Kalau aku dengar Syeikh Iman kutuk2 orang Hadramaut pun aku nyampah gak. Aritu ada dengar Syeikh sorang ni bagi kat Orang2 Hadhramaut kaw2 punya. Khurafat la, itu la, ini la. Aku kata tak semua yang buat khurafat. Ba`dhuhum saja.

Kita orang Islam sibuk berbalah pasal benda remeh temeh ni. Orang kafir tengah fikir camne nak musnahkan kita dari muka bumi. So, janganlah jadi bodoh. Macam muka makhluk disebelah kanan ini.
Ok, berbalik kepada cerita asal. Sebenarnya Syeikh2 Iman yang ngajar Fiqh ni dia ambik Qoul yang Rajih. Dalam setiap masalah diorang akan keluarkan pendapat semua Mazhab, pastu diorang pilih mana yang Rajih(Sesuai atau Kuat).

Beliau berkata begitu berdasarkan hadith Nabi"Tidak ada solat bagi orang yg takda wudhu`, dan takde wudhu` bagi orang yang tak sebut nama Allah dalam wudhu`nya."
Walaupun hadith ni Dhoif, tapi perawinya ramai dan datang dari banyak arah. Jadi ianya lebih dekat kepada Sohih. Di dalam kitab Ad-Duraril Mudhiah itu, ada 3 mazhab yang dipakai sekarang ni.
Pertamanya yang dipakai oleh Jumhur Fuqaha` adalah Bismillah sunat sebelum wudhu`.
Kedua Mazhab AlHadawi di Yaman : wajib kalau ingat. Dimaafkan kalau ada dalam tandas.
Ketiga Mazhab Az-Zahiriah dan Asy-Syaukani : wajib Mutlaqan.
Syeikh cakap, yang Rajih, Qoul kedua berdasarkan Hadith tadi tu. Tapi kami ambik kata Jumhur la. Belajar Fiqh dekat Iman memang perlukan penapis. Aku belajar Madah lain untuk diamal. Tapi Fiqh kat Iman, untuk maklumat saja kot. Insya-Allah. Sebelum habis belajar, kena ambik takhassus Syafie kat mana-mana. Kalau boleh pergi Hadhramaut, ambil sana ah. Kalau tak, kat Sanaa pun ada Syeikh bermazhab Syafie.
Z I K R Y
Isnin
18 Mei 09
Sanaa, Yemen.
0 .:
Post a Comment