May 30, 2009

Apabila Orang Pandai Menjadi Bodoh

Albert Einstein manusia paling pandai?




Jason H. pelajar pintar dari Coral Springs, Florida dijangka memasuki sekolah perubatan di Harvard. Dia lulus dengan mendapat A bagi semua mata pelajaran. Cuma David Polorguto, guru fiziknyamemberi B dengan markah 80 dalam ujian akhir. Jason marah dengan keputusan itu lalu menyerang gurunya itu di makmal dan menikam David sebelum penjaga makmal meleraikan mereka. Mujurlah gurunya tidak mati dengan tikaman itu.


Hakim dalam perbicaraan membebaskan Jason dengan sebab dia mengalami ketidakwarasan sementara. Selepas ditukarkan ke kolej swasta, dia menamatkan pengajiannya dengan A dalam semua mata pelajaran dengan CGPA 4.00. Tidak cukup dengan itu, dia mengambil mata pelajaran tambahan dan mendapat semua subjek A+ dengan CPGA 4.614. Walau bagaimanapun, Jason H. tidak pernah berjumpa bekas guru fiziknya itu untuk meminta maaf. Memang kerek seh!

Goleman di dalam Emotional Intelligence mengajukan soalan,"Bagaimana orang sepintar Jason H. sanggup melakukan sesuatu yang tidak rasional, hilang pertimbangan dan menjadi seorang yang bodoh?" Jawapannya adalah kepintaran akademik hanya sedikit sahaja membantu kepada kejayaan hidup seseorang. Orang yang paling pintar di antara kita adalah juga mereka yang tidak pintar dalam menguruskan kehidupan peribadinya.

Pakar di Barat mendapati, masalah orang yang cerdik adalah dalam meluahkan perasaan mereka. Dr Gary adalah pakar bedah yang berjaya, tetapi secara emosinya dia seorang suami yang membosankan dan tidak mampu mengekspresikan dirinya.

Ramai orang mahu jadi cerdik, tapi persoalannya adakah kecerdikan itu segala-galanya?

Benarkah kunci kejayaan adalah otak yang pintar?

Renung-renungkanlah...

6 .:

Anonymous said...

blur...

joegrimjow said...

waah
suke n3 ni
mekasih

pandai letak pada sikap
bukan otak

Ahmad bin Ariffin said...

ilmu dunia mmg tak blh nak banding dgn ilmu islam =)

Z I K R Y said...

urm..betol tuh.

mekasih joe singgah baca.

:))

Lun said...

post ni best

Z I K R Y said...

best sgt ke? maseh sudi komen