June 9, 2009

Takut dan Harap

Kedua-duanya umpama sayap untuk hamba Allah terbang ke darjat-darjat yang tinggi di sisiNya. Yakni takutkan azabNya dan mengharapkan rahmat dariNya. Ramai manusia hanya mengharapkan syurga tanpa beramal lantaran ketiadaan takut pada azab tuhan mereka. Rasulullah saw bersabda,"Orang yang bodoh adalah dia yang mengikuti nafsunya dan mengimpikan syurga dari Allah."-Tirmizi & Ibnu Majah.

Ditanya kepada Yahya bin Muaz"Siapakah yang paling tenang pada hari ESOK?" Jawabnya,"Yang paling takut pada hari ini." Banyak pertanyaan yang didengari "Adakah sifat takut atau sifat harap yang lebih penting dan afdhal?" Said Hawwa di dalam kitabnya Tazkiyatul Anfus memperincikan yang mana lebih penting, takut atau harap. Soalan ini sama seperti "Mana lagi penting, makanan atau minuman?". Maka jawapannya adalah makanan lebih penting untuk orang lapar dan air tentunya lebih penting bagi orang yang dahaga. Jika dia berasa lapar dan dahaga sekaligus, kedua-duanya sama penting.

Jadi takut dan harap adalah dua jenis ubat bagi hati. Bagi hati yang mempunyai penyakit 'aman dari azab Tuhan' maka ubat takut lebih penting baginya. Kalau penyakitnya adalah 'putus asa dari rahmat Tuhan' maka ambillah ubat pengharapan.

Akhir sekali, mari kita renung kata-kata orang yang telah merasai kemuncak takut dan harap, Saidina Umar radhiaallahu anhu:"Kalaulah seluruh manusia dipanggil untuk memasuki neraka kecuali seorang lelaki aku benar-benar berharap bahawa akulah lelaki itu, dan kalaulah dipanggil seluruh manusia untuk masuk ke syurga kecuali seorang lelaki, aku takut akulah lelaki itu."

2 .:

teko,sapo kawe said...

ya ALLAH,,kiranya rasul mu hidup b`shbt,kurniakn jua ku shbt,tpi biarlah shbt2 dri lorong2 yg mmbenarkn mu sprti kbnaran as-siddiq,,,biarlh shbt2 dri pintu2 ilmu mu sprti ali,,ya ALLAH kiranya semua e2 xlayak buat ku,aku tetap b`syukur dpt temukan shbt yg satu ini,mungkin padanya ada segalanya yg pernah aku selami,mungkin padanya letaknyaa apa yg aku impikan selama ini,tapi jika aku seorang shbt yg xmenghargai,kau ampunkanlah dosaku dan kau kurniakanlah kegembiraan shbt ku ini,,amien,,,,,,,,,hero mekoh

Z I K R Y said...

sapo demo? tok kna lah..

oo ni mesti sobah dih?

nakanakanaka..


sebagaimana demo doa kawe.. sebegitu jugoplah pada demo..


AMIIIIIEEN.

p/s:kirim sale la blako