February 19, 2009

Kemalangan di Yaman

18 Feb 2009
5:55 am_PAGI YANG GELAP- Aku keluar daripada hostel dengan tenang. Hari ini ingat nak belajar baik2. malam kang ada praktikal tazkiah amaliah. Aku berjalan dari hostel menuju ke Jamiah. Aku nampak Kafeteria Alfaf dah bukak. Awal pagi lagi. Untuk orang berpuasa sahur kot. Memasang nasyid dalam mp3 kuat-kuat untuk hilangkan ngantuk dan cepatkan perjalanan. Sampai di depan Funduq Alfaf Alsiahi, tiba-tiba semuanya jadi gelap................ Aku tak rasa apa-apa. Cuma kebas seluruh badan.

Aku sedar. Dalam kereta teksi Ar-Raha, tempat duduk belakang. Kasut tercabut 2-2 belah. Beg tercampak. Sarung tangan dan stokin pun tercabut. Cermin depan keta remuk dan retak seribu. Sikit lagi nak pecah. Kereta ni accident ke? Macam mana aku boleh ada dalam ni tiba2? Adakah badanku yang memecahkan cermin itu? Aku pening. Cuba bangun dari baring tapi tak boleh. Berat sangat. Akhirnya boleh gak. Kepala berat macam batu. Aku sedar hari dah cerah. Sekarang berada di 70 Street. Baru lepas Masjid President. Driver teksi tu tanya aku bertubi-tubi,"Kef halak? Kef tasy`ur?"Aku tak mampu jawab. Kaki takleh gerak. Belakang pedih.

Driver tu tak hantar aku straight ke hospital. Dia pergi ke pusat teksi di Sab`ein. Bait Bous. Lepas tu aku ditinggal dalam kereta. Orang pertama aku call Abang Faiz. Tak ingat apa bagitau dia. Menggelabah..

Hp berbunyi. Uncle Abdul Aziz call. Kebetulan ada teksi lain singgah ushar. Dia pelik tengok cermin kereta remuk. Aku bagi hp kat dia. Abdul Aziz cakap ngan dia. Abdul Aziz minta dengannya untuk menghantar aku ke Hospital Uloom di 60. Mulanya dia tak mahu. Selepas diperkenalkan diri dan dijanji akan bayaran 2000 riyal, dia bersetuju.

Sesampai di Uloom, Abang Faiz dan Amm A. Aziz sedang menunggu depan gate. Diorang bagi kerusi roda. Masuk ER.

Dah Xray. Takde patah. Alhamdulillah. Tapi bengkak gile. Macam kaki alien kan mat?Xpun kaki resakse ha3. Aduuuh. Berapa minggu ni tak pergi kelas.





21 Feb 2009
9:00 am_PAGI YANG CERAH-Abd Aziz janji nak pickup aku n Ahmad ke Hospital Uloom untuk appointment dgn Dr. Abdullah Toha At-Tuwaiti. Tunggu sikit punya lama, sampai jugak akhirnya.


Dr cakap datang lagi hari Khamis. Jahitan tu 2 minggu lagi baru leh bukak. Kaki letak tinggi2..erk..nak wat camne? pakai meja kot pasni. Semalam Abah dan Ummi tersayang call. Lega sikit. Jangan risau2. Sikit je ni. Hmmph..aku nak pegi kelas. Banyak madah tinggal siot! MC x dapat agi. 2 hari lepas ramai datang ziarah.

Jutaan puluh ribu terima kaseh untuk yang bersusah tuk diriku. Terutamanya..
Abang Faiz yang pantas bertindak.
Ahmad Musa yang sanggup memapah.
Ustaz Zulkhairi yang first skali datang hospital.Uncle Abd Aziz.
Abg Muhd Lim.

Sekian.Doa cepat sembuh.