa padanya,"Sembunyikan aku daripada mereka!".Orang soleh itu menyuruhnya bersembunyi di bawah selonggok jerami.

Bila orang ramai lalu dekat orang soleh itu, mereka bertanyakan tentang orang yang dicari. Dengan selambanya dia berakta,"Ni hah dia kat bawah jerami ni!"

Mereka rasa macam disindir lalu beredar dari situ. Berkat sifat benar lelaki soleh itu, budak itu selamat.

Dipetik dan diterjemah dari kitab
MINHAJUL MUSLIM
Abu Bakr Jabir Al-Jazairy

February 13, 2009

USUL yang Membelit Usus

"Mafhum ya ikhwani?" itu sahaja yang mampu aku tangkap. Bahasa Syeikh terlalu sukar dan laju. Kitab merah Usool Da`wah karangan Dr Abdul Karim Zaidan itu terbiar kosong tanpa 'dhabit' macam kitab-kitab lain.

Sekarang satu 'madah' sahaja yang masih belum jelas.

Usool Da`wah.

Ianya lebih kepada ceramah agama. Seolah-olah pelajaran itu bukan sejenis pelajaran. (selambe ngko je!).


Mungkin aku ni yang bengap kot!. Orang lain boleh faham. LESH aku x boleh?

*Mutalaah pelajaran anda bukan di kelas tapi di rumah.l0l!! Kalau tidak, anda akan terpinga-pinga sepanjang 'muhadarah'(lecture) ..macam aku. hahaha.

February 8, 2009

hidup aku dalam tempurung

sudin dah bising..aku takder post baru. ni nak posting ni.

nak citer pasal ape ye? ok..tentang hidup aku la. pagi tadi lambat gile bangun. bukan malas nak bangun, cuma x cukop tido. kul 6.20 baru bangun. alamak! kul 7.00 halaqah quran dah habis. maknanya nama aku pun ghaib la.aku pun tanpa berlengah2 lagi tahan bas mini, sampai jamiah kul 6.40 gile ar.x pernah lambat cenggini.

dekat halaqah sume org dah abis tasmi3. aku pun duduk depan amir halaqah yg membosankan tu. dia kata takde2..name ko dah ghaib sambil menunjukkan buku tahdhir. memang dah tertulis ghaib. siot..pastu kawan2 kata semalam ade buat undang2 baru. lewat 10 minit dikira ponteng. arkhhhhh!!

aku pun balik ke tempat duduk nak muraja3ah. amir tu pun tanya..mana tadi nak hantar sgt? aku kata x ingat (sbenarnya ingat). dah nama ak dkira ponteng buat ape nk bace? last2 dia ajak jugak aku tasmi3. dia cakap apsal ko lambat? aku kata sakin khariji(tinggal luar). dia pun padam huruf ghain kat lam buku tu."yalla iqra`" katanya. aku pun baca semuka.

dia kata esok dtg awal. aku kata la astati3 x mampu. sebab tukang jaga gate (amin) sakan aku tu cam syal. dah 80 kali aku mintak kunci pintu besi tu nak duplicate tiap kali mintak dia beralasan macam2..idarah x bagi la. padahal aku dah tanya ustaz solah(mas`ul sakan) nak duplcate kunci tu. dia kata mintak dgn amin. haaaaihh srabut tol.sblum subuh nak kena kuar sakan. pas subuh dah takde bas jamiah. kul 6.15 baru ade bas mini. susahnye arab ni.

tengok la pagi esok camner..biar takdir yg menentukan..lolz.

balik sakan naik bas jamiah kaler biru. semalam driver bas tu mintak 1000. dia kata kena bayar baru leh naik. sibbaik sudin ade. sudin kata wafidin x payah bayar..dia pun terdiam la. nak cuba kencing aku. hari ni naik lagi. bising giler org somalia bertekak dgn arab. tension nak mampos. aku pasang mp3 kuat2. pasal politik la tu diorang gaduh.

tetiba mamat sebelah aku ni kata dia nak earphone aku sebelah. dia nak dengar jugak. aku ingatkan dia pon x tahan dengan bunyi bising yg amat2 tuh. driver bas mngamok. aku dengar lagi sape bising2 turun dari bas aku nih.senyap la kejap.pastu bising balik..

aku pun tana mamat tadi "teshti arabi?" sambil cari folder lagu2 arab. aku pasang lagu maarikana. dia kata khalli2.. pastu dia tegur aku. dia kata jgn dengar lagu yg ade muzik. haram tu. erkk..ini rupanya agenda disebalik keramahan beliau tadi. ok2 betul tu. aku setuju
lepas ni x mau pasang kuat2 lagi.

tgh hari tadi tido..puas..bangun tido je terus ke dairi street. ingat nak men cs source. cc penuh la plak. takpe. blogging pon syok gak ni. amat ajar aku guna facebook. best gak. smalam tengok slumdog millionare. best woooo. sedih cuak lucu semua ade. gabungan bollywood dan hollywood memang mantap. budak2 iman nak mintak aku copy citer tu. no froblem.

ok. nanti dah ade idea posting baru k? salam semua....