July 7, 2009

Akhirnya Sempurna


786. Abd Aziz sudah book tiket kami balik Malaysia. GULF AIR. Kapal terbang Bahrain. Tarikhnya 30-8-09. Sampai KLIA pagi 31-8. Merdeka bai!. Gile "nganying". Saat-saat yang mendebarkan menanti aku di hari-hari mendatang. Balik Yaman semula lepas Raya Haji. Muharram, Iman bukak.

Nak kena amik Ikhtibar Takmili. Banyak madah failed. Malu arr. Btw, korang doa la banyak-banyak supaya takde tragedi. Lautan Hindi sekarang banyak dah jadi mangsanya. Kena semayang safar dulu, baca doa dan ayat banyak2. InsyaAllah selamat. Raya tahun nie menyaksikan kepulangan ramai teruna-teruna Melayu dari Yaman tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hari Merdeka Aku Merdeka. Amat suka. Balik nanti nak selesaikan lesen motor. Baru 'L'. Lepas tu amik kereta pulak. Hhuhu. Malaysia musti panas sekarang. Tak apa lah. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tanah air tetap lagi best. Dharuri Al-Bilad!!Hahahaa..

June 30, 2009

Sape lagi mau naik Yemenia?

GAMBAR yang diedarkan oleh Industri Airbus, pesawat Airbus A310, jenis sama yang terhempas di Lautan India, hari ini. Kapal terbang Yemenia Air berlepas dari Semenanjung Yaman, Arab untuk ke pulau negara Comoros terhempas awal pagi ini, jurucakap pegawai lapangan terbang Yaman berkata. Berita awal menyebut lebih 100 penumpangnya dipercayai maut. Gambar bawah, saudara-mara dan rakan penumpang penerbangan Airbus A310-300 yang terhempas dari Yaman, kelihatan sedih setiba di Lapangan Terbang, Charles de Gaulle, Paris. - Foto AFP/Reuters


Nahas Airbus: Penyelamat mula temui mayat

Pegawai syarikat penerbangan Yemenia Air melaporkan penyelamat mula menemui beberapa mayat mangsa pesawat Airbus A310-300 miliknya yang terhempas di Lautan Hindi, awal hari ini.

Ketika kejadian, pesawat milik syarikat penerbangan nasional Yaman itu membawa 153 penumpang, termasuk 66 warga Perancis.

Nahas dipercayai berlaku ketika pesawat melintasi laluan cuaca buruk dari Yaman ke Kepulauan Comoros.


Timbalan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Yaman, Muhammed Abdul Rahman Abdul Qader berkata, beberapa mayat mangsa nahas ditemui dari bangkai pesawat.


Bagaimanapun, pihak berkuasa Yaman tidak dapat mengesahkan ada mangsa yang terselamat.

Pihak berkuasa lapangan terbang Paris berkata, ketika kejadian 66 warga Perancis berada dalama pesawat berkenaan.

Dua pesawat tentera dan kapal Perancis menyertai operasi mencari dan menyelamat di Lautan Hindi antara pulau Mayotte dan Reunion.

Pihak berkuasa Yaman pula berkata, ada 142 penumpang dalam pesawat, termasuk tiga bayi dan 11 krew.

Ketika kejadian pesawat dalam pernerbangan dari Sanaa ke Moroni, ibu negara Comoros. - Agensi

-Berita Harian

June 27, 2009

Dinner

Majlis makan malam bersama Timbalan Menteri Luar Negara Dato` Seri Kohinan Pillay. Beliau memberitahu dalam ucapannya bahawa beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri pertama berbangsa India oleh Najib Tun Razak. Boleh la India ni, tak sombong sangat.

 Malas aku nak kupas banyak2 pasal dia sebab bukan kenal sangat pun. Tapi Hotel Movenpick memang di luar jangkaan. Sangat besar dan mewah. Ini sememangnya hotel terbaik di ibu kota Yaman, Sanaa.

Kami naik bas yang Permaya sediakan untuk ke sana. Tapi ada satu je yang aku tak puashati. Budak2 melayu buat stail kampung, ambik makanan berebut-rebut. Sorang ambik makanan untuk 5 orang. Tak agak-agak. Makan memang sedap, perfect dan tentunya memuaskan.

Aku sempat pusing2 hotel tu, usha2 swimming pool dia. Boleh tahan. Ramai juga yang membatakkan diri dengan bermain lif canggih hotel.


June 26, 2009

H1N1 di Malaysia - 91 kes!




*Takut nak balik raya tahun ni.
Sumber

June 21, 2009

Faris+Sudin+Ubay=Ёéмąń ÖňĿϊńє™


Faris, aku dan Sudin telah bersepakat untuk membuat blog khas untuk kami jadi penulisnya. Alhamdulillah,blog dah siap. Templatenya cantik bangat. Baru ada lima post je baru. Faris dah accept invitation jadi author, tapi Sudin belum lagi. Apeda ko Sudin..

Kitorang fikir punya fikir nama apa nak buat..last2 pakai Ёéмąń ÖňĿϊńє™. Apsal pakai nama tu? Sebab kami student Jamiah Eeman. Entahla, header tu pun nampak macam smart je. Blog address berbeza dari headernya. http://budakiman.blogspot.com. Insya-Allah kitorang akan cuba berkongsi maklumat mengenai suasana kehidupan di sini dengan pembaca yang budiman di samping berkongsi pendapat dan pengetahuan.

Risau jugak aku takut susah nanti nak pegang dua blog. Mesti salah satu akan terabai. Takpe kita tengok dulu. Cuma perlukan kerajinan dan idea untuk menulis. Ada blogger tu sampai sepuluh blog, punyala dasat. Respek lu. Aku sudah tidak sabar nak balik ke Malaysia, dalam sebulan atau sebulan setengah je lagi. Yang penting sebelum Raya. Sekarang ni cuma menunggu kata putus dari orang tua. Balik ni aku nak pekena Sate banyak-banyak. Roti canai, nasi dagang dan segala macam makanan Melayu. Hahaha..

June 17, 2009

Besday Abang

Selamat Hari Jadi ke-21 untuk Abang Faiz yang sentiasa di hati.


Hari jadi beliau jatuh pada 14 haribulan Jun 1988. Aku dengan abang aku tak pernah berpisah dari mula-mula aku keluar dari perut sampai sekarang. Belajar pun satu tempat. Sekarang je pisah tempat belajar. Dia kat Maahad Sibawaih, aku kat Jamiah Iman. Dulu selalu gaduh, bertekak, biasala tu sebab kitorang agak sebaya, umur beza cuma setahun setengah. Tapi sekarang ni dah besar panjang, takkan nak gado2 lagi. Tahun ni dia balik Malaysia dan takkan datang lagi Yaman. InsyaAllah kahwin. Aku balik datang semula sorang2.

Takde buat party apa2. Bagi hadiah kecik2 camtu je. Yang penting aku nak dia tau, selama ni aku beruntung ada seorang abang sepertinya. Seriously cakap. Sekian. Bye.

June 16, 2009

Imran Zakhaev

Hahaha, aku sudah berjaya habiskan Call of Duty 4 Modern Warfare semalam. Akhirnya berjaya juga aku bunuh Imran Zakhaev(gambar) dengan pistol besa je. Punya la lama nak boleh abis. Pastu, masa nak balik Sakan, aku naik la bas kuning Hassobah - Al-Jamiah. Dapat duduk seat baris kedua sebelum akhir. Kat belakang sekali ada dua orang Yaman. Sorang budak muda, sorang lagi tu orang besar pakai jubah dengan jambia. Aku terdengar diorang ni macam bertekak pasal tempat duduk. Tak pasti jugak pasal apa...

Dengan tidak semena-mena(ayat tak bole blah), diorang bergaduh. gile cuak aku. Yang besar tu kelarkan jambia dia nak tikam mamat sbelah dia. Habis terlanggar aku. Aku time tu rasa cam nak mati dah. Kalau la jambia(gambar2) tu terkena aku, habis la jawabnya. Lepas itu, seperti biasa ada orang tahan. Diorang still x puas hati. Mamat belakang aku ni buat2 berani padahal muka dah pucat. Terserlah kebudak-budakan mereka.

Macam2 hal. Arab kat sini suka sangat bertumbuk. Setiap hari mesti ada. Memang b*d*h.

June 11, 2009

Squid Ward

Salam.

Semalam(10 Jun) pegi jalan2 Bab dengan kawan 2 yang baru sampai dari Zabid. Semua karkun. Ingat nak pegi mkn kat Damai pasal ada tahklil arwah tapi rasa cam malas gak. Duit pun kong. Ingat nak duk sakan je tengok tv, main ping pong atau lepak2 minum `Asir kat Funduq sebelah. Tapi dengan tiba-tiba, sebuah panggilan yang tiba mengubah rancangan malam tu. Budak2 ni nak belanja aku minum2 kat Bab. Pas makan Mulawwah dengan Tuna, Miji nak cari jubah. Kitorang jalan masuk Bab. Bab dah laen skang. Ramai askar jaga. Cari jubah second hand takde, kami pon pergilah kedai shilan Arab yang pandai cakap Melayu tu. Mahal sangat. 2ribu, seribu setengah.

Blah kedai laen. Mahal gak. Jubah 'Musta`mal' mana? Patutnya ada depan pintu je. Kalau takde kita balik lu ah. Nak balik tu kitorang diserang penjual2 jubah musta3mal tetiba. Owh, rupanya diorang da tukar port. Kat depan jalan pulak. Aku berkenan tengok jubah hitam ni satu. Corak dia lawa. Beli terus. Pinjam Jahed 400. Budak2 tu beli banyak gak. Harga dari 1000 jadi 250. Aku tawar dpat 400 je. Tak cukup expert lagi. Brin dengan Miji dah cukup power!!


Ok. Sekian kisah idopku. Mesti korang serabut otak baca cerita pasal idup aku yang tak penting ni. Takperlah, blog ni kan "Blog Seorang Zikry" hahahahaha..

June 9, 2009

Takut dan Harap

Kedua-duanya umpama sayap untuk hamba Allah terbang ke darjat-darjat yang tinggi di sisiNya. Yakni takutkan azabNya dan mengharapkan rahmat dariNya. Ramai manusia hanya mengharapkan syurga tanpa beramal lantaran ketiadaan takut pada azab tuhan mereka. Rasulullah saw bersabda,"Orang yang bodoh adalah dia yang mengikuti nafsunya dan mengimpikan syurga dari Allah."-Tirmizi & Ibnu Majah.

Ditanya kepada Yahya bin Muaz"Siapakah yang paling tenang pada hari ESOK?" Jawabnya,"Yang paling takut pada hari ini." Banyak pertanyaan yang didengari "Adakah sifat takut atau sifat harap yang lebih penting dan afdhal?" Said Hawwa di dalam kitabnya Tazkiyatul Anfus memperincikan yang mana lebih penting, takut atau harap. Soalan ini sama seperti "Mana lagi penting, makanan atau minuman?". Maka jawapannya adalah makanan lebih penting untuk orang lapar dan air tentunya lebih penting bagi orang yang dahaga. Jika dia berasa lapar dan dahaga sekaligus, kedua-duanya sama penting.

Jadi takut dan harap adalah dua jenis ubat bagi hati. Bagi hati yang mempunyai penyakit 'aman dari azab Tuhan' maka ubat takut lebih penting baginya. Kalau penyakitnya adalah 'putus asa dari rahmat Tuhan' maka ambillah ubat pengharapan.

Akhir sekali, mari kita renung kata-kata orang yang telah merasai kemuncak takut dan harap, Saidina Umar radhiaallahu anhu:"Kalaulah seluruh manusia dipanggil untuk memasuki neraka kecuali seorang lelaki aku benar-benar berharap bahawa akulah lelaki itu, dan kalaulah dipanggil seluruh manusia untuk masuk ke syurga kecuali seorang lelaki, aku takut akulah lelaki itu."

June 7, 2009

Daulat Tuanku






Hari ini(6 Jun) hari keputeraan Yang Dipertuan Agung Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Daulat Tuanku!

Sudah usai berlangsungnya majlis yang sungguh meriah sekali bersempaena dengan Hari Keputeraan YDP Agung di kediaman Duta Besar Malaysia ke Yaman. Majlis dimulakan dengan bangun beramai2 menyanyikan lagu Negaraku. Patriotik abes!! Sempat mengupload gambar2 suasana majlis pada petang tersebut. Enjoy!

Info gambar: Baju batik hijau tu Encik Samad selaku Duta Malaysia. Baju melayu biru dgn kot sambil pegang anak - Faris.