Terdapat seorang pemuda yang awal-awal pagi lagi sudah bersahabat dengan syaitan. Sedang berselimut di waktu subuh, dia berjanji dan berjabat tangan dengan syaitan dan ingin menjadikan syaitan sebagai rakan karibnya.
Pemuda itu tidak menunaikan sembahyang subuh. Asyik dengan tidurnya, dan sehinggalah terbit matahari pagi. Seawal pagi sesudah bangun dari tidur, pemuda tersebut pun mandi dan bersiap untuk melakukan kerja-kerja harian. Syaitan memandang pemuda tersebut, dalam hatinya “Bagus sekali pemuda ini, sesuai jadik kawan aku”.
Pemuda tersebut rajin bekerja, sehinggalah tiba waktu tengah hari. Pemuda tersebut pergilah makan dan setelah berehat, dia pun terus menyambung kerjanya. Waktu zohor telah pun berlalu....tinggal la beberapa minit ke waktu asar. Selang 20 minit kemudian azan asar berkumandang, pemuda tersebut tidak menghiraukan azan tersebut. Waktu zohor sudah berlalu, pemuda tadi tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan cukup gembira melihatkan perbuatan pemuda tersebut...dalam hatinya “nie kawan aku kat akhirat esok”. Pemuda tersebut selesai menyudahkan kerjanya, dan berjalan menuju ke rumahnya.
Hari mulai senja, dan waktu asar kian berlalu. Pemuda tadi tidak menghiraukan keadaan itu dan terus berehat sehingga masuk waktu maghrib. Azan maghrib menandakan waktu asar sudah tamat...syaitan memandang tingkah laku pemuda tersebut. Tetapi kali ini, wajah syaitan mulai berubah...terkenangkan sesuatu agaknya. Berkerut-kerut dahi syaitan mengingatkan kisah silamnya dahulu...Pemuda tadi dengan selambanya pergi mandi dan membersihkan diri tanpa menghiraukan waktu maghrib tadi. Memandangkan waktu maghrib itu pendek...sejam kemudiannya masuklah waktu isya’. Syaitan berkata di dalam hatinya...”sudah...sudah dia tak sembahyang maghrib plak”.
Waktu isya’ telahpun berlalu, pemuda tadi mencapai sehelai surat khabar dan membacanya sehingga mengantuk. Syaitan berasa risau, seolah-olah ada yang tidak kena. Akhirnya, sebelum pemuda tersebut tertidur. Syaitan merapati pemuda tersebut lalu bertanya, “Mengapa kau tak sembahyang Isya’?” Jawab pemuda itu, “aku mengantuklah, penat seharian bekerja.” Syaitan pun berkata, “Aku tak mahu berkawan dengan engkau?”. "Mengapa?," tanya pemuda tersebut. Syaitan pun menjawab, “Datukku hanya melakukan satu kesalahan sahaja, iaitu tidak menurut perintah Allah untuk sujud kepada Adam, walaupun hanya sekali, dia telah dihalau dari syurga...tetapi aku lihat engkau melakukannya sebanyak lima kali pada hari ini. Cukuplah kita berkawan selama ini”....TAMAT
hhmmmphh :P
dirembat dari Karkun Online.

0 .:
Post a Comment