December 20, 2010

Redang Memanggilmu



beberapa bulan yg lepas, aku pergi pulau redang. dgn sek tabligh losong. utk jumpa2 org islam di sana. program peningkatan iman dan amal(fuh..ayat!).

laporan la sket. dekat tgh2 pulau tu ada satu kampung baru berpusatkan sebuah masjid yg besar dan cantik kat atas bukit. sayangnya masjid tu belum cukup makmur lagi la aku rasa. zuhur asar pun mcm takde org dtg.

kitorang sampai mcm besa la. pusing2 kampung jumpa mat rempit, mat pit, mat nyah, tok ketua, tok imam dll. yg paling cannot go, ada satu ahli jmaah masa pusing2 kampung terjumpa sorang pengikut hassan anak rimau. gile bab. dia pulak yg ajak kita join dia. haaa..inila yg akan jadi bila korang tak nak buat amar maaruf nahi munkar, salahkan tok ketua, dia tuding jari pd tok imam, tok imam salahkan ustaz, ustaz salahkan mufti, bla..bla..bla, last2 bangau pun tak nak ngaku bersalah.

ok. itu baru entry.
cukup 3 hari 3 malam, kami pun gerak nak balik. feri gerak pukul 1 tgh. jadi utk menjaga perintah allah, boss putuskan utk semayang di atas feri. fuuuh..pengalaman kot. sume org pandang, ternganga. elok2 angkat takbir, feri pon jalan. khusyuk je..ahaha

satu lagi nak citer.. sblum feri bertolak, aku tegur sorang pelancong arab sebaya ngan aku. dia pakai baju barca. aku tanya dlm bahasa arab, dia jawab english. mula2 ingat dia ni muslim la pastu aku ajak dia smayang zuhur skali, dia mcm tak paham. lama skit tanya nama... non muslim rupanya.

sedih. aku sedih.

takkan baca saja kut, komen la sepatah dua. ok. wassalam.

December 19, 2010

Petua Bangun Awal

berikut senarai petua utk mudah bangun sebelum subuh:

1. tidur awal

2. azam yg kuat untuk bangun awal

3. bersuci sebelum tidur

4. ingat allah sewaktu bangun

5. minta org kejutkan

6. alarm bunyi hantu mengilai. letakkan hp jauh sket dari katil.

7. lepas stop alarm terus masuk toilet. basuh muka dengan air sejuk.


yg penting kena selalu minta allah bangunkan kita awal spy dpt berjemaah di masjid.

slamat ber-amal....

December 18, 2010

Perbezaan Manusia


hari ni iman aku kuat. semangat je nak beramal. alhamdulillah.

ada satu benda aku pelik..masa mula blogging dulu, senang je nak post benda baru. idea banyak je. tapi bila dah jadi blogger senior ni, takde idea plak nak posting. lol. macam2 hal la.

korang ada pikir tak, betapa jauhnya perbezaan kita dgn org dulu2. bukan beza sikit2, kita skang ni dah terbalik terus dari kedudukan yg sepatutnya (keadaan org dulu2).

1. nabi muhammad saw sentiasa menegah umatnya dari ikut cara hidup yahudi & nasrani. tetapi rasulullah saw tetap belas kasihan pada mereka dan berusaha supaya org kafir ni juga dapat islam dan selamat dari neraka. lalu..

a. orang dulu2 telah ikut 100% apa yg nabi suruh. cara hidup mereka langsung tak sama dgn yahudi nasrani tapi mereka fikir bagaimana org2 ini dapat hidayat allah swt.

b. umat hari ni tak paham. mrk benci gile dgn orang kafir, boikot barangan diorang tetapi dlm masa yg sama lifestyle mrk sama sebijik dgn yahudi nasrani. pakaian, mkn minum, pergaulan dsb. dahle camtu, takde langsung fikir supaya org kafir ni pun dpt bersama kita di dalam satu agama.

so, jaga agama. allah jaga kau.
main2kan agama. allah main2kan kau.
wassalam.

December 17, 2010

Belajar

semalam baru sampai dari Kemaman. alhamdulillah. semua berjalan lancar. banyak faedah dapat. tak menyesal join diorang. aku tengok orang pekak-bisu ni sifat diorang memang berbeza dari orang normal. lebih mesra. tak prasangka dgn org. mmg bagus la. senyum je, tak pernah nampak diorang tarik muka masam.

aku rasa thn depan nak khuruj dgn orang pekak-bisu pulak la. best. bahasa isyarat pun aku dah dapat; basic dia. so, doalah utk aku ni. semoga allah redha dgn aku dan kesian pd aku. ameen.

gambar di atas ni masa final day english course di tlc (terengganu language centre). kelas yang mantap dan intensif utk kuasai ecs.

ok guys. so long. salam.


December 12, 2010

Back

Hello, Salam.

Hari ni last day course english di TLC. Lesson 20. Ada ceremony katanya. tak tahu.

Esok nak pergi Kemaman, dengan Ridwan Robert. join jemaah bisu 5 hari..patutnya 10 hari. tapi malas. ast.

tu je dulu.

February 15, 2010

Pemberontak Yemen cabuli gencatan senjata

SANAA 13 Feb. - Seorang pegawai Yemen menuduh pemberontak di utara negara itu mencabul perjanjian gencatan senjata hanya selepas beberapa jam ia dikuatkuasakan dengan membunuh seorang anggota tentera dan mencederakan yang lain dalam satu serangan ke atas sebuah balai polis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kerajaan dan pemimpin pemberontak menegaskan masih berpegang teguh kepada gencatan senjata tersebut, walaupun beberapa pertempuran kecil tetap tercetus antara mereka.

Selepas enam tahun perang, Yemen berdepan tekanan antarabangsa yang menuntut konflik tersebut segera ditamatkan bagi membolehkan sumber-sumber disalurkan untuk berhadapan ancaman berasingan daripada satu cabang al-Qaeda yang telah beroperasi di negara tersebut sejak setahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Leftenan Jeneral Mohammed Abdullah al-Qawsi berkata, kumpulan pemberontak menyerang sebuah pejabat keselamatan dan melepaskan tembakan ke atas konvoi beliau di utara wilayah Saada yang juga kubu kuat militan.

Menurut beliau, serangan tersebut dibuat 'kurang satu jam selepas gencatan senjata diumumkan'.

Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh malam semalam mengumumkan, kerajaan akan menghentikan operasi ketenteraan terhadap pemberontak dan gencatan senjata tersebut berkuat kuasa tengah malam kelmarin.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak hari ini menyatakan, suasana kembali reda di utara Yemen, pada hari kedua selepas gencatan senjata itu dicabul pemberontak Syiah.

"Situasi kini tenang di semua bahagian dekat wilayah Saada. Bagaimanapun, keadaan tenang ini mungkin tidak menentu," kata sumber ketenteraan.

Seorang jurucakap kepada pemimpin pemberontak Abdul Malak al-Huthi mengesahkan bahawa, 'gencatan senjata berkenaan dihormati dan situasi kini bertambah baik'.

Sumber

February 9, 2010

Peace Please

Sebelum ini, saya menghidapi kesukaran untuk tidur awal. Oleh kerana tidur yang lewat, waktu bangun tidur juga telah menjadi lambat. Banyak kelas yang tertinggal begitu sahaja. Lantaran itu, sejak seminggu yang lalu, saya tidak tidur pada malam hari dan hanya tidur setelah habis kelas. Hasilnya saya dapat hadir ke kelas pada waktu yang tepat.


Tetapi, kesan daripada itu, konsentrasi tidak dapat diberikan dengan sepenuhnya. Tertidur di tempat yang tidak sepatutnya. Saya akan mengubah kembali gaya hidup yang salah ini bermula malam ini, dengan cara menahan tidur. Selepas Isya' baru boleh masuk tidur.


Sekarang ini, saya bersama seorang teman rumah, Hanis pergi kuliah bersama. Sebelum kelas, breakfast dulu dengan Tamiz dan Ful. Balik kelas naik motor. Kerana terlalu jauh.


Baru-baru ini ada berita buruk mengenai pelajar Malaysia yang ditahan ke lokap kerana didapati tidak membawa pasport bersamanya. Pelajar Malaysia sekarang dinasihati supaya sentiasa membawa pasport sewaktu keluar dan elakkan dari bersendirian.

Masalahnya, pasport saya dan rakan-rakan belum diserahkan lagi. Katanya, Imigresen belum cop. Kami masih menunggu.


Peperangan di Sa'adah semakin hangat hari demi hari. Al-Houthi mahukan Imam. Khilafah. Mereka ingin seperti dulu. Yaman Utara dan Selatan. Kita hanya mampu mendoakan perang ini selesai secepat mungkin.

February 3, 2010

786

Saya rasa macam nak menulis walaupun tiada idea. Sebenarnya sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan urusan visa dan yang seumpamanya. Lokasi tempat kediaman kami telah pun berpindah ke Jalan 24.

Tiada apa-apa sangat hendak diceritakan. Duit sewa rumah naik dari 8 ribu rial(RM160) kepada 10 ribu rial(RM200) sebulan. Agak mengecewakan. Kadang-kadang terasa macam dah jemu belajar dan nak balik kerja.

Belajar terasa sungguh susah. Susah nak bangun awal. Rumah jauh dari Jamiah. Tak ada orang nak jalan sama-sama.

Tapi sebenarnya, keluhan dan rungutan manusia tidak akan pernah habis. Tak perlu merungut. Kita orang Islam. Bila susah hati, kembalilah pada Allah.

Posting ini jadi tempat meluah perasaan la pulak.