June 30, 2009

Sape lagi mau naik Yemenia?

GAMBAR yang diedarkan oleh Industri Airbus, pesawat Airbus A310, jenis sama yang terhempas di Lautan India, hari ini. Kapal terbang Yemenia Air berlepas dari Semenanjung Yaman, Arab untuk ke pulau negara Comoros terhempas awal pagi ini, jurucakap pegawai lapangan terbang Yaman berkata. Berita awal menyebut lebih 100 penumpangnya dipercayai maut. Gambar bawah, saudara-mara dan rakan penumpang penerbangan Airbus A310-300 yang terhempas dari Yaman, kelihatan sedih setiba di Lapangan Terbang, Charles de Gaulle, Paris. - Foto AFP/Reuters


Nahas Airbus: Penyelamat mula temui mayat

Pegawai syarikat penerbangan Yemenia Air melaporkan penyelamat mula menemui beberapa mayat mangsa pesawat Airbus A310-300 miliknya yang terhempas di Lautan Hindi, awal hari ini.

Ketika kejadian, pesawat milik syarikat penerbangan nasional Yaman itu membawa 153 penumpang, termasuk 66 warga Perancis.

Nahas dipercayai berlaku ketika pesawat melintasi laluan cuaca buruk dari Yaman ke Kepulauan Comoros.


Timbalan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Yaman, Muhammed Abdul Rahman Abdul Qader berkata, beberapa mayat mangsa nahas ditemui dari bangkai pesawat.


Bagaimanapun, pihak berkuasa Yaman tidak dapat mengesahkan ada mangsa yang terselamat.

Pihak berkuasa lapangan terbang Paris berkata, ketika kejadian 66 warga Perancis berada dalama pesawat berkenaan.

Dua pesawat tentera dan kapal Perancis menyertai operasi mencari dan menyelamat di Lautan Hindi antara pulau Mayotte dan Reunion.

Pihak berkuasa Yaman pula berkata, ada 142 penumpang dalam pesawat, termasuk tiga bayi dan 11 krew.

Ketika kejadian pesawat dalam pernerbangan dari Sanaa ke Moroni, ibu negara Comoros. - Agensi

-Berita Harian

June 27, 2009

Dinner

Majlis makan malam bersama Timbalan Menteri Luar Negara Dato` Seri Kohinan Pillay. Beliau memberitahu dalam ucapannya bahawa beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri pertama berbangsa India oleh Najib Tun Razak. Boleh la India ni, tak sombong sangat.

 Malas aku nak kupas banyak2 pasal dia sebab bukan kenal sangat pun. Tapi Hotel Movenpick memang di luar jangkaan. Sangat besar dan mewah. Ini sememangnya hotel terbaik di ibu kota Yaman, Sanaa.

Kami naik bas yang Permaya sediakan untuk ke sana. Tapi ada satu je yang aku tak puashati. Budak2 melayu buat stail kampung, ambik makanan berebut-rebut. Sorang ambik makanan untuk 5 orang. Tak agak-agak. Makan memang sedap, perfect dan tentunya memuaskan.

Aku sempat pusing2 hotel tu, usha2 swimming pool dia. Boleh tahan. Ramai juga yang membatakkan diri dengan bermain lif canggih hotel.


June 26, 2009

H1N1 di Malaysia - 91 kes!




*Takut nak balik raya tahun ni.
Sumber

June 21, 2009

Faris+Sudin+Ubay=Ёéмąń ÖňĿϊńє™


Faris, aku dan Sudin telah bersepakat untuk membuat blog khas untuk kami jadi penulisnya. Alhamdulillah,blog dah siap. Templatenya cantik bangat. Baru ada lima post je baru. Faris dah accept invitation jadi author, tapi Sudin belum lagi. Apeda ko Sudin..

Kitorang fikir punya fikir nama apa nak buat..last2 pakai Ёéмąń ÖňĿϊńє™. Apsal pakai nama tu? Sebab kami student Jamiah Eeman. Entahla, header tu pun nampak macam smart je. Blog address berbeza dari headernya. http://budakiman.blogspot.com. Insya-Allah kitorang akan cuba berkongsi maklumat mengenai suasana kehidupan di sini dengan pembaca yang budiman di samping berkongsi pendapat dan pengetahuan.

Risau jugak aku takut susah nanti nak pegang dua blog. Mesti salah satu akan terabai. Takpe kita tengok dulu. Cuma perlukan kerajinan dan idea untuk menulis. Ada blogger tu sampai sepuluh blog, punyala dasat. Respek lu. Aku sudah tidak sabar nak balik ke Malaysia, dalam sebulan atau sebulan setengah je lagi. Yang penting sebelum Raya. Sekarang ni cuma menunggu kata putus dari orang tua. Balik ni aku nak pekena Sate banyak-banyak. Roti canai, nasi dagang dan segala macam makanan Melayu. Hahaha..

June 17, 2009

Besday Abang

Selamat Hari Jadi ke-21 untuk Abang Faiz yang sentiasa di hati.


Hari jadi beliau jatuh pada 14 haribulan Jun 1988. Aku dengan abang aku tak pernah berpisah dari mula-mula aku keluar dari perut sampai sekarang. Belajar pun satu tempat. Sekarang je pisah tempat belajar. Dia kat Maahad Sibawaih, aku kat Jamiah Iman. Dulu selalu gaduh, bertekak, biasala tu sebab kitorang agak sebaya, umur beza cuma setahun setengah. Tapi sekarang ni dah besar panjang, takkan nak gado2 lagi. Tahun ni dia balik Malaysia dan takkan datang lagi Yaman. InsyaAllah kahwin. Aku balik datang semula sorang2.

Takde buat party apa2. Bagi hadiah kecik2 camtu je. Yang penting aku nak dia tau, selama ni aku beruntung ada seorang abang sepertinya. Seriously cakap. Sekian. Bye.

June 16, 2009

Imran Zakhaev

Hahaha, aku sudah berjaya habiskan Call of Duty 4 Modern Warfare semalam. Akhirnya berjaya juga aku bunuh Imran Zakhaev(gambar) dengan pistol besa je. Punya la lama nak boleh abis. Pastu, masa nak balik Sakan, aku naik la bas kuning Hassobah - Al-Jamiah. Dapat duduk seat baris kedua sebelum akhir. Kat belakang sekali ada dua orang Yaman. Sorang budak muda, sorang lagi tu orang besar pakai jubah dengan jambia. Aku terdengar diorang ni macam bertekak pasal tempat duduk. Tak pasti jugak pasal apa...

Dengan tidak semena-mena(ayat tak bole blah), diorang bergaduh. gile cuak aku. Yang besar tu kelarkan jambia dia nak tikam mamat sbelah dia. Habis terlanggar aku. Aku time tu rasa cam nak mati dah. Kalau la jambia(gambar2) tu terkena aku, habis la jawabnya. Lepas itu, seperti biasa ada orang tahan. Diorang still x puas hati. Mamat belakang aku ni buat2 berani padahal muka dah pucat. Terserlah kebudak-budakan mereka.

Macam2 hal. Arab kat sini suka sangat bertumbuk. Setiap hari mesti ada. Memang b*d*h.

June 11, 2009

Squid Ward

Salam.

Semalam(10 Jun) pegi jalan2 Bab dengan kawan 2 yang baru sampai dari Zabid. Semua karkun. Ingat nak pegi mkn kat Damai pasal ada tahklil arwah tapi rasa cam malas gak. Duit pun kong. Ingat nak duk sakan je tengok tv, main ping pong atau lepak2 minum `Asir kat Funduq sebelah. Tapi dengan tiba-tiba, sebuah panggilan yang tiba mengubah rancangan malam tu. Budak2 ni nak belanja aku minum2 kat Bab. Pas makan Mulawwah dengan Tuna, Miji nak cari jubah. Kitorang jalan masuk Bab. Bab dah laen skang. Ramai askar jaga. Cari jubah second hand takde, kami pon pergilah kedai shilan Arab yang pandai cakap Melayu tu. Mahal sangat. 2ribu, seribu setengah.

Blah kedai laen. Mahal gak. Jubah 'Musta`mal' mana? Patutnya ada depan pintu je. Kalau takde kita balik lu ah. Nak balik tu kitorang diserang penjual2 jubah musta3mal tetiba. Owh, rupanya diorang da tukar port. Kat depan jalan pulak. Aku berkenan tengok jubah hitam ni satu. Corak dia lawa. Beli terus. Pinjam Jahed 400. Budak2 tu beli banyak gak. Harga dari 1000 jadi 250. Aku tawar dpat 400 je. Tak cukup expert lagi. Brin dengan Miji dah cukup power!!


Ok. Sekian kisah idopku. Mesti korang serabut otak baca cerita pasal idup aku yang tak penting ni. Takperlah, blog ni kan "Blog Seorang Zikry" hahahahaha..

June 9, 2009

Takut dan Harap

Kedua-duanya umpama sayap untuk hamba Allah terbang ke darjat-darjat yang tinggi di sisiNya. Yakni takutkan azabNya dan mengharapkan rahmat dariNya. Ramai manusia hanya mengharapkan syurga tanpa beramal lantaran ketiadaan takut pada azab tuhan mereka. Rasulullah saw bersabda,"Orang yang bodoh adalah dia yang mengikuti nafsunya dan mengimpikan syurga dari Allah."-Tirmizi & Ibnu Majah.

Ditanya kepada Yahya bin Muaz"Siapakah yang paling tenang pada hari ESOK?" Jawabnya,"Yang paling takut pada hari ini." Banyak pertanyaan yang didengari "Adakah sifat takut atau sifat harap yang lebih penting dan afdhal?" Said Hawwa di dalam kitabnya Tazkiyatul Anfus memperincikan yang mana lebih penting, takut atau harap. Soalan ini sama seperti "Mana lagi penting, makanan atau minuman?". Maka jawapannya adalah makanan lebih penting untuk orang lapar dan air tentunya lebih penting bagi orang yang dahaga. Jika dia berasa lapar dan dahaga sekaligus, kedua-duanya sama penting.

Jadi takut dan harap adalah dua jenis ubat bagi hati. Bagi hati yang mempunyai penyakit 'aman dari azab Tuhan' maka ubat takut lebih penting baginya. Kalau penyakitnya adalah 'putus asa dari rahmat Tuhan' maka ambillah ubat pengharapan.

Akhir sekali, mari kita renung kata-kata orang yang telah merasai kemuncak takut dan harap, Saidina Umar radhiaallahu anhu:"Kalaulah seluruh manusia dipanggil untuk memasuki neraka kecuali seorang lelaki aku benar-benar berharap bahawa akulah lelaki itu, dan kalaulah dipanggil seluruh manusia untuk masuk ke syurga kecuali seorang lelaki, aku takut akulah lelaki itu."

June 7, 2009

Daulat Tuanku






Hari ini(6 Jun) hari keputeraan Yang Dipertuan Agung Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Daulat Tuanku!

Sudah usai berlangsungnya majlis yang sungguh meriah sekali bersempaena dengan Hari Keputeraan YDP Agung di kediaman Duta Besar Malaysia ke Yaman. Majlis dimulakan dengan bangun beramai2 menyanyikan lagu Negaraku. Patriotik abes!! Sempat mengupload gambar2 suasana majlis pada petang tersebut. Enjoy!

Info gambar: Baju batik hijau tu Encik Samad selaku Duta Malaysia. Baju melayu biru dgn kot sambil pegang anak - Faris.











June 5, 2009

Sham Madu Dah Kahwin

Hari Jumaat 5 Jun 09. Telah berlangsung dengan jayanya Majlis kenduri kahwin Sham Madu dengan Yasmin anak Abg Azmi. Bertempat di Sakan Lecturer Malaysia di Jaulah Mazbah(rumah kami dulu). Memang gempak! Selepas bergelumang dengan Arab setiap hari, nak jumpa Melayu pun susah. Dalam 100 orang Arab sorang Melayu terserempak. Buat majlis camni yang mana semua orang Melayu dapat kumpul, bertanya khabar, makan2, tengok persembahan memang terasa kemeriahannya. Kalau kat Malaysia x la terasa sangat. Tapi buat kenduri besar-besaran kat luar negara memang really 'happening' bak kata Amad


Aku memula tu pelik campur konfius jugak kan, camne diorang nak buat ni. Muat ke nak ajak seluruh rakyat Malaysia di Sanaa datang. Sekali dah datang tu, diorang tempah khemah besar, bua kat halaman. Tapi kerusi meja takde. Arabian Style! Pakai Majalis Arabiah. Smart giler! Sham tadi memang vogue, ensem je dengan pakaian tradisional Melayu 100%, tanjak pun ada. Baju Melayu emas dengan sampin. Ramai gak orang Arab yang dijemput.

Dr Tariq Presiden Universiti Uloom ada, Dr Daud ada, Syeikh2 pun ramai. Majlis dimulakan dengan berbalas pantun(apsal pompuan pon nak berpantun gak?x sesuai di Yaman). Pastu pengantin sampai, Ust Naim dengan rakan-rakannya start main silat selepas Ust Lutfi baca doa ringkas. Pencak Silat Harimau Bentara. Lawa diorang main. Arab terkebil2 je tengok! Pastu Nasyid. Syed Faris jadi pemukul gendang. Haha! Lawak siot. Ok je nasyid tue. Vokalis semua suara lunak merdu. Semuanya mantap la boleh dikatakan.

sumber foto: Ahmad Musa

Tablegh Sesat dan Bidaah???


Ini cerita pasal pagi semalam. Aku terlambat sikit sampai dewan kuliah. Sudin yg duduk sebelah aku tengah baca 1 buku(bkn kitab) ni. Ape ntah.

"Oi, ko baca apa tu?" Aku tanya.

"Eh, ko takleh baca buku ni. Bahaya!" kata Nasruddin sambil tersengih memandang Faris.

Cilakak tul!. Last2 dia tunjuk jugak.

'Fatwa 2 Syeikh Nasiruddin Al-Albani.

"Oh, patutlah lain macam. Aku kat kelas memang dah terkenal dengan budak yang MASIH bermazhab Syafie, berbanding budak2 Iman yang lain, kebanyakannya dah x pakai mazhab. Buku tu pulak dikarang atas Manhajus-Salaf. Faris kata kat aku, "Ko tau x, kat dalam buku tu ada cerita pasal Tabligh! Kaw2 Syeikh Albani bagik."

Sudin menyampuk, "Apsal ko bagitau?"

Terus terbangun aku dengar Faris cakap gitu. Encik Suden bagi la aku tengok lepas pujuk punya pujuk. Aku baca. Orang bertanya Imam Albani bagaimana dengan Jamaah Tabligh? Bolehkah kita khuruj bersama mereka?

Jawab Imam Al-Albani,"Di dalam Jamaah Tabligh itu sendiri ada berbagai2 mazhab dan aqidah. Mereka tidak berpegang pada sesuatu pegangan, Mereka hanya menumpukan kepada ceramah yang bertujuan untuk memberi semangat untuk beramal. Tidak pula mereka mengajar ilmu agama kepada pendengar, dan ramai pendakwah daripada mereka adalah orang2 yang tidak berilmu sedangkan dakwah sebenarnya tugas ulamak. Mereka ada persamaan dengan jemaah Ikhwanul Muslimin dalam sesetengah perkara.


Katanya lagi,"Jamaah itu boleh dikategorikan sebagai 'sufi moden' kerana didapati mereka ada mengamalkan tariqat2 tertentu seperti Naqsyabandiah dan sebagainya. Lalu timbul pula soalan yang berapa ramaimanusia yang dapat bertaubat dan kembali kepada Allah sebab usaha ni?" Syeikh jawab/"Tak hairan perkara macam tu. Seperti guru2 yang sesat juga biasa menjadi sebab hidayah untuk manusia." Dah, cukuplah tu. Sebenarnya panjang lagi jawapannya tapi aku ringkaskan. Pedih rasanya nak tulis lagi.

Itu yang beliau kata, ni yang aku pulak kata,"Kepelbagaian mazhab dan pegangan dalam Jamaah Dakwah tu buat apa nak kecoh, Tabligh itu bukan satu kumpulan, parti, kelompok, atau puak. Dakwah adalah satu amalan(satu tanggungjawab). Macam sembahyang, ada ke orangnak kecoh2 dalam satu jemaah solat Jumaat yang terdiri dari pelbagai mazhab. Itu bukan satu isu. Lagi satu pasal krkun2 x berilmu banyak. Aku kata: Ilmu itu bukan segala2nya. Kalau satu orang ni dia tau semua masalah2 fiqh, semua tafsir quran dan hadith dalam kepalaboleh jamin ke dia beramal dengan ilmunya? Boleh jamin ke dia boleh amal agama dalam hidup dia, simpan janggut, pakai jubah ke mana-mana dsb?



BELUM TENTU beb!. Masalah umat hari ni bukan pada ilmu. Tapipada TAQWA. Orang yang bertaqwa akan amal 100% ilmu yang dia tau(walaupun sikit). Hanya orang yang takut pada Allah yang akan amal agama sedaya upaya dalam hidupnya. So, inilah yang Orang Tabligh duk usahakan!! Bukan takde program ilmu langsung dalam Jemaah ini. Ada banyak pengajaran ilmu2 asas sewaktu khuruj.


Kalau kerja dakwah adalah kerja ulamak saja, takde bezalah antara kita dengan Nasara dan Yahudi. Pendeta2 je yang buat dakwah, orang ramai datang gereja, bagi hadiah, bagi duit kat pendeta lepas tu dosa diampun. Allah suruh Rasulullah kata,"Dakwah ni jalan aku dan orang yang ikut aku". Bukan jalan aku dan orang yang berilmu dikalangan kamu. Pasal Tariqat tu pulak aku rasa tarak masalah. Berbai`at untuk tinggalkan semua haram, untuk amalkan zikir2 yang jelas dan bagus. Lailahaillallah 1000x sehari cthnya. Takde masalah.

Kepada semua anti JT.
Sungguh tak hensem bila kita merasa hanya diri kita yang betul dan seluruh dunia adalah salah. Sebaliknya fikirlah bahawa semua orang betul.- Pepatah Rekaan.

Aku dah nampak kebenaran usaha ini, aku yakin dengannya dan aku takkan berganjak dari Usaha ini. Ya Allah, terima aku!

-Ameeen-

June 4, 2009

Sang Kucing


Anak kucing bermata satu



SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati pagi keesokannya ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.